Rambut Anak Saya Ada Uban. Mengapa Ya?

Uban pada kanak-kanak mungkin nampak membimbangkan. Tapi, ini antara 3 sebab utama yang menyebabkan rambut anak anda beruban.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seronok betul tengok rambut anak yang sihat dan lebat, terutamanya rambut anak perempuan. Memang cantik! Tetapi apa pulak ni?  Eh… umur belum pun mencecah 40-an, tapi rambut anak beruban?

Kenapa ini?

Rambut anak beruban? Normal ke?

Ramai ibu bapa rasa bimbang apabila mereka mendapati rambut anak beruban. 

Terdapat banyak mitos yang dikaitkan dengan rambut uban pada kanak-kanak dan kadang-kadang ibu bapa keliru dengan apa yang harus dipercayai. 

Terdapat banyak jenis uban yang terdapat pada rambut kanak-kanak mahupun orang dewasa.

Secara umum, uban disebabkan oleh rambut yang kehilangan pigmentasi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rambut akan berwarna kelabu ataupun putih apabila tiada pigmen melanin di dalam rambut ataupun pigmen itu semakin berkurang.

Ada banyak keadaan berbeza yang boleh menyebabkan rambut anak beruban.

Berikut adalah 3 faktor atau sebab utama mengapa hal rambut anak beruban ini berlaku:

1# Faktor genetik

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika anda mempunyai rambut beruban yang lebih awal, anak anda juga akan berpeluang tinggi untuk mengalami masalah yang sama.

Rambut beruban adalah satu keadaan yang boleh diturunkan dari ibu bapa kepada anak-anak.

Tapi jangan bimbang, ini bukan tanda masalah kesihatan. Rambut anak cuma berwarna kelabu, itu sahaja!

2# Kurang nutrien

Kekurangan Vitamin B12 yang sering dikaitkan dengan anemia pernisius juga boleh menyebabkan uban pramatang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Vitamin ini boleh didapati dengan memakan ikan, daging, susu, tapi ada juga bijirin serta makanan lain yang diperkayakan dengan vitamin ini.

Jika anak mendapat vitamin yang secukupnya keadaan ini akan berkurangan.

3# Gangguan endokrin

Kelenjar tiroid yang tidak stabil juga boleh menyebabkan hipo atau hipertiroidisme hingga menyebabkan rambut beruban lebih awal.

Ini boleh dikenal pasti dengan mudah melalui ujian darah, dan ahli pediatrik anak boleh menerangkan kepada ibu bapa dengan lebih lanjut. 

Perkara Yang TIDAK Menyebabkan Rambut Beruban

Kejadian rambut anak beruban jarang berlaku dan ramai yang selalu salah faham tentang apa punca yang menyebabkan ia berlaku.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berikut adalah beberapa mitos mengenai rambut beruban yang sebenarnya salah:

  1. Tekanan. Kanak-kanak jarang mengalami tekanan, dan tekanan bukan punca mengapa rambut anak beruban. 
  2. Keadaan jantung. Mitos popular ini mengatakan rambut senang beruban akibat kekurangan bekalan darah ke kulit kepala.
    Dan salah satu sebab mengapa ini berlaku adalah jantung yang tidak sihat. Ini cuma mitos saja, jadi jangan cemas jika terjumpa sehelai uban di dalam rambut anak.
  3. Kutu: Kanak-kanak seringkali dijangkiti kutu, terutamanya apabila mereka masih bersekolah. Walaupun keadaan ini memerlukan rawatan, ia bukan sebab mengapa rambut anak beruban.
  4. Kekurangan minyak rambut. Kononnya, jika anda tidak menggunakan minyak rambut, rambut anda akan cepat beruban.
    Ini hanya khabar angin sahaja, kerana pakar dermatologi tidak menyarankan penggunaan minyak rambut apa pun.

Jadi jika ibu bapa terjumpa uban di rambut anak, jangan bimbang. Yang penting anak masih cergas, normal dan sihat. Tetapi jika ibu bapa masih ragu-ragu, dapatkan nasihat dari pakar.

Sumber: Hospital Port Dickson, Dr. Zubaidi

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Rambut Bayi Yang Tumbuh Selepas Dicukur Lebih Lebat? Ya Atau Tidak?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Rosanna Chio