Kate Middleton Kecewa Putera William Curang Dengan Sahabatnya, Ini 5 Fakta Tentang Rose Hanbury

Tersebar meluas tentang gosip kecurangan Putera William apabila dikhabarkan ada hubungan cinta dengan sahabat isterinya sendiri. Benarkah?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baru-baru ini dikhabarkan rumah tangga kerabat diraja Inggeris goyah apabila Putera William curang dengan sahabat baik isterinya Kate Middleton. 

Berita yang mengejutkan ini berlaku apabila dikatakan Putera William ada hubungan dengan sahabat Kate yang bernama Rose Hanbury hingga membuatkan  Duchess of Cambridge itu marah. 

Atas sebab itu juga menjadi alasan mengapa Kate tidak lagi sefahaman dengan Rose dan menjauhkan diri dengan wanita tersebut apabila bertemu dengan teman-temannya. 

Skandal tentang kisah Putera William curang dengan Rose ini membuatkan ramai orang yakin dan percaya bahawa hal sebegini boleh berlaku. 

Ini kerana, kes curang dan bermain kayu tiga dengan perempuan lain dianggap sudah menjadi kebiasaan dalam keluarga kerabat diraja Inggeris itu. 

Pernah suatu ketika dahulu Putera Charles mengadakan hubungan sulit dengan Camilla Parker ketika masih bergelar suami kepada mendiang Puteri Diana. 

Disebabkan itu maka tidak mustahil jika William mengulangi perbuatan dan kesalahan yang sama seperti ayahnya. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaubagaimanapun, tidak diketahui secara lanjut perkara yang berlaku kerana rata-ratanya orang istana menutup mulut dan tidak mahu berkongsi kisah tentang insiden tersebut. 

Putera William curang dengan Rose Hanbury , Ketahui 5 fakta tentang Rose

 

Barangkali ramai yang tertanya-tanya, dari mana datangnya wanita ini yang dikhabarkan ada hubungan cinta dengan Putera William sekaligus menganggu rumah tangga keluarga diraja itu. Berikut fakta tentang wanita tersebut yang bernama Rose Hanbury. 

#1. Bekas model 

Kalau nak tahu, Rose Hanbury ini pernah menjadi model di bawah agensi yang sama dengan supermodel dari England, Kate Moss. Maka tidak hairan, Rose memiliki postur badan yang cantik dan tinggi lampai orangnya.

#2. Isteri kepada seorang bangsawan 

Rose Hanbury memiliki gelaran Marchioness of Cholmondeley kerana dia merupakan isteri kepada seorang aktor, sutradara dan bangsawan Inggeris, David Rocksavage, 58 tahun. 

Rose dan David bertemu pada tahun 2003 di Italy, kemudian selepas enam tahun pasangan tersebut mengumumkan pertunangan sehari sebelum upacara pernikahan. Mereka kemudian bernikah pada 2009.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Ada 3 orang anak 

Sama seperti Kate, Rose juga mempunyai tiga orang anak iaitu dua anak lelaki kembar bernama Alexander dan Oliver serta seorang anak perempuan bernama Lady Iris. Malah ketiga-tiga anaknya itu merupakan teman sepermainan dengan Putera George, anak Kate. 

#4. Menerima pendidikan di sekolah elit 

Dari segi pendidikan, Rose juga pernah mendapat pembelajaran di sekolah terulung dan elit di Stowe School, Buckinghamshire. 

#5. Nenek Rose bersahabat dengan Ratu Elizabeth 

Nenek Rose juga dikhabarkan sahabat baik dengan Ratu Elizabeth dan pernah menjadi pengiring pengantin ketika perkahwinan Putera Philip pada tahun 1947. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun disebabkan khabar angin Putera William curang dengan Rose ini maka hubungan Kate dan sahabatnya itu tidak lagi baik seperti dahulu malah mereka juga tidak lagi bertegur sapa dan jarang bertemu. 

Kalau benar khabar angin tentang kecurangan ini tentu ramai yang bersedih, kan? Sebab William dan Kate boleh dikatakan pasangan yang cukup serasi. Jika boleh biarlah hubungan suami isteri ini berkekalan sampai bila-bila. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: Hangat.com

Baca juga 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan