X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Buat Sendiri Rak Mainan Anak, Modal Tak Sampai RM30, Rumah Pun Kemas!

4 min bacaan
Buat Sendiri Rak Mainan Anak, Modal Tak Sampai RM30, Rumah Pun Kemas!

Zaman ini zaman kita kena berjimat, kalau boleh semua nak buat sendiri kan? Jadi kali ini kami kongsikan cara buat sendiri rak mainan anak!

Dalam zaman berjimat ini, mahu berbelanja pun kena fikir panjang kan? Tapi nak rumah kemas. Yang selalu buat ibu pening adalah mainan anak bersepahkan? Kami kongsikan di sini cara buat sendiri rak mainan anak!

Ia dikongsikan seorang ibu, Nurul Ain Anises, di laman media sosialnya bagaimana dia mengeluarkan modal yang minimum tetapi berbaloi untuk buat sendiri rak mainan anak.

Apa yang penting, rumah kemas dan teratur anda pun happy dengan rak mainan baharunya. Jadi anak gembira, ibu lagilah gembira kan?

Rak mainan anak buat rumah lepas kemas!

Rak mainan anak

Hanya gunakan dua barang, boleh dapat rak tiga tingkat dengan 9 bakul di dalamnya. Bebaloi-baloi kan? 9 bakul dengan harga RM18.90 dan dua batang kayu RM11. Apa yang perlu hanyalah kreativiti ibu bapa saja untuk hasilkan rak berkenaan. 

Lihat gambar saja pasti sudah dapat ideakan? Jadi bolehlah ibu bapa cuba di rumah! Rumah lepas kemas dan tiada lagi mainan bersepah-sepah dalam laci dan sebagainya. 

Tips rumah kemas dengan kerjasama anak-anak

Rak mainan anak

Pasti ada yang pening kepala dengan keadaan rumah ketika ini. Dengan bersepahnya, mainan penuh di atas lantai, atas katil dan sebagainya. Bagai nak pecah rasa rumah.

Selama ini tidaklah terlalu perlu mengadap, tetapi jika sudah terpaksa bekerja dari rumah, mata pun tak senang juga kan nak tengok rumah bersepah sebegitu rupa.

Tips ini dari seorang ibu, Aminah Mat Yusoff Yusoff yang berkongsi mengenai tips bagaimana mahu pastikan rumah sentiasa kemas dan bersih walaupun anak ramai yang dikongsikan rakan kepadanya. 

#1. Terima kenyataan, raikan fitrah anak-anak

Ada seorang ibu menangis kerana terlalu penat menguruskan rumah. Terpaksa bangun pkul 1 @ 2 pagi untuk kemas rumah yang bersepah macam kapal pecah. Kawan nak datang rumahpun ditahan-tahan kerana segan.

Ramai ibu-ibu faham situasi rumah jika punyai anak-anak berderet dan masih kecil. Bersepah tu dah macam wajib, kalau rumah kemas,mainan tersusun rapi je, mesti ada same thing wrong dengan anak-anak. Samada mereka demam atau hantar umah nenek.

Satu perkara kita kena terima ialah bermain itu adalah fitrah kanak-kanak. Ia dikira sebagai proses pembelajaran juga. Usah disekat naluri anak. Biarkan sahaja mereka menghayati dunia kanak-kanak yang penuh dengan fantasi dan imaginasi.

Jadi fahamilah fitrah anak. Terima kenyataan bahawa pada usianya ini dia memang perlu bermain. Rumah bersepah ibarat perkara wajib bila ada anak kecil di rumah, tetapi lepas itu ajarlah mereka kemas.

#2. Disiplin dan belajar mengikut peraturan

Anak-anak yang sedang membesar nie tidak boleh dibiarkan tanpa peraturan dan disiplin. Maksud saya bukan bertujuan untuk mengongkong, tetapi melatih mereka menjadi seorang yang bersistem dan bijak.

Time dengar azan, tanpa dolak dalih terus ambil wuduk dan bersedia untuk solat berjemaah. Itu adalah peraturan pertama yang Allah cipta untuk manusia. Cara anak faham arahan dan melaksanakan arahan tersebut merupakan skill yang paling mahal dalam hidup mereka.

Cuba disiplinkan anak dengan cara ini. Ia sangat membantu apabila mereka menginjak dewasa kelak.

