5 bukti Puteri Diana juga sama seperti ibu-ibu biasa macam kita!

Puteri Diana terkenal dengan gelaran "Puteri Rakyat". Mana tidaknya, lihatlah 5 bukti yang menunjukkan cara Puteri ini seakan mak-mak biasa macam kita juga!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Puteri Diana amat merendah diri dan sama seperti kita juga

Mendiang Puteri Diana amat terkenal dengan sifat merendah dirinya. Malah mungkin sebab itu, beliau sering dipandang tinggi masyarakat.

Sampai ke hari ini, pemergian Puteri Diana masih meninggalkan duka dalam memori. Bagi sesiapa yang rapat dengan mendiang Princess ini, mereka pasti akan mengenangnya sebagai seorang puteri yang bersifat kerakyatan.

Tapi yang paling menangkap perhatian tentang Princess Diana adalah gayanya sebagai seorang ibu kepada 2 orang putera beliau.

Gaya keibuaan Puteri Diana sungguh comel dan kelihatan biasa saja, sama seperti mak-mak macam kita ini!

Tak percaya? Jom tengok 5 bukti yang telah kami sediakan ini:

#1 Puteri Diana benarkan anak tunggang kuda

Kalau mak-mak biasa macam kita mungkin tidak mampulah nak beri anak seekor kuda, kan? Tapi itu tidak menghalang kita dari melihat Puteri Diana sebagai ikon keibuan yang sempurna.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sama seperti menaiki basikal, ibu ini  membenarkan anak-anaknya mengawal keadaan menunggang sesuatu dengan penuh yakin.

Malah dengan sifatnya ini yang membuatkan anak-anak tidak takut untuk mencuba pelbagai cabaran. Mereka tahu apabila mereka terjatuh, ada ibu bapa yang akan menyambut mereka!

#2 Princess Diana hantar dan ambil anak dari sekolah

Sama seperti ibu-ibu yang lain, rutin harian Puteri Diana setiap pagi adalah menyiapkan kedua-dua puteranya untuk ke sekolah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cubalah tengok gambar ini. Amboi, tak kelam-kabut pun Puteri ini menguruskan anak-anaknya di pagi hari, kan? Masih tetap stylo dan meletup!

#3 Bonding time dengan memeluk dan mengusik anak

Jangan ingat kerabat diRaja sebagai sebuah kerabat yang serius saja. Buktinya dapat dilihat melalui perbuatan puteri kegemaran ramai ini.

Lihatlah bagaimana Princess Diana akan meletakkan Putera William dan Harry di ribanya sambil bersembang. Malah, beliau juga sengaja mengusik dan mendukung mereka!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Comel sungguh, kan? Sama saja macam ibu-ibu biasa!

#4 Jadi tukang ambil gambar/kumpul gambar

Ibu-ibu pasti sudah biasa dengan tugas ini. Sama ada kita yang mengumpulkan semua orang dalam keluarga untuk mengambil gambar, atau kita sendiri yang akan ambil gambar itu.

Lihatlah bagaimana Puteri Diana melakukan tugas biasa bagi seorang ibu itu. Selamba saja beliau mengabadikan segala gambar-gambar dan kenangan bersama anak-anaknya.

Sweet habis!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5 Perbetul anak yang sedang buat kerja rumah

Angkat tangan kalau anda salah seorang ibu yang akan “mengendap” di belakang anak untuk melihat bagaimana anak membuat kerja rumahnya.

Taraaaa! Anda sama juga seperti Puteri Diana. Siapa kata hanya sebab mereka keturunan diRaja, mereka tidak perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk belajar?

Nampaknya, Princess Diana telah mendidik Putera William dan Putera Harry dengan tegas walaupun mereka berdarah diRaja.

Tiada siapa yang terlepas dari mata seorang ibu, ya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ha… bagaimana? Lucu juga memikirkan bagaimana Puteri Diana yang terkenal itupun bersikap “mak-mak” sama seperti kita, kan?

Apapun, menjadi seorang ibu akan mengubah hidup seorang wanita buat selama-lamanya.

Bagi saya,  5 bukti ini menunjukkan seorang ibu tetap akan menjadi seorang ibu, walau setinggi mana darjat dan pangkatnya 🙂

Nanti kita lihat gaya keibuan dari Kate Middleton, menantu Princess ini pula, ya!

 

 

 

Sumber rujukan: theAsianparent Singapore

Kredit gambar: The Sun

Baca juga:

8 Kata-Kata Indah Tentang Tugas Ibu Bapa Dari Mendiang Princess Diana

Penulis

Ayu Idris