Kajian menemui punca Sindrom Polisistik Ovari, harapan baru untuk wanita tak subur

Kajian telah menemui punca Sindrom Polisistik Ovari yang boleh menyebabkan wanita tidak subur. Penemuan ini memberi harapan baru kepada pesakit PCOS.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa punca Sindrom Polisistik Ovari (PCOS)?

Selama bertahun-tahun kajian telah dilakukan untuk mengetahui apa punca PCOS yang menjadi penyebab utama ketidaksuburan pada wanita.

Beberapa kajian telah mengaitkan sindrom ini dengan sejarah keluarga manakala kajian lain pula mengatakan yang itu hanyalah salah satu sebab dari banyak sebab lain termasuk obesiti dan penolakan insulin.

PCOS adalah keadaan yang disebabkan oleh hormon tidak seimbang.

Apa punca Sindrom Polisistik Ovari? 

Satu dari lima wanita mengidap PCOS. Wanita dengan keadaan ini memiliki lebih hormon lelaki yang menyebabkan haid tidak seimbang dan tidak subur.

Selain dari ini, PCOS juga boleh menyebabkan sista ovari, obesiti, tidur apnea, depresi, tekanan darah tinggi dan dalam kes yang lain, kanser endometrial.

Simptom biasa bagi sindrom ini termasuklah pertumbuhan bulu di muka atau badan; sesetengah wanita juga boleh botak.

PCOS juga boleh menyebabkan penyakit jangka panjang seperti sakit jantung dan diabetes.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

foto: Medical News Today

Peningkatan hormon lelaki boleh menghalang ovari wanita untuk bersenyawa dan membuat telur secara normal.

Simptom lain PCOS termasuklah pendarahan berlebihan, jerawat, kenaikan berat badan, kulit menjadi gelap dan sakit kepala.

Namun, penemuan baru dari Kajian Kesihatan dan Perubatan di Institut Negara Perancis mengatakan punca Sindrom Polisistik Ovari berlaku sebelum kelahiran. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penemuan baru punca Sindrom Polisistik Ovari memberi laluan pada rawatan yang lebih baik

Sainstis mengaitkan PCOS dengan pengeluaran berlebihan hormon yang dipanggil hormon anti-mullerian (AMH) yang menghasilkan sel telur atau sacs (folikel).

Tahap AMH memberi gambaran tentang kebesaran simpanan ovari wanita.

Selepas diuji ke atas tikus dengan menyuntuk mereka dengan AMH semasa hamil, saintis menemui yang anak mereka membawa simptom PCOS.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini kerana hormon AMH yang berlebihan, lalu mereka juga mempunyai tahap testosteron yang lebih tinggi. Kumpulan saintis ini kemudian merawat tikus ini dengan ubat pengawal hormon dan menemui simptom PCOS pada tikus tersebut telah dirawat.

“Ini boleh menjadi strategi yang menarik untuk memulihkan masalah ovulasi dan meningkatkan peluang untuk hamil bagi wanita-wanita ini,” kata Paolo Giacobini, salah seorang pengkaji.

Walaupun masih banyak lagi yang perlu dikaji untuk mengetahui punca sebenar PCOS, ini sudah pasti merupakan satu langkah besar untuk memberi harapan kepada wanita yang sedang bertarung dengan kondisi ini.

Kami mengharapkan agar pakar berusaha lebih gigih untuk menemui punca sindrom PCOS dan menemui penawarnya!

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Rujukan: theAsianparent Singapore

Baca juga:

PCOS Atau Sindrom Polisistik Ovari: Apa Itu PCOS, Tanda & Risiko Pada Kesihatan Wanita

Penulis

Nadia Ghafar