X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Menteri Pendidikan mahu tukar cara belajar ikut filem 3 idiots. Macam mana itu?

3 min bacaan
Menteri Pendidikan mahu tukar cara belajar ikut filem 3 idiots. Macam mana itu?Menteri Pendidikan mahu tukar cara belajar ikut filem 3 idiots. Macam mana itu?

Dr. Maszlee ingin menukar sistem pembelajaran di Malaysia dengan meringankan beban pelajar dan guru mengikut konsep filem 3 Idiots.

Dr. Maszlee Malik telah dilantik sebagai Menteri Pendidikan Malaysia yang baharu. Dr. Maszlee mempunyai latar belakang sebagai pendidik dengan memegang jawatan sebagai pensyarah di IIUM sebelum ini.

Dalam temuramah bersama Astro Awani, Dr. Maszlee telah menerangkan serba sedikit idea yang beliau mahu aplikasikan dalam masa 5 tahun ini di Malaysia.

Idea yang dikongsikan sangat berbeza dari sistem pembelajaran kini. Apa ideanya itu?

menteri pendidikan, dr. maszlee, 3 idiots, pelajaran malaysia, pendidikan anak

Dr. Maszlee mahu amalkan konsep filem 3 idiots

Ya, filem Hindustan lakonan Aamir Khan itu akan menjadi konsep contoh kepada sistem pendidikan baru di Malaysia! Menarik tak?

Pada ibu bapa yang sudah pernah menengok filem ini pasti tahu bagaimana watak-watak dalam filem ini mengaplikasikan pengajaran mereka. Tapi pada siapa yang kurang faham dengan idea ini, seorang penceramah Akhi Fairuz Al-Jengkawi telah menjelaskan konsep ini dalam Facebooknya.

Berikut adalah ulasannya:

Ada yang tak dapat tangkap, maksud Dr Maszlee Malik dalam Astro Awani tadi... "Kita akan terapkan konsep pembelajaran dari filem 3 Idiots dalam Malaysia baharu, 5 tahun ini." Yang kurang jelas, mesti tak pernah tonton filem lakonan Amir Khan ini. Baik, mari saya jelaskan pengisian dalam filem berkenaan : 1. Amir Khan mahu mengajak masyarakat untuk memandang anak-anak berdasarkan bakat dan kemahiran yang mereka ada. Jika anak minat fotografi, jangan paksa anak untuk jadi engineer. Image result for kids learning 2. Berlumba-lumba untuk dapatkan keputusan cemerlang, mahu straight A, dapat nombor 1 dalam kelas, menjawab soalan berdasarkan skema jawapan yang diberikan, akhirnya membuatkan pelajar jadi robot, tak kreatif, takut, stress, mengalami depression dan bunuh diri. 3. Ada satu babak yang sangat menarik dalam filem ini. Prof Virus mengamuk di pejabat bila mana Amir Khan mencabar pegangannya selama ini. Maka, ditarik tangan Amir Khan masuk ke bilik kuliah dan disuruh mengajar. Scene ini sangat menarik, Amir Khan mahu beritahu, dia bukan mahu tunjuk pandai, tetapi menunjukkan cara mengajar yang sebenar.  4. Subjek yang kita belajar di sekolah harus diterjemahkan di dalam kehidupan. Macam Amir Khan di awal babak masuk ke kampus, hingga senior di situ terkena renjatan elektrik. Rakannya Farhan dan Raju memberitahu, mereka belajar bab itu, tetapi Amir Khan mempraktikkannya. Genius! 5. Mahu belajar engineering harus berdasarkan minat, bukan paksaan dari sesiapa. Inilah prinsip yang Amir Khan pegang hingga menjadi seorang Profesor terbilang di hujung cerita. 6. Setiap pelajar berhak untuk menyatakan pendapat, walau pandangan pengajarnya salah. Sebagai contoh, babak Prof Virus menunjukkan pen yang dicipta dengan nilai jutaan ringgit, dan ia hanya digunakan untuk menulis di angkasa. Akhirnya, Amir Khan kata kenapa tak guna pensel sahaja, kan boleh jimat duit tu. Win! 7. Pelajar yang beria-ia fokus dalam kelas, anak emas guru serta ulat buku tidak semestinya bagus dalam semua perkara. Dalam filem ini, Amir Khan paparkan watak Silencer yang berlagak konon dirinya paling pandai, tetapi kerjaya yang dibina tak mampu melawan Amir Khan, yang betul-betul minat dalam bidang kejuruteraan.

Setiap murid akan dilayan sama rata, tiada yang lebih tiada yang kurang, dan paling penting tugas guru akan diringankan.

Apa pendapat ibu bapa lepas baca ulasan ini? Kalau betul, kuranglah beban anak-anak kita, cikgu pula mesti gembira kan?

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Facebook

Baca juga: 

my.theasianparent.com/sekolah-terbaik-di-malaysia

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nadia Ghafar

  • halaman rumah
  • /
  • Pendidikan
  • /
  • Menteri Pendidikan mahu tukar cara belajar ikut filem 3 idiots. Macam mana itu?
Kongsikan:
  • Senarai Tadika Berdaftar KPM Yang Terbaik & Pilihan Kebanyakan Parents, Ibu Jom Semak!

    Senarai Tadika Berdaftar KPM Yang Terbaik & Pilihan Kebanyakan Parents, Ibu Jom Semak!

  • 5 masalah kurang upaya pembelajaran yang mungkin mengganggu anak anda

    5 masalah kurang upaya pembelajaran yang mungkin mengganggu anak anda

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

  • Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

    Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

app info
get app banner
  • Senarai Tadika Berdaftar KPM Yang Terbaik & Pilihan Kebanyakan Parents, Ibu Jom Semak!

    Senarai Tadika Berdaftar KPM Yang Terbaik & Pilihan Kebanyakan Parents, Ibu Jom Semak!

  • 5 masalah kurang upaya pembelajaran yang mungkin mengganggu anak anda

    5 masalah kurang upaya pembelajaran yang mungkin mengganggu anak anda

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

  • Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

    Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.