“Memang tak hairan jika banyak pasangan yang cuba bermati-matian untuk mengamalkan kehidupan seks yang sihat kerana mereka rasa ghairah pada waktu yang berbeza.” tambahnya lagi.
Apabila anda rasa ghairah, anda mesti mengharapkan pasangan anda juga turut merasakan hal yang sama. Tapi, satu kaji selidik yang dilakukan di England ini mengatakan sebaliknya!
Adakah lelaki dan wanita sering rasa ghairah pada masa yang sama?
Hasil kaji selidik tersebut menunjukkan ramai wanita ingin melakukan hubungan intim pada jam 11.21 malam atau beberapa saat sebelum tidur.
Kaum lelaki lain pula. Kebanyakan dari mereka merasa keinginan untuk melakukan seks pada jam 7.45 atau sebelum mereka pergi kerja.
Kaji selidik ini dijalankan oleh Lovehoney, pengeluar mainan seks yang terkenal di England. Kesimpulannya, wanita lebih cenderung merasakan ghairah untuk melakukan seks pada jam 11 malam sehingga dua pagi.
Sedangkan lelaki lebih suka melakukan seks pada waktu pagi di antara jam lima hingga sembilan pagi.
Ramai lelaki dan wanita memlilih pasangan yang ada keinginan seks dan rasa ghairah yang sama dengan mereka
Kaji selidik yang melibatkan lebih dari 2300 orang di England juga mendapati seseorang lebih cenderung untuk berumah tangga dengan pasangan yang mempunyai naluri seks yang sama dengan mereka.
Keinginan untuk melakukan hubungan intim pada waktu yang berbeza boleh menyebabkan masalah dalam rumah tangga.
Ini kerana, jika suami anda menolak ajakan seks anda dengan alasan mereka tak merasakan perkara yang sama, ataupun isteri yang dingin seks, ia secara tak langsung boleh buat anda terasa hati dan kurang keyakinan diri.
Ini bukanlah perkara yang boleh diambil ringan kerana mungkin lambat-laun ia akan menjadi lebih teruk.
Jadi, anda perlu berbincang dengan suami atau isteri anda tentang perkara ini dan jangan mendiamkan diri. Cuba untuk mencari jalan penyelesaian untuk masalah ini.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber rujukan: theAsianparent Indonesia
Baca juga:
4 sebab tersembunyi kenapa suami TAK MAHU buat seks dengan anda