Walau Penat Urus 6 Orang Anak, Sheikh Muszaphar Luah Hasrat Ingin Tambah Anak Lagi

Rancang keluarga sebaiknya, Dr Sheikh Muszapha kongsi rutin harian beliau bersama pasangan membesarkan 6 orang anak yang pelbagai ragam.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rancang keluarga anda dengan baik sekiranya anda ingin mempunyai jumlah anak yang banyak. Banyak ibu bapa yang memilih untuk tidak mempunyai jumlah cahaya mata yang ramai kerana takut mereka tidak mampu menguruskannya.

Tetapi tidak bagi angkasawan pertama negara Malaysia, Datuk Dr Sheikh Muszaphar yang baru-baru ini telah berkongsi mengenai ragam keluarga beliau di akaun Instagram miliknya.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Dr Sheikh Muszaphar rancang keluarga, ingin ramai anak
  • Kisah mereka menjadi inspirasi peminat yang sudah berkeluarga

Beliau yang kini mempunyai enam orang anak bersama Dr Halina berkongsi bagaimana beliau dan pasangannya menguruskan anaknya sendiri tanpa bantuan orang lain. 

Dr Sheikh Muszaphar rancang keluarga, ingin ramai anak

Bila anak dah ramai, memang perlu pasangan uruskan masa dengan baik. Datuk Dr Sheikh Muszaphar berkongsi bagaimana beliau dan Dr Halina bergilir-gilir menguruskan anak.

Malah, rutin harian mereka bermula seawal 5.30 pagi apabila anak kembarnya mula terjaga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa yang menariknya beliau turut berkongsi bagaimana rutin harian ini membuatkan mereka tersangat penat dalam menguruskan anak, kerja dan kerja rumah berturut-turut setiap hari sehinggalah ke malam.

Dalam kesibukan menguruskan urusan dan rutin keluarga, beliau turut berkongsi kisah yang mana mereka juga tidak terlepas dalam melakukan kesilapan sehinggakan terlupa nak jemput anak di sekolah.

Walaupun beliau mengakui bahawa mereka sangat penat, tetapi segala pengorbanan mereka dalam membesarkan anak adalah sangat berbaloi. Yang paling penting, adalah kedua pasangan saling memahami dan memainkan peranan masing-masing. 

Datuk Dr Sheikh Muszaphar turut menambah pada akhir kapsyen beliau bahawa beliau mahukan anak lagi. Pastinya beliau cukup menggemari untuk mempunyai keluarga besar. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

Kisah mereka menjadi inspirasi peminat yang sudah berkeluarga

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ruang komen Datuk Dr Sheikh Muszaphar pastinya dihujani komen-komen daripada peminat yang menganggap bahawa kisah mereka adalah satu inspirasi buat mereka yang dah berkeluarga.

Rata-ratanya memuji kecekalan beliau dan pasangan dalam menguruskan rutin harian keluarga mereka dan mengucapkan terima kasih kerana berkongsi cerita mereka. 

Membesarkan 6 orang anak bukanlah satu perkara mudah. Perkongsian mereka adalah satu satu contoh realiti kehidupan pasangan yang mempunyai jumlah cahaya mata yang ramai.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tidak kira jumlah anak anda ramai atau tidak, rancanglah keluarga anda bersama pasangan dengan baik. Walaupun penat, tetapi ingatlah suatu hari mereka pasti menjadi kebangaan ibu ayah.

Semoga semua ibu bapa diberikan kekuatan, kesabaran dan kecekalan dalam menjaga amanah tuhan. Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu Hebat Ini Kongsi Rahsia & Kekuatan Dia Membesarkan Anak Kembar, Wow Hebatnya!

Baca juga: Tips Untuk Membesarkan Anak Dengan Sihat & Ceria, Ibu Ayah Wajib Ambil Tahu 5 Perkara Ini

Baca juga:  Membesarkan Anak Bukan Mudah, Lagi-Lagi Yang Berusia 2 Tahun Bukan Main Panjang Akalnya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nina Osman