Pelakon Bercerai Lepas Suami Skandal Dengan Ibu Kandung, Ini 23 Punca Perceraian Yang TAK LOGIK!

Ibu kandung ada skandal dengan suami punca isteri minta cerai!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ada pelbagai punca perceraian yang boleh tercetus bila suami isteri sudah tak sehaluan lagi. Namun kalau puncanya adalah kerana ibu kandung, sakit itu lebih terasa pedihnya, bukan?

Biasanya, punca perceraian disebabkan ibu mertua seperti kena halau dari rumah ke, tak jaga hati ibu mertua ke atau lain-lain tapi berbeza pula dengan kes perceraian aktres terkenal Taiwan iaitu Jiang Ping.

Dia dikhabarkan bercerai disebabkan ibu kandungnya punya hubungan cinta dengan suaminya sendiri! Aduh, tak dapat nak bayangkan macam sakit bila dikhianati dengan ibu sendiri!

Jiang Ping berkongsi cerita itu melalui talk show pada 11 September yang lalu dan menyebut dia terpaksa bercerai dengan suaminya kerana lelaki itu terlibat dengan hubungan terlarang bersama ibu kandungnya.

Untuk pengetahuan, suami Jiang Ping merupakan seorang penulis skrip yang berumur 14 tahun lebih tua daripadanya. Sebelum berkahwin, mereka melalui proses pacaran yang singkat sebelum Jiang memutuskan untuk menerima lamaran bekas suaminya itu.

Namun selepas usia perkahwinan mencecah 7 tahun, Jiang merasakan perkahwinannya sudah tidak sehangat dahulu dan kasih sayang suaminya kian pudar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lantas dengan itu, Jiang bertindak untuk pergi ke rumah seorang peramal dan menanyakan tentang masalah rumah tangganya yang sedang dialami. Selepas ditilik peramal tersebut, lalu dia berkata suami Jiang mempunyai wanita idaman yang lain.

Punca penceraian disebabkan ibu kandung

Jiang terus meminta pengakuan daripada saminya itu dan tanpa disangka-sangka suaminya berterus terang dan mengakui menjalin cinta dengan wanita yang lain.

Lebih mengejutkan Jiang, suaminya mengaku bahawa ibu kandungnya adalah teman wanita barunya yang dicintai selama ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Supaya tidak mahu mengeruhkan keadaan, aktres Taiwan itu terus menghubungi ibunya namun panggilan tidak berjawab.

Oleh kerana jarak rumahnya dengan rumah ibu kandunganya tidak jauh, Jiang bertindak untuk terus pergi berdepan dengan ibunya itu.

Setelah mengetahui Jiang di hadapan pintu rumah, ibunya enggan membuka pintu dan tidak pelawa Jiang masuk ke dalam rumah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sementara ayah Jiang pula merasa aneh dengan perilaku isterinya itu, lantas Jiang tak tunggu lama dan terus menceritakan apa yang berlaku kepada ayahnya.

Meskipun perhubungan terlarang itu sudah bocor, Jiang masih berharap rumah tangganya kembali pulih seperti sedia kala dan mereka mula berpindah ke rumah lain.

Walaubagaimanapun, hubungan suami isteri itu masih tidak pulih dan dia tekad untuk bercerai.

23 punca perceraian yang tak masuk akal

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1. Suami mengatakan punggung isteri menggerutu dan hitam
2. Suami tak pandai layan isteri atas katil atau tak tahu buat hubungan seks
3. Isteri minta set persalinan, baju, seluar dan aksesori yang lengkap
4. Isteri kotorkan kopiah suami supaya tak habiskan masa terlalu lama di surau
5. Isteri ketagih ikut rombongan melancor secara beramai-ramai.
6. Isteri suka sangat basuh baju pada waktu malam
7. Suami curiga dengan setiap tindakan isteri
8. Isteri selalu ceritakan kehebatan hubungan seks dengan pasangannya yang dahulu
9. Berbeza fahaman politik juga menyebabkan perceraian suami isteri
10. Suami benci dan tak suka isteri makan dalam kereta takut bersemut dan kotor
11. Suami berpendapatan rendah atau gaji suami sikit sangat
12. Isteri malas dan selalu lambat masak
13. Suami atau isteri selalu sangat bangun lambat
14. Suami bekerja tak tentu masa, waktu malam pun mengadap kerja tak henti-henti dan selalu pulang lewat.
15. Anak selalu demam dan tak sihat juga jadi punca perceraian
16. Cemburu pasangan berkawan dengan bekas kekasih lamanya atau bekas tunang
17. Pasangan cerewet sedia segi.
18. Pasangan suka tidur berdengkur dan merimaskan
19. Pasangan suka sangat membeli belah barang yang tak berfaedah
20. Suami terlalu kedekut dengan isteri
21. Tak suka tengok pasangan basuh dan jemur baju
22. Berebut remote tv
23. Lupa nak pam tandas lepas “uhuk”

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Straits Times

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comkesan-perceraian-kepada-kanak-kanak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan