5 rahsia kebahagiaan rumah tangga Bill dan Melinda Gates yang tiada siapa tahu!

Sudah 24 tahun Bill dan Melinda Gates kahwin. Sebagai jutawan yang merendah diri, pasti kita mahu tahu rahsia perkahwinan bahagia mereka, kan? Ini 5 rahsianya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seorang graduan muda bernama Melinda French telah menyertai syarikat Microsoft pada tahun 1987. Wanita itu tidak pernah menyangka setelah bekerja di syarikat terbabit, beliau akhirnya menemui rahsia perkahwinan bahagia selama 24 tahun!

Beberapa minggu selepas bekerja, di sebuah keraian syarikat, Melinda terkejut ditegur oleh CEO syarikat iaitu Bill Gates. Bill Gates mengajaknya pergi makan malam!

Melinda pada mulanya menolak ajakan tersebut. Beliau merasa tidak manis untuk keluar berdua dengan CEO syarikat dia bekerja. Namun akhirnya, mereka berdua bahagia hingga kini.

Apa agaknya rahsia perkahwinan bahagia selama 24 tahun itu? theAsianparent Malaysia akan membongkarkannya hari ini.

Rahsia perkahwinan bahagia Bill dan Melinda Gates

Kredit: CNN.com

Boleh dikatakan, kisah hidup mereka ini umpama filem dongeng. Mana tidaknya, Melinda paling bertuah kerana didatangi oleh seorang PUTERA (ya dia memiliki segala-galanya!).

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Malah mereka bukan saja kaya, tapi amat merendah diri dan selalu membantu insan-insan lain!

Apabila ditanya tentang rahsia perkahwinan bahagia mereka, ini 5 perkara yang dikongsi Melinda. Tiada siapa tahu rahsia ini, tau! 

Rahsia perkahwinan bahagia #1: Permulaan hidup yang spontan

Bill dan Melinda Gates berjumpa di tempat kerja. Bill adalah bos besar dan Melinda hanyalah seorang pekerja. Namun, ini tidak menyekat hubungan mereka.

Selepas Melinda memberi nombor telefonnya pada Bill, malam itu juga Bill menghubungi dirinya! Tapi kisah cinta mereka tak indah semata-mata.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu Melinda mulanya tidak suka apabila Melinda bercinta dengan Bill kerana tak ideal bercinta dengan CEO syarikat yang kita bekerja. 

Namun Melinda dan Bill Gates menyerahkan ia pada Tuhan. Selepas 7 tahun bercinta, mereka akhirnya berkahwin

Rahsia perkahwinan bahagia #2: Sedar tentang sekeliling

Kredit: Easy Weddings

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebagai jutawan, pasti saja kita ingat mereka ini bongkah dan sudah berada di kedudukan atas. Lalu, mana mungkin mereka memandang ke bawah, kan?

Tapi itulah rahsia perkahwinan bahagia Bill dan Melinda Gates. Walaupun mereka mengadakan majlis perkahwinan hebat di Hawaii, namun ketika ke Afrika, mata mereka “terbuka” untuk membantu insan yang kemiskinan di sana.

Melinda menerangkan dalam TED talk yang ketika di Afrika, kedua-dua pasangan itu “mula bercakap dan berbincang” tentang apa yang mereka boleh buat untuk membantu insan lain.

Rahsia perkahwinan bahagia #3: Suami isteri harus seiring dan sejalan

Dalam sebuah temuramah dengan Fortunejutawan Warren Buffett mendedahkan apa rahsia perkahwinan bahagia Bill dan Melinda yang dia nampak. 

Menurut beliau – “Bill Gates memang bijak, jelas dia amat bijak. Tapi kalau ingin melihat sesuatu dari sudut pandangan yang lebih besar, Melinda lebih bijak. Lebih bijak dari Bill.”

Melinda pula ketika disoal tentang hal itu berkata, beliau berterima kasih kepada Bill kerana kematangan suaminya itu. Malah, beliau juga berterima kasih kerana Bill dan dirinya sanggup komited terhadap sesuatu yang mereka berdua mahu.

“Saya jatuh cinta dengan otaknya yang pandai. Tapi saya juga jatuh cinta dengan sifat ingin tahu beliau. Beliau tidak duduk di satu tempat. Kami sama-sama seiring dan sejalan.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rahsia perkahwinan bahagia #4: Memahami antara satu sama lain

Kredit: CNBC.com

Mencintai satu sama lain saja tidak cukup untuk mengekalkan perkahwinan. Apa yang boleh buat suami isteri secocok di antara satu sama lain adalah melalui pemahaman

Bill Gates dan Melinda kedua-duanya memahami kemampuan mereka untuk mengubah dunia. Jadi mereka menubuhkan Yayasan untuk menderma hampir $40.3 juta sumbangan!

Malah mereka juga telah menerima anugerah Presidential Medal of Freedom pada tahun 2016 dari mantan presiden Barack Obama kerana usaha mereka itu.

Semuanya terhasil apabila suami isteri saling memahami apa yang terbaik buat mereka, malah buat individu di sekeliling. Berbakti pada dunia!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rahsia perkahwinan bahagia #5: Jangan terlalu memanjakan anak

Tahukah anda yang harta Bill Gates dan Melinda mencecah sehingga $89.6 juta? Namun ketiga-tiga anak mereka hanya akan menerima sejumlah $10 juta seorang sahaja.

Selebihnya akan diberi kepada kebajikan! 

Dalam salah satu acara TED talk, Bill mendedahkan yang dia tidak mahu anak-anaknya menganggap mereka tidak perlu berbuat apa-apa kerana mereka anak jutawan. 

Kedua-dua pasangan ini mahu anak mereka membesar menjadi insan yang merendah diri dan kuat agama. Jadi sebab itu mereka tidak dibenarkan memiliki telefon bimbit sehingga berusia 14 tahun.

Malah, mereka juga dibesarkan dengan kelas agama yang mencukupi.

Perkahwinan Bill dan Melinda Gates bukan saja ideal, malah ia sewajarnya dijadikan ikon kepada suami isteri di luar sana. 

Lihatkan rahsia rumahtangga bahagia mereka. Mereka saling memahami, tidak mementingkan diri sendiri dan ingin berbakti pada dunia. 

Semoga usaha dan niat mereka itu sentiasa dilindungi! 😀

 

 

 

 

Sumber rujukan: Business Insider

Kredit gambar: Fortune

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Pasangan Yang Bahagia Selalu Buat 9 Rutin Harian Ini Sebelum Mereka Tidur

Penulis

Ayu Idris