Budak Miskin Gigih Siapkan Kerja Sekolah, Sambil Jual Kuntuman Bunga Di Atas Jejantas

Tidak sukar mencapai sebuah kejayaan asalkan setiap anak-anak rajin belajar. Meskipun terpaksa membantu keluarga, dia tetap gigih menyiapkan kerja sekolah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Untuk mencapai kejayaan dan cita-cita memerlukan seseorang untuk rajin belajar dan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh.

Meskipun berdepan dengan pelbagai halangan seperti keluarga tidak mampu membiayai yuran persekolahan, tidak cukup makan ataupun kelengkapan sekolah tidak dapat disediakan, jadikan ia sebagai pendorong untuk anak-anak mencari alternatif lain.

Budak rajin belajar sambil berniaga

credit to sources

Tidak dinafikan, kesusahan hidup mengajarkan setiap anak untuk hidup secara ala kadar dan lebih berdikari.

Walaupun terkadang mereka sering cemburu dengan rakan sebaya yang memiliki kehidupan yang lebih baik, namun mereka perlu sedar akan setiap halangan yang dihadapi adalah tangga menuju kejayaan.

Baru-baru ini tular gambar seorang budak lelaki dilihat begitu tekun menyiapkan kerja sekolah di atas sebuah jejantas sambil berniaga.

Bayangkan sendiri kanak-kanak yang sekitar usia 10 tahun berkenaan rajin belajar sehingga duduk membongkokkan badan sambil memegang sebatang pensel biarpun keadaan begitu tidak selesa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Gambar menyentuh hati ini berjaya dirakam oleh salah seorang pengguna laman sosial di Filipina yang kelihatan kanak-kanak tersebut masih lengkap berpakaian sekolah bersama beg.

Difahamkan dia juga menjual beberapa kuntum sampaguita iaitu bunga kebangsaan negara Filipina yang tersusun elok di hadapannya sambil menunggu pelanggan untuk menampung kehidupan.

Lebih menyedihkan, keadaan sekelilingnya penuh dengan bunyi bising dari kenderaan di sekeliling, namun ia langsung tidak menganggu fokus pembelajarannya demi mencapai kejayaan dalam pendidikan.

Rata-rata netizen amat kagum dengan tindakan tersebut dan mendoakan supaya budak berkenaan akan menjadi individu yang hebat serta meraih kejayaan pada suatu hari nanti.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kelebihan anak terbiasa hidup susah

#1. Mengajarkan anak tentang bahagia

Semakin anak terbiasa hidup dengan menempuhi pelbagai kesusahan, mereka akan sedar bahawa kebahagiaan yang sebenar bukanlah datangnya dari kebendaan.

Hal ini kerana anak-anak akan melakukan apa sahaja yang mereka mampu, berasa bahagia sekiranya dapat menolong keluarga dan menghadapi susah senang kehidupan bersama-sama.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Meningkatkan kesabaran

Hidup secara bersederhana akan membiasakan anak-anak tentang erti kesabaran.

Jika ibu ayah yang lain sanggup memberikan kesemua yang diperlukan oleh cahaya mata mereka, namun anak yang terbiasa hidup susah akan belajar untuk bersabar dan lebih bertenang ketika dia tidak dapat memiliki keinginannya.

#3. Lebih bertanggungjawab 

Ketika anak memiliki jumlah koleksi barangan lebih sedikit, mereka akan jadi lebih bertanggung jawab untuk menjaga kesemuanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hal ini kerana anak-anak akan lebih fokus untuk menghargai kesukaran mendapatkan permainan tersebut sehingga menyimpannya dengan baik agar tidak mudah rosak.

Selain itu, anak yang membantu sama-sama melibatkan diri dengan tugasan rumah akan melatihnya untuk bertanggungjawab untuk tidak membuat sepah.

#4. Meningkatkan rasa bersyukur

credit to sources

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Meskipun kehidupan setiap hari seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, ibu ayah sebenarnya menitipkan rasa bersyukur untuk menikmati setiap rezeki yang dikurniakan.

Hidup secara lebih sederhana dengan pakaian yang cukup, permainan sedikit dan adanya makanan untuk dinikmati akan membuatkan anak-anak berterima kasih kepada Allah kerana ia cukup untuk meneruskan kehidupan.

#5. Membuatkan anak berasa puas

Percaya atau tidak, gaya hidup sederhana akan membantu anda untuk berasa lebih puas ketika menjalani proses kehidupan.

Ibu ayah perlu mengajarkan anak untuk memanfaatkan segala yang ada di sekeliling mereka untuk mencipta sesuatu hasil yang baru. Sebagai contoh, menggunakan botol di rumah untuk dijadikan sebagai pasu bunga dengan sentuhan lebih kreatif.

Pastinya anak-anak akan berasa puas hati dan ciptaan yang dihasilkannya dihargai kerana ibu ayah tidak perlu mengeluarkan duit untuk mendapatkan pasu bunga baharu.

#6. Meningkatkan jati diri anak

credit to sources

Nilai moral dalam diri anak-anak dapat dipertingkatkan sekiranya ibu ayah membiasakan diri mereka untuk menjalani kehidupan susah.

Hal ini kerana mereka akan menggali setiap nilai moral dalam setiap kegiatan yang dilalui setiap hari. Ia sekaligus membantu menemukan jati diri dan lebih mempercayai diri ketika berhadapan detik kesukaran.

Anak-anak juga akan lebih bijak dalam membuat keputusan hebat dalam hidupnya kerana mampu melihat perkara yang perlu diutamakan dan tidak bertindak mengikut emosi semata-mata.

#7. Menghargai setiap perkara kecil

Ketika berhadapan dengan kehidupan sederhana dan keperluan yang kurang, anak-anak akan belajar akan kepentingan untuk menghargai setiap perkara kecil yang dilalui mereka.

Ibu yang menyediakan pakaian sekolah untuk anak-anak dan pada yang sama perlu segera menyiapkan bungkusan nasi untuk dijual, ia sebenarnya melatih mereka untuk menghargai setiap pengorbanan yang telah dilakukan.

Justeru, jangan sedih kerana mampu menyediakan sedikit sahaja keperluan anak-anak kerana mereka akan lebih bertanggung jawab untuk menjaga sebaik mungkin.

Aktiviti seharian yang diajarkan untuk lebih berdikari bukanlah membebankan mereka, anak-anak sebenarnya akan lebih fokus untuk menikmati kehidupan seharian.

Sumber: Borak Daily, Ibupedia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Baca juga:

https://my.theasianparent.comrindu-rumah