Bilik tidur itu 'tempat rahsia" suami isteri, anda TAK BOLEH masuk sesuka hati!

Privasi di bilik tidur adalah rahsia suami isteri. Sebab itu, orang luar tak kira saudara, mertua atau adik beradik sekalipun dilarang masuk kerana...

Anda tahu tak, rahsia suami isteri itu ada dalam kamar tidur?

Sebab itulah, bilik tidur utama dalam sesebuah rumah adalah milik suami isteri dan orang luar tidak dibenarkan masuk sesuka hati. Kalau nak masuk juga, anda perlu minta izin daripada tuan rumah tersebut. 

Sebenarnya, soal bilik tidur ini boleh buat gaduh besar jika ada pihak yang melanggar peraturan tersebut. Jadi, tolong hormati privasi pasangan suami isteri itu

Apa sebenarnya rahsia suami isteri dalam bilik tidur?

Secara lazimnya, bilik tidur adalah tempat beristirehat bagi suami isteri selepas seharian penat bekerja. Jadi, situasi yang aman, segar, tenang dan selesa semestinya amat diperlukan dalam bilik tidur.

Malah di bilik tidur itu juga, suami isteri berduaan, berbincang, bersolat, mengaji Al-Quran, bersemuka dan melakukan hubungan kelamin.

Pakar Perunding Keluarga Dr Fadzilah Kamsah pernah berpesan bahawa kamar tidur suami isteri adalah kawasan larangan atau No Entry.

Kredit: Example Room Design

Yang dibenarkan masuk ke dalam bilik tidur tersebut hanyalah suami isteri tersebut sahaja kerana di situ semua aktiviti sulit dilakukan dengan pasangan.

Jika ada tetamu datang ke rumah, mereka boleh menggunakan bilik tetamu atau bilik anak. Sekiranya suami tidak faham tentang ini, isteri boleh membawanya berjumpa pegawai kaunseling atau pejabat agama.

Malah haram hukumnya masuk ke dalam bilik tuan rumah dan tak boleh masuk sesuka hati ke mana-mana bahagian dalam rumah tersebut tanpa keizinan.

Lebih-lebih lagi di kamar tidur kerana terdapat pakaian milik isteri yang tak sepatutnya diperlihatkan oleh orang luar. Walaupun keluarga, saudara atau mertua sekalipun.

Hal ini kerana, bilik tidur yang selalu dicerobohi orang luar lama-kelamaan akan hilang serinya kerana tiada lagi privasi antara suami dan isteri berkenaan. 

Rahsia suami isteri dalam kamar tidur

Kewajipan menjaga bilik tidur ini tidak hanya terletak di tangan isteri sahaja tapi suami juga perlu ambil tahu bersama-sama.

Berikut merupakan beberapa petua bagi memastikan bilik tidur dalam keadaan kemas dan teratur..

Petua penjagaan kamar tidur utama suami isteri

Kredit: Hoaphatmiennam

  • Memastikan tiada sampah bertebaran atas lantai atau sarang lelabah di atas siling bilik.
  • Cadar bertukar sekurang-kurangnya seminggu sekali.
  • Elakkan bilik tidur berbau kurang enak.
  • Guna alat aromaterapi bagi mengurangkan bau yang kurang menyenangkan. Contohnya bauan lavender yang sungguh wangi dan mengasyikkan.
  • Bantal dan sarung bantal sentiasa bersih.
  • Sentiasa buang debu di bahagian tingkap bilik
  • Bersihkan tahi cicak di celah tingkap atau dinding.
  • Basuh langsir dan tukar yang baru jika kelihatan berdebu
  • Jangan biarkan kain baju di belakang pintu atau merata tempat dalam bilik tidur.
  • Susun dan lipat kemas baju dalam almari.
  • Kemaskan meja solek.
  • Lap cermin meja solek jika perlu
  • Cuci bilik air supaya bau yang kurang menyenangkan tidak meresap masuk ke dalam kamar tidur.
  • Jemur permaidani bilik tidur.
  • Enam bulan sekali tukar kedudukan perabot dalam bilik tidur.
  • Kedudukan ruang solat tidak menghadap pintu bilik air.
  • Jadikan kebiasaan bahawa bilik tidur adalah tempat rahsia dan larangan orang yang tidak berkenaan.

Ingin diingatkan di sini, isteri harus sentiasa memastikan bilik tidur dalam keadaan yang bersih dan ikut tip yang dikongsikan tadi.

Mungkin suami tidak bersuara atau menegur bilik tidur yang tak bersih atau kotor ini. Tapi jangan sampai anda menyesal jika suami mencari bilik tidur lain untuknya menenangkan diri tanpa pengetahuan isteri.

Berikan aura dan aroma dalam bilik tidur kerana ia mencerminkan keperihatinan isteri terhadap kebajikan suaminya.

Lakukan aktiviti memperindahkan bilik tidur demi kebahagiaan rumahtangga. Selamat berjaya!

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Arjuna, Syida Musa

Baca juga:

Rahsia Perkahwinan Bahagia Terletak Di Tangan Suami Yang Bijak!