X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Tanda Disleksia Pada Anak Usia 5-6 Tahun, Ibu Ayah Kena Bantu Anak Dapatkan Rawatan

4 min bacaan
Tanda Disleksia Pada Anak Usia 5-6 Tahun, Ibu Ayah Kena Bantu Anak Dapatkan Rawatan

Maksud disleksia adalah gangguan proses pembelajaran yang membuatkan anak berdepan kesukaran untuk membaca, mengira ataupun menulis

Maksud disleksia adalah gangguan pembelajaran yang melibatkan kesukaran membaca kerana masalah mengenal pasti bunyi pertuturan dan mempelajari bagaimana ia berkaitan dengan huruf dan perkataan (penyahkodan).

Penyakit disleksia juga dipanggil sebagai ketidakupayaan membaca, disebabkan oleh perbezaan individu dalam kawasan otak yang memproses bahasa.

Maksud disleksia pada anak umur 5-6 tahun

masalah anak disleksiaa

Maksud disleksia mungkin sukar dikenali jika anak belum memasuki alam sekolah, tetapi beberapa petunjuk awal mungkin menunjukkan masalah.

Apabila si kecil anda mula mengikut proses pembelajaran di sekolah, guru mereka mungkin akan menjadi orang pertama yang menyedari masalah ini.

Tahap keterukan adalah berbeza-beza, tetapi keadaan ini sering menjadi jelas apabila kanak-kanak mula belajar membaca.

#1. Tanda sebelum sekolah

Tanda-tanda bahawa kanak-kanak kecil mungkin berisiko masalah dyslexia termasuklah:

  • Lambat bercakap
  • Belajar perkataan baharu perlahan-lahan
  • Masalah membentuk perkataan dengan betul, seperti menterbalikkan bunyi dalam perkataan atau mengelirukan perkataan yang bunyinya sama
  • Masalah mengingat atau menamakan huruf, nombor dan warna
  • Kesukaran mempelajari sajak atau bermain permainan berirama

#2. Tanda dyslexia pada anak bersekolah

Menilai kanak-kanak berumur 5-6 tahun, berdasarkan kemahiran membaca mereka sahaja akan membawa kepada diagnosis disleksia dalam jumlah yang besar, kerana membaca adalah sukar untuk dikuasai oleh 60-70% kanak-kanak.

Apa yang kita cari sebaliknya adalah petunjuk tentang kewujudan kelewatan kognitif yang dikaitkan dengan disleksia berbanding dengan menilai kemahiran membaca.

Senarai semak simptom disleksia untuk kanak-kanak umur tadika yang meletakkan mereka dalam kategori berisiko termasuklah:

  • Kemampuan membaca tidak seiring usia
  • Masalah memproses dan memahami apa yang didengar
  • Kesukaran mencari perkataan yang betul atau membentuk jawapan kepada soalan
  • Masalah mengingati urutan sesuatu perkara
  • Kesukaran melihat (dan kadang-kadang mendengar) persamaan dan perbezaan dalam huruf dan perkataan
  • Ketidakupayaan untuk membunyikan sebutan perkataan yang tidak dikenali
  • Kesukaran mengeja
  • Menghabiskan masa yang sangat lama untuk menyelesaikan tugasan membaca atau menulis
  • Sering mengelakkan dari aktiviti yang melibatkan membaca

Jenis masalah dyslexia

ciri ciri disleksia

Tiga jenis utama disleksia adalah:

#1. Dyslexia primer

Ia adalah jenis disleksia yang paling biasa, dan merupakan disfungsi bahagian kiri otak (korteks serebrum) yang tidak berubah mengikut usia.

Ketidakupayaan anak dengan masalah disleksia jenis ini biasanya boleh berubah apabila mereka menerima rawatan dan pendidikan yang sesuai hingga berjaya dalam akademik.

Malangnya, terdapat juga kanak kanak lain yang terus bergelut untuk membaca, menulis dan mengeja sepanjang hayat dewasa mereka. Disleksia primer berlaku kerana talian keluarga melalui gen (keturunan) atau mutasi genetik baru.

Ia lebih kerap berlaku pada kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan.

#2. Disleksia sekunder atau perkembangan

Jenis dyslexia ini disebabkan oleh masalah dengan perkembangan otak semasa peringkat awal perkembangan janin. Disleksia perkembangan boleh berkurang apabila kanak-kanak semakin matang. Ia juga lebih biasa terjadi pada kanak-kanak lelaki.

#3. Dyslexia trauma

Jenis disleksia ini biasanya berlaku selepas beberapa bentuk trauma otak atau kecederaan pada kawasan otak yang mengawal kemahiran membaca dan menulis. Ia jarang dilihat dalam populasi zaman persekolahan hari ini.

