Punca mengejutkan mengapa isteri tidak bahagia dalam perkahwinan
Ramai yang menganggap senang sebenarnya nak kekalkan kebahagian rumah tangga. Namun, sebenarnya anda salah.
Banyak pasangan berkahwin di luar sana yang tidak bahagia malah ada yang sampai ke tahap berlaku curang di belakang pasangan.
Tapi mengapa pasangan ini tidak bahagia? Terutamanya buat isteri?
Mengkaji mengapa pasangan suami isteri tidak bahagia dalam perkahwinan agak sukar, lebih-lebih lagi ada pelbagai faktor yang boleh jadi punca mengapa suami atau isteri berlaku curang.
Tapi baru-baru ini, kajian menemui punca yang mengejutkan!
Menurut kajian tersebut, suami yang kurang (atau tidak pernah) memberikan rangsangan seks oral pada isteri punca mengapa isteri tidak bahagia dalam rumah tangga.
Seks oral adalah sejenis rangsangan menggunakan mulut pada kemaluan pasangan.
Kaitan antara seks oral dan kebahagiaan isteri
Penemuan kajian diperoleh daripada tinjauan yang dilakukan laman web Victoria Milan. Seramai 9,107 ahli disoal tentang kebahagian rumah tangga.
Laman web ini mempromosikan perbuatan dating atau “hubungan terlarang” untuk pasangan yang sudah berkahwin.
Berdasarkan tinjauan kajian, 72% isteri didapati tidak bahagia dan memilih untuk curang kerana suami tak melakukan seks oral pada mereka.
Akibatnya, hubungan intim mereka terasa hambar dan menjadi punca kenapa ia retak.
Malah, tinjauan juga mendapati ramai lelaki sengaja kurang memberi rangsangan seks oral pada pasangan apabila semakin lama berkahwin.
Dan hal ini terbukti mampu buat isteri semakin tidak bahagia!
Kajian daripada Canadian Journal of Human Sexuality pula mendedahkan suami lebih banyak “menerima” rangsangan seks oral berbanding “memberi“nya pada pasangan.
Hampir 63% lelaki menerima rangsangan oral daripada pasangan, namun hanya 44% wanita saja yang menerima rangsangan ini.
Tak adil, kan?
Dan kalau anda tertanya-tanya, adakah wanita menyukai rangsangan oral yang diberi pada mereka, jawapannya adalah YA!
Mengapa wanita suka terima rangsangan atau seks oral?
Dalam ayat yang mudah, menerima rangsangan atau seks oral mampu membuatkan seorang wanita mencapai orgasma.
Hampir 70% wanita hanya akan orgasma apabila clitoris (biji kelentit) mereka dirangsang secara langsung, sama ada dengan lidah, tangan atau alat vibrator.
Pakar seksologi percaya ia kerana clitoris adalah sumber bagi semua wanita mencapai orgasma, atau rasa puas.
Malah, rangsangan melalui lidah menjadi pilihan paling popular kerana lidah lembut dan panas. Air liur pula adalah pelincir semulajadi yang melancarkan sensasi.
Untuk mencapai kepuasan dan kenikmatan dalam berhubungan intim, wanita perlu rangsangan yang berterusan dan steady.
Selalunya kalau dengan intercourse sahaja, lelaki akan lebih “mudah tewas” kerana rangsangan sebelum wanita. Jadi, orgasma tidak dicapai oleh wanita tersebut.
Apa yang boleh dipelajari daripada kajian ini?
Sukacita saya mendapati hubungan intim yang sihat akan melahirkan perkahwinan yang lebih sihat.
Rajin-rajinlah mencuba sebarang rangsangan oral yang boleh mengikat dan menyemarakkan rasa cinta antara anda dan pasangan.
Dua-dua puas, barulah bahagia rumah tangga, kan?
Kalau anda setuju dengan hasil kajian ini, jangan lupa beritahu pasangan ya. Sama-sama kita belajar untuk menjaga keharmonian perkahwinan kita.
Sumber rujukan: OK!, Victoria Milan, IOL dan The Canadian Journal of Human Sexuality
Kredit gambar: Getty
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.comseks-oral-suami-isteri-boleh-atau-tidak/