Kenapa Ada Wanita Hamil Yang Boleh Pilih Tarikh Untuk Bersalin Czer? Ini Penjelasannya

"Hai baby, jumpa 18hb ni ya!"

Proses bersalin dianggap salah satu fasa paling indah dalam kehidupan seorang wanita. Semua wanita mahu melahirkan bayi mereka secara semula jadi, tetapi ada sesetengah ibu yang perlu bersalin czer.

Bersalin czer adalah prosedur pembedahan yang melibatkan membuat hirisan pada perut seorang ibu hamil, sama ada di sepanjang garis tengah atau secara melintang. Ini membolehkan rahim dibuka dan memberi akses kepada bayi untuk proses bersalin.

Apakah Beza Bersalin Czer Yang Dirancang dan Kecemasan?

Jika ibu mempunyai tarikh tertentu untuk melahirkan anak, kemungkinan besar ibu telah merancang untuk melakukan kelahiran secara pembedahan.

Ibu perlu berbincang dengan doktor sebelum melakukan pembedahan caesar untuk memeriksa sekiranya ada komplikasi. 

Bagi bersalin czer kecemasan pula, ibu hamil tidak membuat keputusan untuk bersalin secara pembedahan. Sebaliknya, ia berlaku secara tidak dijangka dengan tujuan untuk menyelamatkan bayi dalam keadaan tertentu.

8 Sebab Terjadinya Bersalin Czer Yang Dirancang

Dalam sesetengah kes, ibu atau doktor boleh memutuskan terlebih dahulu untuk melakukan kaedah bersalin czer dan bukannya secara normal.  Biasanya kelahiran bayi secara czer yang dijadualkan umumnya bergantung kepada jenis kehamilan, keadaan perubatan, atau sejarah perubatan ibu.

Ibu hamil perlu berpuasa selama 6 jam sebelum operasi sebelum menjalani pembedahan. Bersalin czer yang dirancang biasanya dijadualkan pada minggu ke 39 kehamilan.

Berikut merupakan 8 sebab berlakunya penjadualan bersalin secara czer:

#1 Bayi Kembar

Sekiranya ibu hamil lebih daripada 1 bayi, kemungkinan untuk tali pusat terbelit antara satu sama lain lebih luas. Jadi dalam kes sebegini, doktor mungkin akan mencadangkan bersalin secara czer untuk memastikan bayi dan ibu selamat sepanjang proses bersalin

#2 Saiz Bayi

Sesetengah wanita yang menghidap kencing manis mungkin mempunyai bayi dengan badan besar yang menyebabkan sukar untuk bersalin secara normal.

Bersalin secara pembedahan akan memudahkan kelahiran bukan sahaja pada ibu malah ia juga lebih selamat.

#3 Tumbesaran Terbantut

Sekiranya didapati bayi berkembang dengan cara terlalu perlahan dalam rahim atau tumbesarannya terbantut sama sekali, bayi perlu dikeluarkan untuk memastikan pembesarannya dapat dipantau oleh pakar perubatan. Jadi bersalin secara pembedahan merupakan cara yang ideal. 

#4 Pernah Kematian Anak

Seorang wanita mungkin mempunyai kerisauan untuk melahirkan bayi sekiranya pernah mengalami  kematian bayi sebelum ini.

Bagi melegakan kegusaran, doktor mungkin mencadangkan bersalin secara pembedahan bagi menenangkan fikiran ibu.

#5 Pernah Bersalin Czer Banyak Kali

Wanita yang pernah bersalin czer lebih dari sekali mungkin akan mengelak kelahiran secara normal bagi menghindari risiko rahim pecah dan menyebabkan komplikasi. Jadi jalan terbaik baginya adalah kekal dengan cara pembedahan sahaja.

#6 Sejarah Perubatan

Sesetengah ibu hamil yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi atau kencing manis berisiko mengalami tekanan dan tidak sesuai untuk bersalin secara normal.

#7 Kehadiran Penyakit

Adanya luka di kawasan genital atau HIV pada ibu mungkin membuatkan laluan bayi melalui saluran kelahiran menjadi bahaya kerana  terdedah kepada virus. Oleh itu bayi sebaiknya dikeluarkan melalui perut bagi mengelakkan jangkitan melalui faraj.

Walau bagaimanapun, ibu mempunyai hak alam membuat keputusan tentang jenis kelahiran yang anda mahukan. Jika ibu inginkan pembedahan tanpa mempunyai sebab yang jelas, bincangkan kebaikan dan keburukan dengan doktor dahulu ya!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: https://parenting.firstcry.com/

Baca juga:

https://my.theasianparent.compengalaman-bersalin-ceaser

Penulis

Beto Rahman