Jenis ketidakupayaan pembelajaran lain termasuk:

  • Disleksia visual: merujuk kepada gangguan pemprosesan visual, keadaan di mana otak tidak mentafsir isyarat visual dengan betul.
  • Disleksia pendengaran: merujuk kepada gangguan pemprosesan pendengaran. Sama seperti gangguan pemprosesan visual, terdapat masalah dengan pemprosesan bunyi dan pertuturan otak.
  • Disgrafia: merujuk kepada kesukaran kanak-kanak memegang dan mengawal pensel dengan baik

Cara berdepan anak disleksia

penyakit disleksia pada anak

Jika anda bimbang tentang kemampuan anak dalam membaca dan menulis, berbincang dahulu dengan guru mereka mengenai tindakan yang perlu dilakukan seterusnya.

Namun sekiranya mempunyai kebimbangan yang berterusan, bawa si manja berjumpa dengan pakar untuk menyemak jika ada tanda-tanda masalah kesihatan lain seperti gangguan pendengaran atau penglihatan yang boleh menjejaskan keupayaan mereka untuk belajar.

Jika anak anda tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan untuk menjelaskan masalah pembelajaran mereka, kaedah pengajaran yang berbeza mungkin perlu dicuba.

Anda juga mungkin ingin meminta penilaian untuk mengenal pasti sebarang keperluan khas yang mungkin mereka miliki.

Kesimpulannya, disleksia terjadi bukan disebabkan oleh masalah kecerdasan, pendengaran atau penglihatan. Kebanyakan kanak-kanak disleksia boleh berjaya di sekolah dengan bimbingan atau program pendidikan khusus. Sokongan emosi juga memainkan peranan penting.

Walaupun tiada ubat untuk disleksia, penilaian awal dan rawatan terapi mampu menghasilkan hasil yang terbaik.

Semoga bermanfaat!

Gemm Learning, Mayo Clinic, Medicine Net

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 9 Kunci Untuk Mengajar Anak Disleksia & Slow Learner Di Rumah, Ibu Ayah Wajib Tahu!

Baca juga: Jika Bawah 6 Tahun Tulis Terbalik Masih OK, Tapi Kalau Kasut, Baju, Seluar Pakai Terbalik Kena Mula Peka!

Baca juga: Seorang Lagi Anak Aliff Syukri Sah Hidap Disleksia, Parents Jangan Panik Kesan Tanda Ini Pada Anak

Stories Rakan Kongsi
Anak Sering Nampak Letih, Ada Kemungkinan Kerana Anemia, Ketahui Simptom & Cara Mengatasinya!
Anak Sering Nampak Letih, Ada Kemungkinan Kerana Anemia, Ketahui Simptom & Cara Mengatasinya!
Anak Aktif Lebih Bijak & Sihat, Ini 5 Cara Mendorong Si Manja Kekal Aktif Di Rumah
Anak Aktif Lebih Bijak & Sihat, Ini 5 Cara Mendorong Si Manja Kekal Aktif Di Rumah
Ini 8 Perkara Penting Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Perkembangan Anak -Pakar
Ini 8 Perkara Penting Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Perkembangan Anak -Pakar
Tips Untuk Membesarkan Anak Dengan Sihat & Ceria, Ibu Ayah Wajib Ambil Tahu 5 Perkara Ini
Tips Untuk Membesarkan Anak Dengan Sihat & Ceria, Ibu Ayah Wajib Ambil Tahu 5 Perkara Ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kanak-Kanak
  • /
  • Tanda Disleksia Pada Anak Usia 5-6 Tahun, Ibu Ayah Kena Bantu Anak Dapatkan Rawatan
Kongsikan:
  • Ini Sebab Kemahiran Berfikir Penting Untuk Anak-Anak Capai Kehidupan Yang Lebih Berjaya

    Ini Sebab Kemahiran Berfikir Penting Untuk Anak-Anak Capai Kehidupan Yang Lebih Berjaya

  • Jangan Malas Bagi Anak Minum Air Selalu, Bahaya Dehidrasi, Ia Boleh Mengancam Nyawa

    Jangan Malas Bagi Anak Minum Air Selalu, Bahaya Dehidrasi, Ia Boleh Mengancam Nyawa

  • Mudah & Berkesan, Ini Aktiviti Yang Boleh Meningkatkan Kemahiran Menulis Anak

    Mudah & Berkesan, Ini Aktiviti Yang Boleh Meningkatkan Kemahiran Menulis Anak

  • Ini Sebab Kemahiran Berfikir Penting Untuk Anak-Anak Capai Kehidupan Yang Lebih Berjaya

    Ini Sebab Kemahiran Berfikir Penting Untuk Anak-Anak Capai Kehidupan Yang Lebih Berjaya

  • Jangan Malas Bagi Anak Minum Air Selalu, Bahaya Dehidrasi, Ia Boleh Mengancam Nyawa

    Jangan Malas Bagi Anak Minum Air Selalu, Bahaya Dehidrasi, Ia Boleh Mengancam Nyawa

  • Mudah & Berkesan, Ini Aktiviti Yang Boleh Meningkatkan Kemahiran Menulis Anak

    Mudah & Berkesan, Ini Aktiviti Yang Boleh Meningkatkan Kemahiran Menulis Anak

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.