X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Ibu Hebat Ini Kongsi Rahsia & Kekuatan Dia Membesarkan Anak Kembar, Wow Hebatnya!

4 min bacaan
Ibu Hebat Ini Kongsi Rahsia & Kekuatan Dia Membesarkan Anak Kembar, Wow Hebatnya!

Membesarkan anak kembar ada cabaran tersendiri, namun apa peranan ibu bapa dalam mendidik mereka sebaik mungkin pula?

Anak-anak kembar seringkali menjadi perhatian apabila berada di tempat awam. Berbaju sedondon, muka seiras, ketinggian lebih kurang sama, bermain bersama, keletahnya sangat mencuit hati. Ramai yang jatuh cinta dengan anak kembar, tidak kurang juga ramai yang mengimpikan untuk memiliki anak kembar. Namun, adakah anda telah bersedia mental dan fizikal untuk memelihara dan membesarkan anak kembar?

Tidak sama dengan membesarkan dua orang anak anda yang selang setahun umurnya. Ianya 100% sangat berbeza kerana anak kembar ini umurnya sama, perkembangannya sama, akalnya sama, lasaknya sama.

Kadang-kala mereka menangis serentak, ibu bapa pun jadi keliru mahu menenangkan siapa terlebih dahulu. Oleh itu, saya mahu mengatakan bahawa kedua ibu dan ayah perlu memainkan peranan yang sama banyak dalam membesarkan anak kembar. Lebih-lebih lagi semasa mereka berumur bawah 1 tahun yang perlu lebih perhatian.

Di sini saya ingin berkongsi beberapa tips menguruskan anak kembar kepada ibu dan ayah, mengikut pengalaman saya yang mempunyai pasangan kembar lelaki.

Tips Membesarkan Anak Kembar Mengikut Pengalaman Peribadi Ibu Ini

1. Bahagi tugas

membesarkan anak kembar

Berdasarkan pengalaman saya yang mempunyai anak kembar lelaki, kedua ibu dan ayah perlu berbincang dan berbahagi tugas. Bukan sahaja tugas menjaga anak, ianya juga meliputi tugas menguruskan rumah dan juga tugas di pejabat.

Sebagai contoh, ketika ibu sedang menidurkan kembar A yang mengamuk mahu tidur, si ayah boleh melayan kembar B yang ingin bermain. Dalam menyelesaikan kerja rumah, ibu membasuh pakaian, kemudian menyidai pakaian jika ibu tidak sempat. Apabila ibu ada kerja pejabat yang perlu diselesaikan di rumah, ayah boleh mengambil alih membantu menjaga anak.

Pembahagian tugas ini perlu dibincang, dan dipersetujui sejak awal lagi. Dengan itu, selain sibuk menjaga anak kembar, kerja-kerja lain pun dapat diselesaikan. Ingat, ayah jangan hanya berharap kepada ibu, dan ibu jangan hanya berharap kepada ayah sahaja. Kedua-duanya ada peranan, tugas dan tanggungjawab masing-masing.

2. Bahagi kasih-sayang

membesarkan anak kembar

Ibu ayah perlu bijak memainkan peranan. Menguruskan anak kembar memang sulit. Apatah lagi apabila seorang demam, seorang lagi berpotensi untuk demam juga kerana mereka sentiasa berdampingan bersama. Dalam bab kasih sayang, anak kembar kadang-kala mempunyai rasa cemburu terhadap kembarnya sendiri.

Oleh itu, ibu ayah harus bijak mencari solusi dalam hal ini. Kerana itulah anak kembar selalu dipakaikan baju yang sama, dan dibelikan barang-barang yang sama. Ini salah satu cara untuk meminimumkan rasa cemburu antara mereka.

Apabila salah seorang menangis, berilah perhatian kepadanya dahulu. Jika kedua-duanya menangis serentak, di sinilah kreativiti dan kesabaran ibu dan ayah diperlukan. Tugas ini ternyata mencabar, dan kadang-kala ibu ayah juga bimbang tidak mampu memberi kasih sayang yang sama rata. Buat yang terbaik semampunya.

3. Membesar anak kembar kena ikut jadual

Ibu Hebat Ini Kongsi Rahsia & Kekuatan Dia Membesarkan Anak Kembar, Wow Hebatnya!

Ibu ayah anak kembar pastinya ada cara menguruskan anak mengikut keselesaan dan keutamaan yang tersendiri. Sebenarnya, cara paling berkesan dan teratur tanpa rasa sangat terbeban adalah dengan membuat jadual harian.

Jadual atau rutin ini adalah berbeza dari hari pertama si kembar lahir sehinggalah besar. Ini sangat perlu supaya ibu ayah dapat menguruskan masa dengan lebih bagus. Ianya nampak remeh, tapi percayalah ia dapat memberi impak yang besar untuk rumahtangga yang lebih harmoni dan kurang bebanan dan tekanan.

Sebagai contoh dalam keluarga saya, kami mempunyai jadual yang berbeza untuk hari minggu dan hari bekerja. Untuk rutin hujung minggu pastilah lebih panjang kerana si kembar berada 24 jam dengan kami.

Tentukan masa untuk tidur serentak (sebaik-baiknya jika boleh), masa makan yang sama setiap hari, dan masa yang sama untuk tidur setiap hari. Anak-anak sejak lahir harus dibiasakan dengan dengan rutin.

4. Berkorban

Ibu Hebat Ini Kongsi Rahsia & Kekuatan Dia Membesarkan Anak Kembar, Wow Hebatnya!

Benar kata orang, membesarkan anak kembar ini, penatnya dua kali ganda, dan harus berkorban dua kali ganda dari segi kewangan juga. Jika anak kembar tiga, akan jadi tiga kali gandalah semuanya. Sebelum lahirnya anak kembar, ibu bapa harus bersiap sedia secara fizikal dan mental.

Banyakkan membaca buku-buku panduan menguruskan anak kembar. Barang-barang keperluan bayi juga perlu disediakan untuk dua orang. Apabila mereka lahir, ibu bapa harus berkorban dari sudut lain pula. Tekanan dan perasaan penat sememangnya ada.

Ibu dan ayah bergilirlah menjaga si kembar. Beri peluang sesama ibu dan ayah untuk bergilir berehat juga. Kedua-duanya harus ringan tulang dan tahu peranan masing-masing.

Semakin si kembar membesar, lain pula cabaran yang ibu ayah bakal hadapi. Bersabarlah, semua kepenatan dan tekanan ini hanya sementara. Melihat keletah mereka setiap hari akan menjadi hiburan buat ibu ayah.

Semoga bermanfaat.

Artikel ini ditulis oleh Farah Suraya Md Nasrudin. Penulis merupakan seorang pensyarah kanan di sebuah universiti awam. Dia sangat menyukai topik keibubapaan dan juga merupakan ibu kepada 3 orang anak.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Nak anak kembar? 7 benda ini meningkatkan peluang untuk hamil kembar

Baca juga: Peluang Hamil Kembar Tinggi Dengan Petua Semula Jadi & 3 Posisi Seks Ini!

Baca juga: Anda Idamkan Kembar? Ketahui Risiko Kandungan Kembar Atau Berganda

Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Mana-mana pandangan dan pendapat di dalam artikel ini adalah peribadi dan tertakluk hanya pada pengarang, ia tidak mewakili theAsianparent atau klien.
img
Penulis

Farah Suraya Md Nasrudin

Jadi Penyumbang Kami

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Ibu Hebat Ini Kongsi Rahsia & Kekuatan Dia Membesarkan Anak Kembar, Wow Hebatnya!
Kongsikan:
  • Aqiqah Untuk Anak Perempuan: Panduan Lengkap Berserta Niat & Caranya

    Aqiqah Untuk Anak Perempuan: Panduan Lengkap Berserta Niat & Caranya

  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

  • Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini

  • Aqiqah Untuk Anak Perempuan: Panduan Lengkap Berserta Niat & Caranya

    Aqiqah Untuk Anak Perempuan: Panduan Lengkap Berserta Niat & Caranya

  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

  • Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham