X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Seorang Lagi Anak Aliff Syukri Sah Hidap Disleksia, Parents Jangan Panik Kesan Tanda Ini Pada Anak

23 Jul, 2020
Seorang Lagi Anak Aliff Syukri Sah Hidap Disleksia, Parents Jangan Panik Kesan Tanda Ini Pada Anak

Ibraheem Adham disahkan menghidap disleksia baru-baru ini. Sebelum ini kakaknya, Qadejah El Zahra juga dikesan menghidap masalah sama.

Isteri kepada usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Aliff Syukri, iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid berkongsi mengenai anak ketiga mereka, Ibraheem Adham yang disahkan menghidap disleksia.

Kanak-kanak itu yang lebih mesra dipanggil Baem menghadapi masalah sama dengan kakaknya. Qadejah El Zahra yang dikesan menghidap disleksia sebelum ini. 

Disleksia bukan kecacatan?

disleksia

 

Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku. Penghidapnya mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun mereka telah berusaha bersungguh-sungguh. 

Masalah asasnya adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi.

Menurut Datin Shahida yang berkongsi postingnya di laman Instagram, anaknya perlu ditukarkan sekolah kerana masalah yang dihadapi itu.

Beliau juga menerangkan disleksia bukanlah kecatatan, tetapi masalah pembelajaran. Cara pengajaran dan pembelajaran mereka tidak sama dengan kanak-kanak lain.

“Dating dgn anak bujang hari ni…sebenarnya bawa baem g buat ujian disleksia…..lepas buat test comfirm la ada disleksia sama mcm qadejah….bulan depan masuk sekolah baru la baem ya..

Disleksia ni bukan kecacatan ya…dia cuma ada maslaah pembelajaran….cara nya x sama mcm kanak2 biasa…mereka perlu ada cara khas utk mengajar mereka…so parents jgn susah hati ok.”

Ciri-ciri anak disleksia

disleksia

Perkongsian ini dikongsikan seorang guru, Mohd Fadli Salleh. Katanya, anak-anak kita, jika pernah kita dapati mereka lambat bertutur, susah ingat apa yang dipelajari, tulisan bercelaru, terlampau aktif atau pendiam, sangat perlahan dalam pelajaran.

Tolong. Tolong jangan labelkan mereka sebagai lembab, bodoh, bengap dan seumpamanya.

Kemungkinan anak ini mempunyai masalah pembelajaran atau disleksia. Bagaimana hendak kenali anak disleksia? Berikut antara ciri-ciri disleksia:

#1. Sukar memahami arahan

Murid atau anak disleksia payah nak faham jika kita bagi arahan yang panjang-panjang. Arahan pendek sahaja mereka senang tangkap seperti,

“Adik, duduk.”

“Adik, baca buku.”

Elakkan memberi arahan yang panjang seperti ini,

“Adik, ambil buku cerita dalam bilik, atas meja, sebelah lipstick Mary Kay ibu, bawah wallet ayah kemudian buat kerja muka surat 45.”

Bagi kita, arahan itu jelas. Bagi anak disleksia, ia umpama syair pujangga yang tidak mampu mereka fahami.

#2. Tidak pandai ikat tali kasut

disleksia

Anak-anak seawal usia 6-7 tahun sepatutnya sudah pandai mengikat tali kasut jika kita ajar mereka beberapa kali. Jika anak kita umur 9-10 tahun dan dah ajar ikat berpuluh kali pun masih tak mampu ikat, mungkin dia ada masalah disleksia. Beli saja kasut tampal. Settle.

Stories Rakan Kongsi
Kuiz Ini Akan Membantu Anda Memutuskan Cara Terbaik Untuk Melindungi Diri Anda, Anak-Anak Dan Ibu Bapa
Kuiz Ini Akan Membantu Anda Memutuskan Cara Terbaik Untuk Melindungi Diri Anda, Anak-Anak Dan Ibu Bapa
7 simple facts about poop every parent should know
7 simple facts about poop every parent should know
The Tale of the Frog Prince comes to Malaysia. Win free tickets here!
The Tale of the Frog Prince comes to Malaysia. Win free tickets here!
Berikan si manja lebih lagi untuk tumbesaran menyeluruh
Berikan si manja lebih lagi untuk tumbesaran menyeluruh

#3. Anak terlalu aktif, tiada keseimbangan, atau pendiam

Anak disleksia biasanya aktif atau pendiam. Antara satu. Mereka juga tidak pandai mengimbang badan jika diminta berjalan atas titi.

#4. Lambat dalam pertuturan dan pelat

Kanak-kanak disleksia biasanya pelat dan mempunyai masalah ‘speech delay’. 

#5. Sukar ingat perkataan yang dipelajari, menulis terbalik, keliru dengan nombor dan perkataan.

Biasanya di sekolah, guru cepat dapat kesan murid disleksia melalui tulisan mereka dan cara mereka belajar. Huruf dan nombor mereka sering terbalik dan keliru.

Malah ada murid menulis seperti kita lihat dalam cermin. Terbalik!

Ya, di mata anak-anak ini, tulisan yang mereka lihat itu seolah-olah terapung, menari-nari dan bergerak. Begitu juga gambar. Ini membuat mereka cepat keliru dan hasilnya dapat dilihat pada tulisan mereka.

#6. Susah memahami penerangan dan tunjuk ajar

Apa yang diajar juga cepat mereka lupa. Ajar A, B, C sahaja, masuk huruf D, huruf A dan B dah lupa. Walau diulang-ulang mereka sangat lambat ingat dan faham. Ini ciri-ciri besar anak disleksia dan perlu diambil perhatian.

Jika kita menulis sesuatu di papan putih, mereka mengambil masa sangat lama untuk menyalin. Sangat lambat untuk faham dan tulisan pula tunggang terbalik.

Bawa jumpa pakar kanak-kanak

Bawa jumpa pakar kanak-kanak untuk pengesahan lanjutan melalui ujian yang dijalankan. Banyak hospital kerajaan yang punya pakar kanak-kanak dan membuat ujian bagi mengesan penyakit kanak-kanak seperti ini.

Dan jika anak kita disahkan disleksia, tolong, tolong, tolong jangan malu untuk masukkan mereka ke kelas pendidikan khas.

Di sana hak mereka. Di sana tempat yang paling sesuai untuk mereka belajar. Guru-guru pendidikan khas dilatih untuk mendidik anak-anak seperti ini. Mereka punya kepakaran dan handal sekali memulihkan kanak-kanak disleksia.

Tahukah anda, seorang guru pendidikan khas hanya mengajar 7 orang murid sahaja? Tumpuan penuh dapat diberi pada anak-anak kita.

Sampai bila di pendidikan khas?

Bergantung pada kemajuan anak-anak kita. Ada yang masuk 6 bulan, ada yang setahun, ada pula yang bertahun-tahun. Sebaik dipulihkan, mereka akan dihantar ke aliran perdana dan dikenali sebagai murid inklusif.

Murid ini akan terus dipantau oleh guru pendidikan khas. Jika mereka dapat ikuti dengan baik pelajaran di kelas aliran perdana, mereka akan terus kekal di aliran perdana.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: beautifulnara, Mohd Fadli Salleh, shahidadherbs

Baca juga: 

https://my.theasianparent.comanak-disleksia-pilih-buku

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Seorang Lagi Anak Aliff Syukri Sah Hidap Disleksia, Parents Jangan Panik Kesan Tanda Ini Pada Anak
Kongsikan:
  • Jangan Terus Label Anak Lembab & Pemalas, Mungkin Sebenarnya Dia Ada Masalah Pembelajaran Disleksia!

    Jangan Terus Label Anak Lembab & Pemalas, Mungkin Sebenarnya Dia Ada Masalah Pembelajaran Disleksia!

  • 9 Kunci Untuk Mengajar Anak Disleksia & Slow Learner Di Rumah, Ibu Ayah Wajib Tahu!

    9 Kunci Untuk Mengajar Anak Disleksia & Slow Learner Di Rumah, Ibu Ayah Wajib Tahu!

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Jangan Terus Label Anak Lembab & Pemalas, Mungkin Sebenarnya Dia Ada Masalah Pembelajaran Disleksia!

    Jangan Terus Label Anak Lembab & Pemalas, Mungkin Sebenarnya Dia Ada Masalah Pembelajaran Disleksia!

  • 9 Kunci Untuk Mengajar Anak Disleksia & Slow Learner Di Rumah, Ibu Ayah Wajib Tahu!

    9 Kunci Untuk Mengajar Anak Disleksia & Slow Learner Di Rumah, Ibu Ayah Wajib Tahu!

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.