Sebaik sahaja ibu menyelak baju untuk memberikan susu kepada si manja, kenapa tiba-tiba dia enggan menyusu? Jika ini pernah terjadi, ia adalah disebabkan oleh rasa susu ibu berubah.
Ya, rasa susu setiap ibu di dunia ini sememangnya berbeza dan pelbagai sehingga mampu mempengaruhi keinginan bayi untuk menghisap susu. Berbicara tentang topik ini, makanan utama umumnya memiliki rasa sedap dan sedikit manis.
Rasa manis sebenarnya diperoleh dari laktosa, iaitu gula susu yang dihasilkan dari tubuh ibu. Ia turut mengandungi lemak sehingga membuatkan teskturnya lebih berkrim.
Perubahan rasa susu ibu
Perubahan susu ibu berkait rapat dengan genetik, budaya, bahkan dari makanan yang diambil. Antara penyebab yang mempengaruhi keadaan ini ialah:
#1. Hormon
Ya, perubahan kadar hormon dalam tubuh sedikit sebanyak mempengaruhi rasa susu yang dihasilkan oleh badan ibu, terutamanya jika anda dalam fasa menstruasi atau hamil lagi ketika anak masih menyusu.
Namun jangan risau kerana jumlah susu badan yang dihasilkan adalah selamat untuk bayi. Pastikan fizikal anda sihat dan tidak berada dalam kehamilan berisiko tinggi.
#2. Olahraga
Walaupun aktiviti ini menyihatkan, namun ramai ibu tidak tahu ia menjadi salah satu faktor penyebab rasa susu berubah. Hal ini kerana kehadiran asid laktik di dalam badan dan bercampur dengan rasa masin peluh jika anda terlalu aktif.
Dalam mengurangkan masalah ini, ibu dinasihatkan untuk melakukan aktiviti olahraga secara ringan. Jangan lupa rutin membersihkan payudara terlebih dahulu sebelum menyusu atau memerah susu badan.
#3. Ubat-ubatan
Ada kalanya pengambilan ubat tertentu memberikan kesan terhadap perubahan rasa susu badan secara signifikan. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk mendapat konsultasi daripada doktor sebelum mengambil ubat tertentu dan melihat reaksi bayi.
Ahli perubatan akan mempertimbangkan jenis ubat dan dos yang sesuai sekiranya anda mengatakan masih menyusu bayi. Apatah lagi bagi ibu menghidap penyakit tertentu dan perlu mengambil ubat sebagai rutin setiap hari.
#4. Faktor pemakanan
Apa yang dimakan oleh ibu itulah akan dirasai oleh bayi. Berdasarkan kajian dalam jurnal Physiology & Behavior menunjukkan sebanyak 18 orang ibu menyusu diberikan kapsul pelbagai rasa menghasilkan rasa susu seperti kapsul yang diambil.
Dalam hal ini, makanan pedas, bawang putih, asparagus, minuman berkafein, hidangan laut dan memiliki aroma tajam berperanan tinggi mencipta aroma kuat terhadap susu badan.
#5. Membekukan susu badan
Ketika hati tergerak untuk mengekalkan tempoh tahan lama susu yang dipam, anda mungkin memikirkan meletakkannya di bahagian freezer. Walaupun diletakkan dalam bekas tertutup, ia sebenarnya menjejaskan rasa dan bau setelah dicairkan semula.
Hal ini adalah kerana kandungan lipase iaitu enzim memiliki banyak manfaat. Salah satunya memecahkan lemak dalam susu ibu sehingga ia mudah dicerna oleh bayi. Namun, kadar yang terlalu tinggi akan membuatkan bayi enggan menikmatinya kerana rasa sudah sedikit masam.
Menurut Centre for Disease Control mencadangkan freezer perlu dikekalkan pada suhu 5 darjah celsius. Ibu juga tidak boleh terlalu kerap membuka pintu peti kerana ia boleh menjejaskan kestabilan suhu pada susu.
Cara mengatasi perubahan rasa pada susu ibu
#1. Hindari stres
Mood ibu tidak menentu turut memberikan kesan dan pengaruh terhadap susu yang dihasilkan. Meskipun jadual seharian begitu sibuk dalam membesarkan anak-anak, pastikan anda memiliki satu jam sehari untuk melakukan aktiviti kegemaran dan berehat secukupnya.
#2. Ikuti rule of six
Air susu ibu biasanya dapat bertahan selama enam jam ketika dikeluarkan pada suhu bilik, enam hari di dalam peti sejuk dan dibekukan dalam freezer sekitar enam bulan.
#3. Semak kadar lipase
Susu ibu dengan kadar lipase yang tinggi biasanya akan rasa lebih masam, berbau seperti sabun atau kurang selesa. Jika anda berdepan masalah ini, masukkan susu segar yang dipam ke dalam storage bag dan panaskan sehingga mencapai suhu 180 darjah celsius.
Biarkannya sejuk dan simpan segera untuk menyahaktifkan lipase dan menghentikan proses pencernaan lemak.
Sumber: Penulis asal Erinityani. Artikel ini mendapat kebenaran theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.combayi-enggan-minum-susu-dari-botol-susu