Kadangkala apabila berbicara tentang lelaki, wanita sering menimbulkan isu ‘Kenapalah suami tak faham, padahal saya dah beri banyak hint!’, kan? Ha sebenarnya banyak rahsia lelaki yang kita kena ambil tahu, lagipun wanita dan lelaki ini ada banyak perbezaannya!
Mungkin ada yang berfikir, lelaki ini sebenarnya mudah sahaja pemikirannya.
Ya mungkin, tapi sebenarnya ada beberapa perkara yang tidak semudah disangka kerana hati lelaki juga perlu difahami, dan mereka sudah tentunya punya perasaan yang hampir sama seperti wanita.
Rahsia Lelaki Yang Akan Membuka Mata Wanita!
Kalau anda rasa anda dah kenal sangat pasangan, mungkin ada di kalangan anda yang akan terkejut dengan beberapa fakta ini. Jom kita tengok 10 rahsia lelaki!
Rahsia Lelaki #1 Lelaki Inginkan Bakal Isteri Yang Bertanggungjawab, Bukan Cantik Semata!
Ya, memang kebanyakkan lelaki memandang rupa paras wanita untuk dijadikan teman, tetapi ini hanya fitrah lelaki.
Dalam pemilihan isteri, lelaki selalunya akan memilih bakal isteri yang dilihatnya boleh menjadi isteri yang bertanggungjawab atau pendek kata, ibu kepada bakal anak-anaknya.
Rahsia Lelaki #2 Lelaki Fikir Tentang Wanita Yang Disukainya Sebelum Tidur
Wah! Confirm hati sedang berbunga-bunga, kan?
Percaya tak, walau sesibuk atau seteruk mana pun hari seorang lelaki, sebelum tidur dia pasti memikirkan wanita kesukaannya.
Tambahan lagi bila wanita itu dah pasti jadi teman wanitanya, pasti dia sentiasa teringat kecantikan dan senyuman anda itu!
Rahsia Lelaki #3 Lelaki Menerima Anda Seadanya
Walaupun anda merasakan perut anda buncit, dengan muka yang berjerawat, sebenarnya bila lelaki kata dia tidak kisah, dia ternyata tidak kisah. Wanita sahaja yang risaukan penampilan diri, manalah tahu si lelaki berasa tawar hati.
Dia mungkin akan menasihati anda untuk menjaga makan, atau melakukan senaman untuk menjaga diri. Namun anda jangan pula terasa, kerana kebanyakkan masanya dia hanya ingin menenangkan diri anda sahaja.
Rahsia Lelaki #4 Lelaki Suka Tanya Soalan Sama
Perasan tak, bila lelaki memulakan perbualan, selalunya dia akan bertanyakan soalan yang sama?
“Dah makan?” “Buat apa tu?”
Ini tandanya dia sebenarnya gugup, dan pastinya soalan yang mudah sebegini lebih mudah untuk anda membalas pertanyaannya.
Rahsia Lelaki #5 Lelaki Mudah Cair Dengan Senyuman Wanita
Tambahan lagi dari wanita yang disukainya, sudah tentu si lelaki akan cair melihat gadis kesukaannya tersenyum padanya!
Dia mungkin akan terfikir, ‘Eh dia senyum kat aku ke tu?’, dan mungkin akan terbawa ke dalam mimpi pula.
#6 Jika Anda Berkata ‘Tidak’ Padanya Anda Bermaksud ‘Cuba Lagi’
Mungkin ada terfikir kenapa lelaki tak faham bahasa bila anda mengatakan jangan mesej dia lagi. Sebenarnya lelaki bukan jenis yang berputus asa, baginya kalau dia sudah suka apa sekalipun dia pasti akan cuba lagi.
Manalah tahu ada peluang untuk buka hati si wanita.
#7 Fantasi Lelaki Tidak Ada Had
Mungkin bagi mereka perkara ini suka-suka sahaja, tapi kalau wanita dapat tahu habislah…
#8 Lelaki Lebih Pentingkan Keluarga dan Wanita Yang Dicintai Berbanding Diri Sendiri
Fitrah lelaki merasakan dirinya sebagai pelindung keluarga dan wanita. Jadi tidak hairanlah lelaki lebih mengutamakan keluarga dan isteri sendiri di masa susah dan senang.
Malah mereka merasa malu sekiranya tidak dapat menjadi pelindung untuk orang kesayangan mereka.
#9 Lelaki Tak Suka Anda Bercakap Dengan Bekas Kekasih Anda
Walaupun kadangkala lelaki tidak menunjukkan sayang, tetapi bila nampak sahaja lelaki lain baik semacam dengan anda, pasti dia akan cemburu.
Tambahan lagi bila anda mula membandingkan dirinya dengan bekas kekasih anda, dari awal perbualan anda pasti nampak riak muka si lelaki akan berubah.
Jadi wanita, jangan sekali-sekali anda bandingkan ya. Anda pun pasti tak suka dibandingkan dengan wanita lain bukan?
10 Lelaki Lebih Simple dan Berterus-Terang
Ya yang ini paling rumit buat kaum wanita. Lelaki tidak mudah untuk faham bahasa tubuh wanita, padahal si wanita pula gemar memberikan hint.
Lelaki sebenarnya lebih mudah menerima arahan secara terus terang, contohnya sekiranya anda mahukan bunga, beritahu saja anda mahukan bunga. Tetapi takkan wanita nak minta kejutan pula kan? Hihi.
Bagaimana dengan maklumat yang kami paparkan ini? Ada tak yang sama dengan lelaki kesayangan anda?
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Saudari.com
Baca juga: Perkara Tentang Lelaki Yang Perlu Anda Tahu Untuk Perkahwinan Bahagia