Rambut basah punca anak jatuh sakit dan demam?
Apabila hujan, daripada anda risau tentang rambut basah anak akan menyebabkan dia demam selesema, lebih baik anda ambil langkah bijak dengan memilih alat pembersih udara yang bagus untuk rumah anda.
Kenapa? Ini kerana tanggapan dan kepercayaan kita selama ini yang rambut basah punca anak jatuh sakit dan demam selsema sebenarnya salah!
Sejak dulu lagi kita sering ‘dimomokkan’ dengan kombinasi rambut basah dan kesejukan akan menyebabkan demam selesema. Jika kita keluar dengan rambut, kemungkinan kita akan mula mendapat simptom hidung berair yang menjurus kepada selesema dan kadang-kadang demam, mengikut petua orang lama.
Jadi, kita mempunyai tanggapan yang sama dengan anak-anak kita.
Memang tidak diragukan lagi ‘ketakutan’ yang telah ditanam sejak kecil ini diturunkan terus kepada anak-anak kita. Kita melarang mereka dari keluar rumah dengan rambut basah jika cuaca di luar sejuk daripada biasa atau pada waktu malam.
Namun sebenarnya, tiada kaitan langsung antara rambut basah dan demam selesema! Tetapi ia ada hubungkait dengan kelembapan yang rendah dan demam selesema! Ya, kelembapan udara yang rendah dan selesema!
Rambut basah dan selesema adalah kombinasi yang salah!
Dr Stan Spinner, Ketua Pegawai Perubatan di Texas Children’s Pediatrics mendedahkan pada New York Times (NYT), manusia yang terdedah kepada virus akan mendapat selesema.
Jadi, mengikut definisi, demam selesema adalah infeksi virus kepada sistem respiratori atas, jadi jika tiada virus, tiada selesema.
Beliau juga menambah bahawa disebabkan banyak virus di sekeliling kita, kita mempunyai keberangkalian tinggi untuk mendapat demam selesema dari masa ke semasa.
“Kuantiti virus yang menyebabkan demam selesema adalah sangat banyak dis ekeliling kita. Oleh sebab itu kita mendapat demam selesema yang berulang sepanjang hidup kita!” tambah Dr Spinner.
Walaubagaimanapun, beliau berkongsi yang kelembapan udara yang rendah juga boleh menyebabkan demam selesema anak semakin teruk.
Ini adalah kerana:
Penghawa dingin udara di rumah bukan saja mengeringkan bilik, tapi rongga hidung kita juga. Apabila anda tidak mempunyai pengaliran mucus yang baik dalam hidung, ia menyukarkan sistem imun untuk bekerja melawan virus.
Penyelidikan yang diterbitkan oleh jurnal perubatan Plos One menyatakan kelembapan udara yang rendah dalam bangunan boleh meningkatkan penyebaran virus selsema di udara.
Kelembapan udara rendah meningkatkan peluang jangkitan selsema
Jadi, dalam kelembapan udara yang tinggi, virus selsema yang dikeluarkan dari sistem badan melalui bersin akan bergabung dengan molekul air dalam udara.
Molekul-molekul air yang mempunyai virus ini akan terapung dan akan menjangkiti manusia apabila dapat bergabung dengan badan manusia.
Menarik, bukan?
Jadi, bila datang musim sejuk atau musim hujan kelak, anda tak perlu lagi risau akan rambut basah anak yang akan menyebabkan selesema.
Tapi pilihlah alat pembersih udara yang bagus untuk rumah anda. Lebih baik, lakukan sendiri di rumah anda! Bagaimana?
3 cara buat pembersih udara di rumah
Seperti yang dinyatakan, udara yang kering akan menyebabkan virus selsema berlegar di sekeliling bilik dan rumah anda. Jadi langkah yang terbaik untuk menyah virus tersebut adalah membersihkan udara dalam rumah anda.
Walaubagaimanapun, bukan semua orang mampu untuk memiliki alat pembersih udara yang baik. Jadi kenapa tidak membuatnya sendiri di rumah?
Begini caranya:
1. Guna air pancut dalam bilik air
Stim dari air pancut akan melembapkan udara, jadi bukalah pintu bilik air anda sebentar selepas mandi!
2. Tambah beberapa tumbuhan dalam rumah
Tumbuh-tumbuhan boleh melembapkan udara dalam rumah secara semulajadi menggunakan proses transpirasi. Apabila anda menyiram tumbuhan dalam rumah anda, kelembapan daripada air itu akan meresap dari akar ke daun tumbuhan tersebut.
Liang pori di permukaan daun akan mengeluarkan kelembapan ke udara dan ini akan meningkatkan kelembapan udara dalam rumah.
3. Buat air terjun di dalam rumah
Sumber air dalam pasu yang diletakkan air dan batu atau air terjun ringkas juga membantu. Bukan sahaja bunyi dari air terjun mengalir itu menenangkan anda, malah ia akan memberi kelembapan tambahan kepada ruangan rumah anda.
Tapi pastikan anda menukar air itu dengan kerap untuk mengelakkan pembiakan nyamuk!
Sumber: theAsianparent Singapore, Pop Sugar, NYT, Livestrong
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.comtanda-tanda-influenza/