X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Jika Bawah 6 Tahun Tulis Terbalik Masih OK, Tapi Kalau Kasut, Baju, Seluar Pakai Terbalik Kena Mula Peka!

5 min bacaan
Jika Bawah 6 Tahun Tulis Terbalik Masih OK, Tapi Kalau Kasut, Baju, Seluar Pakai Terbalik Kena Mula Peka!

Anak tulis terbalik antara perkara biasa yang dihadapi ibu bapa. JIka anak di bawah usia 6 tahun, masih OK, tapi jika sudah lebih usia itu perlu perhatian.

Proses pembelajaran dan pengajaran di rumah memang menguji kesabaran ibu bapa. Ada yang mengadu hingga nak kemurungan jadinya. Salah satu yang kerap dikesan adalah huruf yang anak tulis terbalik!

Huruf dan nombor biasa yang anak tulis terbalik adalah, b, d, p, q, u, z, 3, 6 dan 9!

Bila anak tulis terbalik, mulalah ibu bapa naik angin, marah-marah anak. Kadang-kadang tak nak marah pun, tetapi bila ada perkara lain yang kita perlu tumpu, tiba-tiba anak pula jadi begitu cepat betul rasa nak marah timbul.

Anak tulis terbalik kalau bawah usia 6 tahun ‘ok’ lagi

Tulis Terbalik

kredit: [email protected]

Menurut terapis cara kerja, Liyana Raya katanya, antara huruf dan nombor yang kanak-kanak akan selalu tulis secara terbalik adalah b,d,p,q,u,n, m, w, 5,3,9,7 dan 2!

Katanya, kalau kanak-kanak bawah usia 6 tahun dari hari jadinya, setakat terbalik huruf dan nombor begini tiada masalah apa pun.

Tapi kalau di usia ini,masih terbalik pakai kasut,pakai baju,pakai seluar ibu bapa kena berjaga-jagalah tengok keupayaan kiri dan kanan badannya. 

Manakala jika kanak-kanak di usia 6 tahun selepas hari jadinya dan ke atas, jika masih berlanjutan terbalik terbalik ni semua diikuti dengan masih pakai kasut,baju,seluar semua terbalik malah kiri dan kanan badan masih keliru lagi selain huruf dan nombor pun asyik lupa saja ibu bapa boleh bawa check untuk tengok ada isu pembelajaran tertentu atau tidak.

Kalau tiada yang berkaitan sangat dengan arah kiri kanan depan belakang maka,banyakkanlah buat exercise.

Exercise untuk atasi masalah terbalik kiri kanan, atas bawah

Exercise paling afdhal untuk buat dengan anak-anak bagi mengatasi isu terbalik kiri dan kanan serta atas dan bawah ni adalah:

  • Merangkak
  • Ketuk ketampi (buat sebagai exercise,bukan denda!)
  • Brain gym
  • Zumba
  • crossing midline

Semua perkara ini jika ibu bapa takut untuk buat di luar, anda boleh lakukannya di rumah. Penting ya anak tahu bezakan kiri dan kanan kerana ia banyak berkait dengan soal kehidupan harian mereka!

Tulis terbalik mungkin salah satu tanda disleksia

Disleksia atau lebih dikenali sebagai sindrom lambat membaca sering menimpa kanak-kanak. Walaupun bukan satu penyakit atau kecacatan bahaya, tetapi kesannya boleh menyebabkan anak ketinggalan dalam pembelajaran.

Keadaan ini boleh dielak dengan membantu anak yang bermasalah itu berjumpa pakar lebih awal apabila kita mengesyaki tanda awal disleksia.

Masalah asas disleksia adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi menyebabkan mereka mengalami kesukaran tersebut.

Dianggarkan kira-kira 4-8 peratus pelajar sekolah mempunyai masalah disleksia dan rata-rata melibatkan kanak-kanak lelaki berbanding perempuan.

#1. Sukar ikat tali kasut

Tulis Terbalik

Kredit: firstcryparenting

Perhatikan anak kita sama ada dia mengalami kesukaran untuk mengikat tali kasut, mengancing butang baju dan mengikat tali leher (jika ada).

#2. Pakai kasut terbalik

Kekerapan anak kita menggunakan kasut tertukar antara kiri dan kanan mungkin salah satu tanda awal disleksia.

#3. Sering terjatuh

Tulis Terbalik

Kredit: vanilla kismis

Tidak normal bagi kanak-kanak sekiranya dia sering terjatuh apabila berjalan.

#4. Sukar lompat tali

Kanak-kanak suka bermain lompat tali, perhatikan jika anak kita mengalami kesukaran sama ada lompat tali atau melompat.

#5. Sukar tendang atau tangkap

Stories Rakan Kongsi
Anak Sering Nampak Letih, Ada Kemungkinan Kerana Anemia, Ketahui Simptom & Cara Mengatasinya!
Anak Sering Nampak Letih, Ada Kemungkinan Kerana Anemia, Ketahui Simptom & Cara Mengatasinya!
Anak Aktif Lebih Bijak & Sihat, Ini 5 Cara Mendorong Si Manja Kekal Aktif Di Rumah
Anak Aktif Lebih Bijak & Sihat, Ini 5 Cara Mendorong Si Manja Kekal Aktif Di Rumah
Ini 8 Perkara Penting Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Perkembangan Anak -Pakar
Ini 8 Perkara Penting Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Perkembangan Anak -Pakar
Tips Untuk Membesarkan Anak Dengan Sihat & Ceria, Ibu Ayah Wajib Ambil Tahu 5 Perkara Ini
Tips Untuk Membesarkan Anak Dengan Sihat & Ceria, Ibu Ayah Wajib Ambil Tahu 5 Perkara Ini

Bawa anak bermain bola, perhatikan ketika ini sama ada dia mengalami kesukaran untuk buat perkara ini.

#6. Sukar kenalpasti kedudukan

Anak kita mungkin akan sukar mengenal pasti kedudukan seperti atas dan bawah atau depan dan belakang.

#7. Tak boleh terima arahan banyak

Perhatikan jika anak kita sukar atau keliru apabila menerima arahan yang banyak dalam satu masa.

#8. Lambat bercakap

Masa kecil, anak kita tidak suka menyanyi atau mengikut rentak lagu. Apabila semakin meningkat usia, mungkin kurang minat bercakap kerana sukar menyebut sesuatu perkataan.

#9. Spoonerism

Anak kita mungkin akan kerap bertutur dan terbalik susun atur ayat dalam konsonon atau suku kata frasa yang diucapkan. Contoh: ‘Perut saya sakit’ jadi ‘Reput saya kasit’.

#10. Sebut perkataan terbalik

Kadang-kadang anak kita mungkin akan menyebut perkatan dalam keadaan terbalik. Contoh: Hospital jadi Hopsital; Kesian jadi Sekian atau Ketawa jadi Tekawa.

#11. Susah ingat nama objek 

Anak kita mudah lupa nama objek yang panjang atau rumit untuk diingat.

#12. Keliru kiri dan kanan

Mungkin anak kita juga sering tersasul atau tidak tahu beza di antara kiri dan kanan.

#13. Tulisan terbalik

Anak kita mungkin mempunyai tulisan tangan yang tidak kemas, kadang-kadang tidak menulis huruf dengan sempurna dan terbalik.

#14. Tidak dapat menyalin dengan sempurna 

Anak kita mungkin mengalami masalah untuk menyalin dengan sempurna terutamanya pada papan hitam.

#15. Sentiasa letih

Anak kita mungkin akan menjadi cepat letih apabil terlalu fokus dan bersungguh-sungguh tetapi hasilnya tidak begitu baik.

#16. Sukar membaca dan mengeja

Anak kita akan berhadapan dengan masalah membaca dan mengeja walaupun dalam bentuk fonetik.

#17. Lambat kenalpasti tangan dominan

Anak kita akan lambat mengenal pasti mana satu tangan yang selesa untuk digunakan. Biasanya disleksia menggunakan tangan kiri tetapi tidak semestinya tangan kiri adalah disleksia ya.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit foto: Laurel education

Baca juga: Bagaimana nak pilih buku untuk anak yang ada disleksia atau “lambat” belajar?

Baca juga: Jangan Terus Label Anak Lembab & Pemalas, Mungkin Sebenarnya Dia Ada Masalah Pembelajaran Disleksia!

Baca juga: 9 Kunci Untuk Mengajar Anak Disleksia & Slow Learner Di Rumah, Ibu Ayah Wajib Tahu!

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Kanak-Kanak
  • /
  • Jika Bawah 6 Tahun Tulis Terbalik Masih OK, Tapi Kalau Kasut, Baju, Seluar Pakai Terbalik Kena Mula Peka!
Kongsikan:
  • 12 Style Rambut Budak Perempuan Yang Ibu Boleh Cuba Untuk Si Puteri

    12 Style Rambut Budak Perempuan Yang Ibu Boleh Cuba Untuk Si Puteri

  • Perkembangan Dan Milestone Anak 4 Tahun, Ini 5 Perkara Yang Dia WAJIB Mahir

    Perkembangan Dan Milestone Anak 4 Tahun, Ini 5 Perkara Yang Dia WAJIB Mahir

  • Lampu Cahaya Merah Bantu Anak Tidur Lebih Lena, 8 Lampu Tidur Terbaik Ini Peneman Untuk Kamar Bayi

    Lampu Cahaya Merah Bantu Anak Tidur Lebih Lena, 8 Lampu Tidur Terbaik Ini Peneman Untuk Kamar Bayi

  • 12 Style Rambut Budak Perempuan Yang Ibu Boleh Cuba Untuk Si Puteri

    12 Style Rambut Budak Perempuan Yang Ibu Boleh Cuba Untuk Si Puteri

  • Perkembangan Dan Milestone Anak 4 Tahun, Ini 5 Perkara Yang Dia WAJIB Mahir

    Perkembangan Dan Milestone Anak 4 Tahun, Ini 5 Perkara Yang Dia WAJIB Mahir

  • Lampu Cahaya Merah Bantu Anak Tidur Lebih Lena, 8 Lampu Tidur Terbaik Ini Peneman Untuk Kamar Bayi

    Lampu Cahaya Merah Bantu Anak Tidur Lebih Lena, 8 Lampu Tidur Terbaik Ini Peneman Untuk Kamar Bayi

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.