(Video) 7 Bulan Tak Jumpa, Bapa Buat Surprise Menyamar Pekerja Aircond Bikin Sebak!

Ekoran penularan pandemik Covid-19, sempadan negara telah ditutup dan mewujudkan rasa terlalu rindu kerana sudah berbulan-bulan tidak berjumpa keluarga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bukan mudah untuk mengharungi kehidupan tatkala seluruh negara masih dalam tahap berjaga-jaga ekoran wabak Covid-19. Bagi mereka yang tinggal di luar Malaysia, semestinya akan berdepan rasa rindu terhadap ahli keluarga memandangkan sempadan negara telah ditutup sejak beberapa bulan yang lalu.

Sebenarnya ia cukup menguji fizikal dan mental. Wabak ini telah mengukirkan pelbagai kisah suka dan duka terhadap orang ramai.

Rasa rindu setelah 7 bulan tidak berjumpa

Ketika penularan virus misteri ini, ramai ketua keluarga kehilangan kerja dan punca pendapatan. Bagi yang bekerja luar Malaysia seperti Singapura pula, terpaksa bertahan dari segi mental memandangkan perlu menahan rasa rindu yang membuak terhadap anak isteri di kampung halaman.

Menerusi perkongsian sebuah video yang tular dalam laman sosial, kepulangan seorang ayah amat dinantikan oleh anak-anak di rumah. Pada kali ini bapa mereka mencipta satu kejutan isteri dengan menyamar orang servis aircond.

Video yang dimuat naik oleh Massoezailin Saleh jelas menunjukkan bahawa anak-anaknya setiap hari merindui ayah mereka. Rasa rindu yang dipendam sudah sekian lama hingga 7 bulan akhirnya terubat apabila insan tercinta mereka dapat pulang ke rumah dengan selamat.

Lebih menyentuh hati lagi rakaman video berkenaan menunjukkan anak-anak terkejut selepas melihat wajah si ayah di dalam rumah mereka. 

Saat yang kami tunggu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Air mata selepas 7 bulan. Menyamar sebagai ”orang aircond.” Tetapi anak-anak tetap ada instinct bahawa itulah papa mereka. Kejutan yang Mass dan suami sudah rancang sebaik sahaja mengetahui bahawa permohonan dia untuk balik akhirnya menjadi.

Ia adalah saat yang paling kami nantikan. Allah sudah makbulkan doa-doa kami dan semua ahli keluarga serta sahabat. Alhamdulillah, terima kasih semua. Memang bukan senang sepanjang tempoh berjauhan selama hampir 7 bulan terpisah. Satu tempoh yang kami tidak pernah jangka.

Terlalu banyak airmata yang jatuh. Tapi semua ini adalah ketentuan Allah, seribu satu hikmah untuk kami. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bakal terpisah semula 

Allah pinjam 14 hari untuk kita bersama. Sabtu hadapan, kita terpaksa berpisah semula.

Setiap kali pandang suami, seakan tidak percaya yang dia ada sisi. Anak-anak juga memang akan melekat dengan papa, melepaskan kerinduan mereka. Akan bercerita momen-momen penting sepanjang ketiadaan papa di sisi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kami doakan sesiapa sahaja yang terpisah kerana virus ini, Allah akan satukan kamu semua dengan segera. Semoga Covid-19 ini  Allah angkat dan hapuskan dari bumi dengan segera. Doakan kami kuat untuk menghadapi saat perpisahan pada minggu hadapan.

Cabaran bagi pasangan yang PJJ

Perhubungan jarak jauh dalam kalangan suami isteri bukanlah satu masalah yang baharu.

Berdasarkan catatan dari Harian Metro, Pensyarah Kanan Universiti Teknologi MARA dan Daftar Kaunselor Profesional UK, Dr Airil Haimi Mohd Adnan berkata, PJJ ketika berada dalam prkahwinan adalah masalah yang mencabar kerana mahligai perkahwinan sepatutnya dilayari bersama seakan-akan terpisah kerana jarak dan tempoh tertentu.

Jelasnya, pasangan yang PJJ amat memerlukan mental yang kuat kerana terdapat pelbagai cabaran seperti menahan rindu dan kerisauan antara satu sama lain. 

”Secara logiknya, tidak ada pasangan yang ingin berjauhan dengan suami atau isteri kerana ia bukan lumrah untuk membina sebuah rumah tangga. Pada dasarnya, perkahwinan adalah proses melayari kehidupan bersama-sama dan menunaikan tanggungjawab antara satu sama lain.” jelasnya.

Katanya, ia menjadi lebih mencabar apabila anda memiliki anak dan jumlah yang ramai boleh menyebabkan salah satu pihak berasakan seolah-olah kehilangan pasangan sehingga terbeban untuk membesarkan anak-anak seorang diri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

”Perkara paling utama ialah anda hendaklah berbalik kepada isu utama iaitu tanggungjawab setiap individu iaitu suami perlu memastikan nafkah sentiasa cukup dari segi mental dan kewangan.”

”Manakala bagi isteri, sentiasalah berada dalam keadaan positif dan tidak berasa cemburu dengan pasangan yang dapat tinggal sebumbung. Perasaan cemburu sememangnya penting, tetapi ia perlulah di tempat yang betul.” jelas Dr. Airil.

Sumber: Massoezailin Saleh, Harian Metro

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comrintihan-rindu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan