TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

MERCU KREATIVITI KUALA LUMPUR - PUSAT BELI-BELAH KOMUNITI KREATIF GMBB – TELAH DILANCARKAN SECARA RASMI!

5 min bacaan
MERCU KREATIVITI KUALA LUMPUR - PUSAT BELI-BELAH KOMUNITI KREATIF GMBB – TELAH DILANCARKAN SECARA RASMI!

Hab kreatif yang semakin berkembangdi Kuala Lumpur – telah pun rasmi dilancarkan melalui satu majlis yang disambut meriah penuh budaya, kepelbagaian, dan semangat kebersamaan Malaysia.

Pusat Beli-belah Komuniti Kreatif GMBB – Hab kreatif yang semakin berkembang di Kuala Lumpur – telah pun rasmi dilancarkan melalui satu majlis yang disambut meriah penuh budaya, kepelbagaian, dan semangat kebersamaan Malaysia.

Acara bersejarah ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dr. Zaliha Binti Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) dan disaksikan oleh Ahmad Zul-Qarnain Ibrahim, Pengarah GMBB, Lim Ying Hui, Pengurus Besar GMBB dan Amerrudin Ahmad, Ketua Pengarah Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara di The Grey Box (ruang acara utama GMBB).

Pada mulanya, GMBB dibayangkan sebagai pusat borong fesyen, tetapi telah berubah menjadi hab kreatif apabila pengasas-pengasasnya menyedari betapa perlunya ruang kreatif di Kuala Lumpur yang sedang berkembang pesat ini.

Perubahan ini dipengaruhi oleh keterujaan mereka terhadap tempat-tempat seni lain yang berjaya di luar negara, seperti 798 Art Zone di Beijing dan PMQ di Hong Kong dan juga kepentingan ruang fizikal untuk para kreatif, artis, dan artisan tempatan agar dapat berkembang maju di Malaysia.

‘Dari Sekecil Benih ke Sebesar Rimba’ (A Seed Dreams of a Forest)

Seperti benih yang disemai di tanah yang subur, begitu juga peranan GMBB untuk memupuk bakat-bakat tempatan dalam ekosistem dinamik di mana para artis, artisan dan kreatif berlainan latar belakang, bakat dan pengalaman boleh berkumpul, berkolaborasi dan membantu merangsang lagi ekonomi kreatif dan budaya Malaysia.

Walaupun berdepan cabaran awal sebagai pendatang baru dalam lapangan seni, GMBB tetap memulakan perjalanan mereka berlandaskan visi yang utuh (semenjak ia ditubuhkan lagi).

Lim Ying Hui, Pengurus Besar GMBB, menjelaskan: “Dari inspirasi awal yang diambil dari pusat kreatif global hingga realiti yang kita telah semaikan di GMBB, kita telah melalui perjalanan yang luar biasa dalam mencorak lanskap kreatif dan budaya Malaysia. Hari demi hari, saya bersyukur kerana dapat menyaksikan kuasa transformasi kreativiti dan komuniti diperkasakan secara langsung.

Bersama, kita membantu memperkembangkan ekosistem kreatif dan budaya Malaysia di mana setiap suara pencipta bersatu dalam memperkayakan budaya kita dan menjalin hubungan bermakna.”

Hari ini, GMBB berdiri sebagai sebuah hab unggul yang telah menempatkan lebih daripada seratus para artis, artisan dan kreatif di sembilan tingkatnya yang berkeluasan kira-kira 110,000 kaki persegi (kawasan sewaan bersih).

Antara komuniti tersebut ialah Five Arts Centre, sebuah kolektif dinamik artis, aktivis dan penerbit Malaysia yang terkenal dengan persembahan yang eksperimental dan bermakna dalam teater, tarian, muzik; Fusion Wayang Kulit, sebuah galeri yang dikendalikan oleh pemenang anugerah yang berdedikasi untuk mengembalikan semula kegemilangan seni tradisional wayang kulit Malaysia melalui budaya pop; Gangsapura, sebuah pusat Gamelan Melayu kontemporari yang bergiat aktif menghidupkan seni muzik tradisional; Museum of Picture Book Art yang mempamerkan 80% buku bergambar tempatan; dan beberapa studio artis kelainan upaya.

Selain itu, terdapat juga banyak galeri unik, studio seni dan kafe menarik, siap sedia untuk diterokai di GMBB. Kekerapan penganjuran pelbagai kreativiti dan pameran pula akan memastikan setiap kunjungan ke GMBB itu dapat memberikan pengalaman baru.

Mengenai hala tuju GMBB, Lim mengakui, “Seiring dengan perjalanan perkembangan kita di GMBB, semangat dan kepelbagaian komuniti disini merupakan aspek yang paling penting kerana ia memberi kesan kepada GMBB bagi mencapai visi untuk memperluaskan lagi komuniti kreatif. Fokus kita adalah untuk mengangkat nilai yang dibawa oleh GMBB dalam menawarkan pengalaman pelancongan di Malaysia yang unik serta sumbangan kepada ekonomi kreatif dan budaya tempatan yang sentiasa wujud untuk segenap lapisan masyarakat di Malaysia.”

GMBB adalah sebuah tempat di mana semua komuniti boleh berkumpul dan menerokai kemeriahan suasana kreatif dan budaya Malaysia. GMBB mengalu-alukan orang ramai untuk menghadiri acara dan aktiviti menarik yang berlangsung sepanjang tahun ini:

MERCU KREATIVITI KUALA LUMPUR - PUSAT BELI-BELAH KOMUNITI KREATIF GMBB – TELAH DILANCARKAN SECARA RASMI!

Rakan Strategik

Selain daripada acara-acara ini, GMBB sedang giat bekerjasama dengan institusiinstitusi tempatan terutamanya Balai Seni Negara dengan penyediaan ruang untuk memberi sokongan kepada artis-artis yang terlibat dalam program Balai Seni Negara.

Pembangunan dan promosi bakat Malaysia kepada dunia adalah fokus utama yang akan terus berkembang untuk tahun-tahun mendatang dan GMBB berhasrat untuk turut serta dan menyumbang kepada percambahan ini.

Menariknya lagi, GMBB juga bekerjasama dengan Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM dan Jabatan Seni Halus, ASWARA dalam menganjurkan pameran akhir tahun pelajarpelajar mereka. Kerancakan suasana di GMBB dipertingkatkan lagi melalui kerjasama dengan kolektif pengarkiban Gerimis (yang aktif menerbitkan kandungan berkenaan Orang Asli) serta Borneo Laboratory dan HAUS KCH (yang berpangkalan di Sarawak).

Bagi memantapkan lagi usahasama ini, GMBB secara aktif menyokong inisiatif Think City Creative KL, berkongsi cita-cita untuk mengubah Pusat Bandar Kuala Lumpur menjadi sebuah destinasi yang penuh meriah dengan kreatif dan budaya.

“GMBB menampakkan bagaimana kerjasama strategik antara inisiatif Kerajaan dan perusahaan swasta boleh mempertingkatkan suasana budaya Kuala Lumpur dan sektor pelancongan.

Ia menunjukkan kesan positif dalam memupuk bakat kreatif tempatan dan mewujudkan ruang komuniti yang meriah. GMBB berfungsi sebagai model praktikal untuk inisiatif-inisiatif seumpamanya yang bertujuan memperkaya landskap budaya bandar kita dan menarik para pengunjung yang pelbagai,” kata

Yang Berhormat Dr. Zaliha Binti Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan). Sepadan dengan slogannya ‘More Together’, GMBB menekankan kolaborasi dalam merancakkan lagi ekosistem seni. Permulaan sederhana GMBB ini mencerminkan visi yang lebih besar – untuk menjadi titik tumpuan seni kreatif dan budaya Malaysia, serta menggalakkan ekonomi seni kreatif dan budaya yang mampan untuk negara.

Ini sejajar secara strategiknya dengan matlamat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sendiri – iaitu untuk menyokong pertumbuhan mampan dengan memupuk kreativiti, inovasi dan kepelbagaian budaya yang akhirnya akan menyumbang kepada ekonomi kreatif dan budaya Malaysia.

Untuk info lanjut, sila layari https://gmbb.com.my/.

 

Stories Rakan Kongsi
Anda Sudah Masuk Trimester Kedua Kehamilan? Ini 5 Perkara Penting Mummy Perlu Lakukan!
Anda Sudah Masuk Trimester Kedua Kehamilan? Ini 5 Perkara Penting Mummy Perlu Lakukan!
Tips for a Healthy Pregnancy
Tips for a Healthy Pregnancy
Asthma and How it Affects Us Emotionally, What to Do Then?
Asthma and How it Affects Us Emotionally, What to Do Then?
It’s Crucial Now To Keep Your House Virus Free! Here Are 5 Sanitation Solutions For You
It’s Crucial Now To Keep Your House Virus Free! Here Are 5 Sanitation Solutions For You

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

theAsianparent

  • halaman rumah
  • /
  • Siaran Media
  • /
  • MERCU KREATIVITI KUALA LUMPUR - PUSAT BELI-BELAH KOMUNITI KREATIF GMBB – TELAH DILANCARKAN SECARA RASMI!
Kongsikan:
  • Kempen Swish & Snap Listerine® Rai 5,000 Senyuman Sihat Bersama Watsons

    Kempen Swish & Snap Listerine® Rai 5,000 Senyuman Sihat Bersama Watsons

  • Karnival Katarak Perdana Kementerian Kesihatan & Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn Memberi Harapan Kepada Rakyat Malaysia Yang Terpinggir

    Karnival Katarak Perdana Kementerian Kesihatan & Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn Memberi Harapan Kepada Rakyat Malaysia Yang Terpinggir

  • TUULYN Menghidupkan Semula Pengalaman Membeli-belah Runcit – Elegan ala Eropah, Mesra ala Malaysia

    TUULYN Menghidupkan Semula Pengalaman Membeli-belah Runcit – Elegan ala Eropah, Mesra ala Malaysia

  • Kempen Swish & Snap Listerine® Rai 5,000 Senyuman Sihat Bersama Watsons

    Kempen Swish & Snap Listerine® Rai 5,000 Senyuman Sihat Bersama Watsons

  • Karnival Katarak Perdana Kementerian Kesihatan & Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn Memberi Harapan Kepada Rakyat Malaysia Yang Terpinggir

    Karnival Katarak Perdana Kementerian Kesihatan & Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn Memberi Harapan Kepada Rakyat Malaysia Yang Terpinggir

  • TUULYN Menghidupkan Semula Pengalaman Membeli-belah Runcit – Elegan ala Eropah, Mesra ala Malaysia

    TUULYN Menghidupkan Semula Pengalaman Membeli-belah Runcit – Elegan ala Eropah, Mesra ala Malaysia

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham