Kesilapan Tanpa Sedar, Isteri Yang Kuat Membebel Buat Suami Fed Up & Lari Dari Rumah

Tahukah anda bahawa punca perceraian boleh terjadi disebabkan oleh sikap isteri yang suka membebel dan membuatkan suami rasa tertekan apabila di rumah?

Setelah mendirikan rumah tangga, setiap pasangan pastinya akan mengharapkan untuk menjalani kehidupan bahagia sehingga ke akhir nafas. Namun, siapa sangka kesilapan kecil boleh menjadi punca perceraian antara suami isteri?

Dalam kesibukan dengan tugasan seharian menguruskan rumah dan anak-anak, kebanyakan isteri pada masa kini dikatakan mengalami tekanan emosi sehingga melepaskan sepenuhnya kepada suami.

Sikap isteri kuat berleter menjadi punca perceraian?

Sebenarnya, terdapat banyak perkara yang boleh menyebabkan hubungan suami isteri menjadi keruh. Antara ‘perkara kecil’ yang jarang diambil berat oleh pasangan ialah:

#1. Sibuk bermain telefon

credit to sources

Kebanyakan suami isteri pada hari ini sememangnya tidak dapat berenggang dengan telefon pintar sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga.

Bagi anda yang tidak sedar akan menganggap ia bukanlah isu besar, namun hakikatnya cukup memberikan risiko dalam sesebuah perhubungan.

Keadaan ini secara tidak langsung akan membataskan komunikasi bersama pasangan dan salah satu pihak rasa tidak dihargai. Sebaik-baiknya anda perlu mengehadkan penggunaan telefon pintar terutamanya apabila suami berada di rumah.

#2. Tabiat isteri suka berleter

Sikap pasangan suka membebel sebenarnya akan mencipta satu jurang dan mewujudkan perasaan tegang dalam hubungan.

Sebaik-baiknya anda perlu bijak mengawal emosi apabila suami baru pulang dari kerja dan cuba untuk berbincang dengan baik. Elak mengeluarkan kata-kata kurang sedap didengar dan percakapan yang memiliki double meaning kerana ia hanya membuatkan suami keliru dalam memahami kehendak anda

Dalam hal ini, anda perlu tunggu waktu yang sesuai seperti selepas makan atau ketika sedang bersantai untuk meluahkan rasa tidak puas hati dengan lebih tenang dan rasional.

#3. Rasa cemburu yang berlebihan

credit to sources

Perasaan cemburu yang hadir dalam sesebuah hubungan adalah kerana timbulnya rasa sayang dan takut ditinggalkan.

Walau bagaimanapun, sikap pasangan yang cemburu berlebihan ini sehingga mengekori setiap gerak geri, memeriksa telefon suami dan melakukan video call sepanjang masa sebenarnya memberikan kesan kurang baik dalam keharmonian rumah tangga.

Bagi menghadapi situasi ini, adalah lebih baik anda mengajak pasangan duduk bersama dan bicara dari hati ke hati agar perkara yang terbuku di dalam hati dapat diluahkan.

Sekiranya dipendam lama, ia akan menyebabkan barah dan menghilangkan rasa percaya serta sayang terhadap pasangan. Kesannya lama-kelamaan hubungan suami isteri menjadi hambar dan menjadi punca perceraian.

#4. Tidak pandai menghargai pasangan

Bayangkan semua perkara yang melibatkan keperluan dalam rumah dan anak-anak diuruskan sendiri oleh kudrat seorang wanita. Manakala suami hanya kerap kali memberikan alasan sibuk dengan kerja seharian dan sengaja pulang lewat malam bagi mengelakkan diri menunaikan tanggungjawab terhadap anak serta isteri.

Bahkan sanggup mengetepikan kata-kata cinta dan tidak mengucapkan terima kasih di setiap pengorbanan yang dilakukan oleh isteri.

Situasi ini bukanlah sesuatu yang baik untuk hubungan rumah tangga. Isteri boleh makan hati dan mengalami tekanan emosi jika dibiarkan berlarutan tanpa adanya jalan penyelesaian.

#5. Sering bertengkar melalui mesej

credit to sources

Apabila anda dan suami kerap kali bertengkar melalui mesej tanpa bersemuka, ia adalah tanda sebenarnya sudah tidak mahu peduli dengan apa bakal terjadi dalam hubungan yang dibina.

Jika ini berlaku, suami mungkin akan bertindak menetapkan silent mode pada telefon pintar dan membiarkan anda naik angin seorang diri. Kesannya, ia tidak akan menyelesaikan konflik rumah tangga dan berupaya mewujudkan masalah yang lain.

Jika ini berlaku dan anda masih sayangkan pasangan, berusahalah untuk menyelamatkan hubungan berkenaan. Usah melarikan diri dan duduk secara bersemuka untuk membincangkan masalah yang terjadi agar memperoleh jalan penyelesaian terbaik.

Sebenarnya konflik yang berlaku dalam rumah tangga mampu memberikan kebaikan dan juga keburukan. Jika ia berlaku untuk tempoh jangka masa panjang, akan membuatkan minda serta jiwa anda penat semata-mata.

Justeru, sekiranya menghadapi sebarang masalah, carilah Allah dahulu untuk mendapatkan pertolongan. Hati manusia sememangnya akan berbolak-balik dan hanya yang kuat sahaja akan berasa tenang ketika melalui setiap ujian mendatang.

Sumber: Mstar

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comjalan-ke-syurga