#3. Beri tugas dan peranan setiap anak

Rak mainan anak

Kawan saya kongsi bagaimana dia disiplinkan anak-anaknya sehingga hidup mereka sangat mudah, simple dan tidak memenatkan.
Setiap anak diberi peranan yang berbeza mengikut kadar kemampuan. Bidang tugas juga disusun cantik.

Anak yang umur 3-6 tahun : Bertugas kemas mainan dan kutip sampah kecil di lantai. Bukan mudah nak disiplinkan anak kecil untuk ikut arahan, tapi urusan akan jadi sangat senang bila ada contoh yang dia dapat tiru.

Anak yang 7-9 tahun : Tolong ibu jemur dan angkat pakaian di ampaian.

Anak 10 – 15 tahun akan bertugas mengikut jadual. Kawan saya hanya menyusun jadual bertugas pada hari cuti kerana waktu persekolahan anak-anak sangat penat. Musim PKP nie setiap hari pun boleh. Satu hari hadkan hanya satu tugas sahaja kerana anak-anak juga perlukan masa untuk menyiapkan tugasan sekolah.

Jumaat – Buang sampah ( Anak akan pastikan sampah dibuang dalam tong besar sebelum maghrib)
Sabtu – Basuh pinggan
Ahad – kemas meja makan
Isnin – Sangkut baju pada hanger
Selasa – Susun kasut dan selipar
Rabu – Aktiviti bebas
Khamis – kumpul kain kotor

Tugasan bergantung kepada keperluan. Contoh siram pokok, lipat baju, masak nasi, kupas bawang dan sebagainya.

Hakikatnya, kejayaan semua tips ini bergantung bagaimana ibu ayah mencorakkan anak. Jangan mengalah sebelum mencuba. Percaya pada diri dan percaya juga pada anak.

Khas untuk pembaca theAsianparent

Buat Sendiri Rak Mainan Anak, Modal Tak Sampai RM30, Rumah Pun Kemas!

Berpeluang memenangi hadiah bernilai RM100 dari Breeze! Isi borang di bawah sahaja! 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Aminah Mat Yusoff Yusoff, Nurul Ain Anises

Baca juga:  Tips Kemas Rumah Untuk Ibu Bapa Yang Sibuk Bekerja

Baca juga: Kemas Rumah Cara KonMari – Kanak-Kanak Pun Boleh Tolong Mengemas!

Stories Rakan Kongsi
Udara Di Dalam Rumah 2 Kali Ganda Lebih Tercemar Dari Udara Luar? Ini 5 Tips Dari Dr Amanda Untuk Anda Ubah Kualiti Pengudaraan!
Udara Di Dalam Rumah 2 Kali Ganda Lebih Tercemar Dari Udara Luar? Ini 5 Tips Dari Dr Amanda Untuk Anda Ubah Kualiti Pengudaraan!
Penting Memastikan Rumah Bebas Virus! Ini 5 Cara Sanitasi Seluruh Rumah Agar Bebas Virus
Penting Memastikan Rumah Bebas Virus! Ini 5 Cara Sanitasi Seluruh Rumah Agar Bebas Virus

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Rumah
  • /
  • Buat Sendiri Rak Mainan Anak, Modal Tak Sampai RM30, Rumah Pun Kemas!
Kongsikan:
  • Tips Kemas Rumah Yang Banyak Barang Dan Bersepah

    Tips Kemas Rumah Yang Banyak Barang Dan Bersepah

  • Warna Cat Ruang Tamu Yang Sejuk, 13 Colour Wajib Cuba!

    Warna Cat Ruang Tamu Yang Sejuk, 13 Colour Wajib Cuba!

  • 8 Jenama Krim Untuk Merawat Kulit Melecur Yang Berkesan & Selamat Digunakan

    8 Jenama Krim Untuk Merawat Kulit Melecur Yang Berkesan & Selamat Digunakan

  • Tips Kemas Rumah Yang Banyak Barang Dan Bersepah

    Tips Kemas Rumah Yang Banyak Barang Dan Bersepah

  • Warna Cat Ruang Tamu Yang Sejuk, 13 Colour Wajib Cuba!

    Warna Cat Ruang Tamu Yang Sejuk, 13 Colour Wajib Cuba!

  • 8 Jenama Krim Untuk Merawat Kulit Melecur Yang Berkesan & Selamat Digunakan

    8 Jenama Krim Untuk Merawat Kulit Melecur Yang Berkesan & Selamat Digunakan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham