Disleksia Buat Anak Sukar Kuasai 3M, Mengeja, Mengira&Membaca, Ketahui Rawatannya

Rawatan disleksia bantu anak kuasai kemahiran membaca, mengeja dan mengira. Jadi ibu ayah jangan putus asa beri sokongan pada anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Disleksia adalah kesulitan pembelajaran biasa yang menyebabkan kesukaran membaca, menulis dan mengeja. Namun dengan dunia yang semakin moden rawatan disleksia membantu golongan ini menguasai kemahiran itu walaupun tidak seperti kanak-kanak normal lain.

Disleksia adalah masalah pembelajaran yang paling selalu berlaku dalam kalangan kanak-kanak. Pesakit disleksia akan mengalami kesukaran untuk mengenal pasti perkataan yang diucapkan dan mengubahnya menjadi huruf atau ayat.

Disleksia bukan sahaja dialami oleh kanak-kanak, tetapi orang dewasa juga boleh mengalami gangguan ini. Walaupun individu yang mengalami disleksia mengalami kesukaran untuk belajar, ia tidak mempengaruhi tahap kecerdasan seseorang.

Rawatan Disleksia Bantu Individu Membaca, Mengeja & Mengira

Cara ini membantu membantu proses rawatan anak yang mengalami disleksia. 

1. Membaca Dengan Kuat Di Hadapan Anak

Langkah ini akan lebih berkesan jika dilakukan pada kanak-kanak berumur 6 bulan atau lebih muda. Sekiranya kanak-kanak itu sudah cukup meningkat umur ajak mereka membaca bersama-sama. 

2. Rawatan Disleksia – Galakkan Anak Untuk Berani Membaca

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca selalu dengan anak-anak untuk menghilangkan ketakutan anak untuk membaca. Dengan bacaan rutin, kemampuan membaca kanak-kanak akan meningkat.

3. Bekerjasama Dengan Cikgu Di Sekolah

Bincangkan keadaan anak dengan cikgu di sekolah anak anda, kemudian bincangkan cara yang paling sesuai untuk membantu anak itu berjaya dalam pelajaran. Berkomunikasi secara berkala dengan cikgu tersebut supaya anda mengetahui perkembangan anak di sekolah.

4. Terus Terang Dengan Anak Mengenai Keadaannya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Beri kefahaman kepada anak anda bahawa keadaan yang mereka alami boleh diperbaiki sehingga anak menjadi bersemangat untuk belajar.

5.Hadkan Menonton Televisyen

Hadkan masa anak anda menonton televisyen, dan sediakan lebih banyak masa untuk belajar membaca. Pilih tema membaca yang menarik bagi anak, atau pilih tempat yang menyeronokkan untuk belajar sehingga mereka berminat membaca.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

6. Sertai Kumpulan Penghidap Disleksia

Sertailah kumpulan ibubapa yang mempunyai anak disleksia. Pengalaman ibu bapa lain yang mempunyai anak dengan disleksia boleh menjadi maklumat berharga untuk anda mendidik anak anda.

Ujian Mengesahkan Disleksia

  1. Sejarah kesihatan keluarga
  2. Pemeriksaan saraf
  3. Ujian psikologi
  4. Ujian akademik

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Disleksia (Dyslexia) Pada Kanak-Kanak: Apa Itu Disleksia, Ciri-Ciri Disleksia & Rawatan Terbaik

Baca juga: 9 Kunci Untuk Mengajar Anak Disleksia & Slow Learner Di Rumah, Ibu Ayah Wajib Tahu!

Baca juga: Jangan Terus Label Anak Lembab & Pemalas, Mungkin Sebenarnya Dia Ada Masalah Pembelajaran Disleksia!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar