theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #MoneyParenting
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • Beli-Belah

Tidak Hanya Lelaki, Ini 5 Sebab Perempuan SANGGUP Curang Dengan Pasangan!

4 min bacaan
Kongsikan:
•••
Tidak Hanya Lelaki, Ini 5 Sebab Perempuan SANGGUP Curang Dengan Pasangan!

Wanita curang dengan pasangan bukanlah perkara yang mustahil, ia sering terjadi dalam masyarakat hari ini disebabkan oleh beberapa faktor

Berita mengenai perempuan curang dalam perhubungan mungkin adalah sangat jarang berlaku. Keadaan ini disebabkan oleh hati wanita ini sedikit lain dan mudah mencintai lelaki yang sama sehingga ke akhir hayat. 

Apabila mereka sudah jatuh cinta dengan seseorang, datanglah badai apa sekalipun, hati ini tetap milik lelaki itu. Tapi, lumrah manusia tidak menjanjikan seorang wanita untuk tidak berlaku curang kerana ia boleh berubah apabila berdepan pelbagai situasi yang mendesak.

Baca juga: Peguam Perjelas 6 Faktor Kenapa SUKAR Heret Isu Pasangan Curang Di Mahkamah

Sebab kenapa perempuan curang dan menipu pasangan

kenapa perempuan curang

credit to sources

Walau bagaimanapun pada hari ini telah banyak berlaku kes perempuan curang di belakang pasangan. Kali ini, kami di theAsianparent akan mengupas kenapa isteri curang dalam hubungan rumah tangga sehingga berakhir dengan perpisahan atau keganasan.

Ini bukan bermakna anda langsung tidak boleh mempercayai pasangan yang curang, tapi belajarlah daripada kesilapan dan berusaha mengukuhkan lagi ikatan cinta dalam perkahwinan.

#1. Hubungan jarak jauh dengan pasangan

Tipulah andai anda kata jarak di antara anda dan pasangan tidak jadi satu batu penghalang. Siapa yang tak rindu suami apabila berjauhan? Lebih-lebih pula kalau pasangan itu berjauhan kerana sibuk bekerja. Pekerjaan yang mengkehendaki pasangan berada jauh dari rumah akan jadi satu masalah dalam hubungan.

Bila makin berjauhan, siapa dapat mengagak cinta dalam hati ini tak boleh berubah? Bagaimana kalau tiba-tiba ada “orang” yang sengaja datang ingin mengganggu perkahwinan dan mengisi kekosongan?

Apapun, cinta antara pasangan dan anda kena selalu dipupuk untuk kekal marak dan bahagia.

#2. Hanya untuk balas dendam

Kadang-kadang, suami yang berlaku curang di belakang isteri dulu. Bila sudah kantoi, balas dendam dengan cara yang sama mungkin jadi pilihan si isteri. Ini sebab mereka mahu suami tahu betapa sakitnya hati dicurangi dan apa rasanya.

Mungkin alasan balas dendam boleh meredakan kemarahan, tapi itu juga sebenarnya tanda-tanda hubungan perkahwinan kalian sudah mula ada masalah.

#3. Melakukan sesuatu yang “terlarang”

punca isteri curang

credit to sources

Lumrah manusia kadang-kadang tersilap langkah sehingga sanggup melakukan sesuatu yang dilarang dalam agama. Curang atau menipu pasangan salah satu perbuatan yang dilarang dalam perkahwinan, namun ia tetap terjadi bagi menguji sejauh mana kekuatan suami isteri menempuhi ujian ini.

Kadang-kadang ia sebab faktor luaran seperti ada teman sekerja yang datang mengganggu. Atau pasangan yang curang itu sendiri yang “sengaja” ingin merasa buat sesuatu yang salah.

#4. Seks, namun bukan untuk suka-suka saja!

Jangan ingat semua pasangan berkahwin berasa puas dan nikmat ketika hubungan di ranjang. Ada pelbagai faktor yang boleh menyumbang kenapa rasa puas ini tak berjaya dicapai. Apabila nafsu tak dipenuhi, mulalah berlaku sesuatu yang tak diingini.

Lelaki biasanya akan curang kerana rasa diri tak dihargai sepenuhnya. Manakala, wanita pula didapati berlaku curang kerana keperluan seks mereka tak dipenuhi secukupnya. Hubungan imtim yang “kurang” antara pasangan boleh jadi satu racun yang berbisa!

#5. Hanya inginkan perhatian

tanda perempuan curang

credit to sources

Umum tahu yang wanita memang gemar akan perhatian. Selagi anda tak beri mereka perhatian yang diingini, selagi itulah mereka akan menuntutnya. Tapi, tak semua wanita nak sangat perhatian sampai sanggup melakukan pelbagai perkara. Cukuplah dengan hanya mendengar luahan hati dan masalahnya.

Namun apabila mereka merasakan pasangan mengabaikan mereka, tak mahu lagi dengan luahan hati dan sebagainya, mereka mula rasa tidak dihormati.

Setiap hubungan berbeza-beza. Akan tetapi, apa yang pasti, setiap pasangan perlu mengeluarkan usaha untuk menyokong dan memahami pasangan masing-masing.

Barulah terciptanya satu “ikatan” unik. Tapi, kalau ia tak dicapai, hubungan anda mungkin boleh berada dalam bahaya.

Apa pendapat anda? Mungkinkah ada sebab-sebab lain lagi yang boleh menjadi punca dan faktor kenapa sesetengah perkahwinan tak dapat diselamatkan kerana pasangan curang?

Sumber: theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Curang Itu Pilihan, Ramai Suami Guna Alasan Ikut Sunnah Nabi Untuk Menutup Kesalahan

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Tidak Hanya Lelaki, Ini 5 Sebab Perempuan SANGGUP Curang Dengan Pasangan!
Kongsikan:
•••
Artikel(Cerita)
  • Anda Syak Pasangan Mungkin Curang Guna Facebook? Lihat 7 Tanda-Tandanya!

    Anda Syak Pasangan Mungkin Curang Guna Facebook? Lihat 7 Tanda-Tandanya!

  • Kenapa Suami Mudah Curang Ketika Isteri Sedang Mengandung?

    Kenapa Suami Mudah Curang Ketika Isteri Sedang Mengandung?

  • 3 jenis bentan selepas bersalin dan risikonya yang tak pernah anda tahu, penting ini!

    3 jenis bentan selepas bersalin dan risikonya yang tak pernah anda tahu, penting ini!

  • Perkembangan Bayi 0-3 Bulan Adalah Paling Penting, Ibu Ayah WAJIB Tahu

    Perkembangan Bayi 0-3 Bulan Adalah Paling Penting, Ibu Ayah WAJIB Tahu

app info
get app banner
  • Anda Syak Pasangan Mungkin Curang Guna Facebook? Lihat 7 Tanda-Tandanya!

    Anda Syak Pasangan Mungkin Curang Guna Facebook? Lihat 7 Tanda-Tandanya!

  • Kenapa Suami Mudah Curang Ketika Isteri Sedang Mengandung?

    Kenapa Suami Mudah Curang Ketika Isteri Sedang Mengandung?

  • 3 jenis bentan selepas bersalin dan risikonya yang tak pernah anda tahu, penting ini!

    3 jenis bentan selepas bersalin dan risikonya yang tak pernah anda tahu, penting ini!

  • Perkembangan Bayi 0-3 Bulan Adalah Paling Penting, Ibu Ayah WAJIB Tahu

    Perkembangan Bayi 0-3 Bulan Adalah Paling Penting, Ibu Ayah WAJIB Tahu

  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore
  • Thailand
  • Indonesia
  • Philippines
  • Malaysia
  • Sri Lanka
  • India
  • Vietnam
  • Australia
  • Japan
  • Nigeria
  • Kenya
Jenama Rakan Kongsi
Mama's Choice Partner Brand Logo
© Copyright theAsianparent 2021. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat
Artikel
  • Komuniti
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
  • Perkembangan Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • #MoneyParenting
  • Gaya Hidup
  • Beli-Belah
Alat
  • ?Komuniti Ibu-Ibu
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
  • Resipi
  • Makanan
  • Poll
  • VIP Parents
  • Pertandingan
  • Photobooth

Download aplikasi kami

Appstore
  • Beriklan Dengan Kami
  • Tentang Kami
  • Team Kami
  • Hubungi Kami
  • Terma dan Syarat
  • Jadi Penyumbang Kami
  • Alat
  • Artikel
  • ?Feed
  • Poll
Buka di aplikasi