Cikgu Denda Suruh Murid Lap Muntah Sendiri, Adakah Ini Cara Ajar Anak Nilai Tanggungjawab?

Cikgu Denda Suruh Murid Lap Muntah Sendiri, Adakah Ini Cara Ajar Anak Nilai Tanggungjawab?

Disuruh cuci semula muntah, budak ini menangis sambil dipujuk rakan-rakan.

Tular baru-baru ini gambar muntah seorang kanak-kanak perempuan yang mencuci muntahnya sendiri di sekolah setelah diminta berbuat demikian oleh gurunya.

Seperti yang kita tahu, sekolah sememangnya merupakan tempat untuk anak- anak menimba ilmu bagi mengembangkan tumbesaran mereka dengan ilmu pengetahuan.

Dalam masa yang sama, guru juga berperanan besar untuk menerapkan nilai muri dalam diri kanak-kanak ini.

Walaubagaimanapun, menerusi perkongsian di laman Twitter apabila gambar muntah seorang kanak-kanak tular di laman sosial itu. Dia dilihat menangis sambil tangannya pantas membersihkan lantai yang dicemari dengan muntahnya.

Gambar muntah kanak-kanak tular, dia menangis sambil cuci muntah

Kanak-kanak perempuan itu dilihat membersihkan lantai dengan sendiri selepas muntah kerana diarahkan oleh guru kelasnya.

Walaupun buat sambil menangis, namun dia tetap berjaya menyempurnakan arahan itu dan sekaligus nilai tanggungjawab dalam dirinya berjaya disemai dengan baik.

Rakan-rakan datang lap air mata

gambar muntah

Seusai dia membersihkan muntahnya, kanak-kanak itu kembali duduk di dalam kelas. Kemudian dia didatangi beberapa rakan-rakan yang lain untuk memujuknya agar tidak menangis.

Walaupun kejadian ini nampak kasar di mata masyarakat luar, namun ia bukanlah sesuatu yang asing bagi masyarakat di Thailand.

Malah ia merupakan satu didikan yang baik bagi kanak-kanak supaya bertanggungjawab dengan apa yang mereka telah lakukan sekaligus dapat mengikut arahan dengan sempurna.

Guru di sana bukan sekadar mendidik akademik tapi mereka juga menerapkan nilai murni dalam jiwa anak murid.

Semoga kejadian ini memberi pengajaran buat kita semua.

*******

Dalam dunia yang serba moden kini, nilai moral seolah tidak lagi dititikberatkan oleh masyarakat.

Tapi, sebagai ibu bapa anda perlu menyemai amalan ini kepada diri anak-anak supaya mereka ada rasa tanggungjawab dalam hidup.

Berikut amalan yang harus diperkenalkan kepada anak-anak

#1. Baik hati

muntah

Kebaikan, keprihatinan dan pertimbangan adalah nilai yang sukar difahami oleh anak-anak pada permulaannya.

Sebaiknya jangan lupa menerangkan perkongsian nilai kepada anak dengan memulakan perkara yang mudah seperti tidak membuat bising semasa orang bercakap telefon, hormati orang yang sedang bersolat dan sebagainya.

Selain itu, boleh juga minta anak membantu melakukan kerja rumah seperti mengemop lantai, mencuci sayur-sayuran dan lain-lain.

#2. Bersyukur

Perkataan terima kasih adalah kunci untuk seseorang itu meluahkan rasa bersyukur.

Oleh itu, ajar anak mengucapkan terima kasih apabila seseorang melakukan perkara yang baik untuk mereka semasa menerima pemberian orang tersebut.

Selain itu, meminta anak menyumbangkan sesuatu yang amat mereka sayangi kepada orang lain supaya dapat didik jiwa mereka untuk lebih bersyukur.

#3. Bermurah hati

Selain itu, jangan ajar anak selalu menerima sahaja tapi galakkan juga mereka menjemput rakan-rakan ke rumah bagi sambutan majlis mahupun aktiviti yang menyeronokkan.

Malah konsep murah hati ini juga boleh dimulakan dengan meminta mereka berkongsi barang mainan, makanan dan minuman dengan orang lain.

#4. Menjaga adab

lap muntah sendiri

Tolong ucap terima kasih dan maafkan saya yang merupakan dua perkataan sopan yang perlu diajar kepada kanak-kanak.

Ajar anak makna dan kepentingan dua perkataan itu dalam sebarang perbualan contohnya, minta anak mengucapkan terima kasih apabila melihat orang lain berbuat baik kepada mereka seperti ini:

"Ibu, terima kasih kerana menyediakan makanan yang sedap untuk saya"

"Terima kasih ayah tolong hantar saya ke sekolah"

Bukan terima kasih kepada ibu bapa sahaja, tapi kepada orang lain juga yang ada membantu mereka dalam urusan seharian.

Jika mereka mengatakan perkataan terima kasih kepada anda, berikan kata pujian dan katakan bahawa anda terlalu menyayangi mereka.

Kesimpulannya, anak kecil ini umpama span yang belajar melalui perkataan, kelakuan dan nilai murni yang anda tonjolkan setiap hari.

Jadi sebagai ibu bapa sentiasalah menonjolkan sikap baik ini supaya dapat diikuti oleh anak-anak.

Apapun, sentiasa hormati mereka dengan sopan sekiranya mahu bertegas. Tapi jangan terlalu mengharapkan anak melakukan sesuatu di luar kemampuan mereka.

Cikgu Denda Suruh Murid Lap Muntah Sendiri, Adakah Ini Cara Ajar Anak Nilai Tanggungjawab?

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber : Borak Daily, Hello Doctor 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Artikel(Cerita)
app info
get app banner