Memiliki ramai anak pada zaman moden ini kadang kala jadi satu benda yang pelik. Jika zaman dulu, akan mendapat pujian, tetapi kini ada pula yang tidak setuju jika miliki anak ramai.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Ramai cahaya mata bukan buat ibu makin tua, tapi awet muda!
- Jadual harian memang padat
- Tiada alahan teruk sepanjang mengandung
Bagi ibu muda berusia 35 tahun ini, Wan Nurul Melissa beliau menganggap memiliki zuriat ramai adalah rezeki tidak ternilai yang Allah anugerahkan kepadanya dan suami.
Malah dia percaya, miliki ramai cahaya mata inilah yang buat dia terus kelihatan awet muda kerana sentiasa aktif ke sana ke mari menguruskan anak!
Ramai anak bukan buat ibu makin tua, tapi awet muda!
Jika diikutkan, wanita ini dan suaminya sepatutnya memiliki 13 anak, tetapi tiga daripada keguguran ketika hamil. Pasangan bertuah ini berkahwin ketika masing-masing berusia 20 dan 21 tahun dan mendapat anak pertama pada tahun berikutnya.
Tidak dinafikan memang ramai juga yang tidak percaya kesemua 10 anak itu adalah anaknya sendiri. Malah katanya ada yang ingat anak-anak itu adalah anak buahnya.
Jadual harian memang padat
Mengakui bahawa jadual hariannya memang padat, beliau tidak nafikan kadang kala ada juga tertinggi suara dengan anak-anaknya. Namun anak-anaknya mudah dijaga dan jarang buat perangai.
“Memang perlu berjadual jika mahu segalanya teratur dan anak juga dapat diuruskan dengan baik.
“Kadang-kadang suara terkuat tu biasa. Tapi anak akan faham sendiri sebelum saya marah. Bagi saya juga ada anak ramai ni mak akan jadi awet muda. Sebabnya sentiasa melayan karenah anak-anak dari pagi sampai malam,” katanya yang menjalankan bisnes secara dalam talian dari rumah.
Tiada alahan teruk sepanjang mengandung
Beliau berkata dirinya hanya mengalami alahan ketika mengandung anak pertama. Selepas itu kehamilan seterusnya tiada alahan dan beliau boleh menguruskan anak-anaknya seperti biasa.
Katanya beliau dan suami percaya anak itu pembawa rezeki, apabila kita yakin dengan aturan Allah sudah pasti segalanya akan dipermudahkan.
Beliau berkata anak-anaknya juga sentiasa menyenangkan dan mereka juga mudah mendengar kata mungkin kerana sudah dilatih untuk sentiasa berdisiplin sejak daripada kecil.
Beliau dan suami turut menerapkan kepada anak-anak mereka supaya sentiasa menjaga antara satu sama lain.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: ”Saya & Suami Tak Mahu Anak Ramai,” Bayi Pramatang Meninggal Ibu Lambat Ke Hospital
Baca juga: Anak Ramai Tidak Susah Untuk Dijaga, Ibu & Ayah Ini Buktikan Mereka Mampu Lakukannya!
Baca juga: Melancong Dengan Anak Ramai Tidak Lagi Memeningkan, Cuba Tips Mudah Ini!