Doktor Pakar Ingin Beritahu Anda 10 Perkara Penting Ini Ketika Anda Hamil
Ini mungkin kali pertama anda mengandung, tapi pakar ginekologi anda mungkin telah membantu ramai lagi ibu-ibu lain melahirkan bayi mereka.
Ini menjadikan mereka satu sumber luar biasa bagi mengetahui cara untuk mendapatkan pengalaman kelahiran yang terbaik.
Tetapi jika anda meminta nasihat mereka, anda mungkin mendapati ada kalanya mereka seperti berahsia. Mengapa?
Terdapat perbezaan besar antara pendapat profesional dan pendapat peribadi.
Mujurlah, kami berjaya mengumpul beberapa pakar sakit puan untuk berterus terang tentang apa yang mereka benar-benar ingin beritahu wanita hamil.
1. Apa yang berlaku selepas bersalin adalah yang paling penting
Anda telah mengira hari, menghadiri kelas, membuat rancangan kelahiran dan menyiapkan beg hospital anda. Ia adalah satu masa yang menarik dan tentu saja anda mahu bersedia.
Tapi Dr. Sarah Yamaguchi, seorang ginekologi di Hospital Good Samaritan di Los Angeles mengatakan terlalu ramai ibu bapa memberi fokus pada saat melahirkan berbanding apa yang akan berlaku selepas itu.
2. Anda tidak perlu dengar cerita seram mengenai wanita mengandung lain
Anda tahu bagaimana sebaik sahaja anda hamil, semua orang mempunyai cerita seram untuk dikongsikan bersama anda.
Inilah nasihat doktor: anda tak perlu mendengarnya.
“Jangan pedulikan mereka yang ingin memberitahu anda cerita-cerita seram mengenai pengalaman mengandung,”
Nasihat Dr Octavia Cannon, seorang ginekologi di Obstetrik & Ginekologi Arboretum di Charlotte, North Carolina.
3. Kuasa untuk umum tentang kehamilan di tangan anda
Tunda pengumuman tentang kehamilan jika anda bimbang.
“Jangan buka diri anda kepada komen negatif,” kata Dr. Cannon.
Tiada peraturan tentang bila anda perlu kongsi berita baik anda.
4. Dapatkan fakta yang betul mengenai rutin kecantikan anda
Terdapat begitu banyak maklumat mengenai penggunaan produk kecantikan semasa kehamilan.
Dr Sherry Ross, seorang ginekologi di Providence Saint John’s Health Center di Santa Monica, California, mengatakan anda jangan mudah risau. Sebaliknya, pelajari semua yang anda perlu ketahui untuk kehamilan dan ubah rutin kecantikan anda.
5. Anda harus mempertimbangkan untuk memakai hos sokongan semasa mengandung
Hos sokongan memang nampak tak cantik. Tetapi stoking benar-benar boleh berfungsi dalam mencegah urat darah varicose semasa kehamilan.
Sebab itu Dr. Ross berharap lebih ramai ibu mengandung memakainya dari awal kehamilan – walaupun ketika mereka tidak mempunyai tanda-tanda untuk memerlukannya lagi.
Dan jika anda sudah mempunyai urat varikos, cuba jangan risau. Urat varikos akan hilang atau menjadi kurang sebaik sahaja anda melahirkan bayi.
6. Terlalu banyak ambil imbasan ultrasound tak berfaedah pun
Untuk ibu-ibu, ultrasound merupakan perkara yang paling menarik semasa lawatan ginekologi anda.
Bukan sahaja anda dapat melihat bayi anda, tetapi anda juga dapat mengetahui yang bayi anda selamat dan sihat di dalam perut.
Tapi Dr. Cannon memberi amaran yang sebarang ujian perubatan, termasuk ultrasound, harus dilakukan oleh pakar sakit puan semasa kehamilan anda saja. Tak perlu banyak-banyak kali pun!
7. Anda perlu pakar pediatrik semasa hamil
Dalam beberapa jam pertama kelahiran bayi anda, anda perlu membuat keputusan perubatan untuk mereka. Anda perlu pilih pakar pediatrik anak anda sebelum anda melahirkan anak.
“Mula mencari ahli pediatrik pada usia 28 hingga 32 minggu,” kata Dr. Cannon.
8. Ya, menghidu asap rokok adalah berbahaya.
Anda mungkin bukan seorang perokok, jadi anda mungkin tidak peduli terhadap asap yang terkena bayi anda.
Tapi Dr. Cannon menunjukkan bahawa asap rokok (ketika seseorang di sekeliling anda merokok) juga boleh menimbulkan ancaman.
“Ia boleh membuatkan bayi yang baru lahir lebih mudah terdedah kepada asma dan Sindrom Kematian Bayi Mendadak (SIDS),” katanya.Oleh itu, jika pasangan anda atau orang lain di sekeliling anda merokok, tinggalkan mereka dan mintalah mereka untuk tidak melakukannya di sekeliling anda.
Oleh itu, jika pasangan anda atau orang lain di sekeliling anda merokok, tinggalkan mereka dan mintalah mereka untuk tidak melakukannya di sekeliling anda.
9. Tiada soalan yang gila
Risau tentang pertanyaan kepada doktor tentang cecair pelik yang anda ada atau perubahan yang tidak dijangka dalam kehidupan seks anda? Jangan malu, kata Dr. Yamaguchi.
“Tubuh wanita hamil melakukan perkara gila dan saya harap pesakit saya lebih terbuka untuk bertanya apabila mereka mempunyai masalah yang memalukan,” katanya.
10. Kehamilan bukanlah penyakit!
Kehamilan pastinya boleh jadi masa yang paling mencabar dalam hidup wanita.
Dr. Yamaguchi berkata terlalu banyak ibu yang melihat kehamilan sebagai penghalang kepada kerja fizikal atau senaman.
“Kehamilan mengambil jumlah fizikal dan mental yang besar dari tubuh anda, jadi anda tidak dapat bersenam sekerap mungkin dan anda memerlukan lebih banyak tidur,” jelasnya.
Tapi kesederhanaan adalah kunci.
Rencana diterjemah daripada What To Expect.
Baca juga:
21 Tanda Tanda Bersalin Yang Pasti, Ibu Jangan Berlengah! Perlu Segera Ke Hospital