Icon Group Dan Sunsuria Healthcare Bekerjasama Demi Memperkasa Perkhidmatan Rawatan Kanser di Malaysia

Icon Sunsuria dan Sunsuria Healthcare bekerjasama dalam memperluaskan rangkaian penjagaa kanser bermutu tinggi merentasi Malaysia.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sunsuria Healthcare, sebuah anak syarikat Sunsuria Berhad, dan Icon Cancer Centre, bahagian penting daripada penyedia penjagaan kanser bertaraf global, Icon Group, dengan bangganya mengumumkan sebuah entiti jalinan kerjasama baharu, Icon Sunsuria Sdn Bhd (“Icon Sunsuria”). Dengan komitmen bersama untuk menambah baik hasil rawatan pesakit dan memajukan kepakaran klinikal penjagaan kanser, jalinan kerjasama ini bermatlamat untuk meningkatkan taraf penjagaan kanser bagi rakyat Malaysia. 

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Malaysia telah mencatatkan sejumlah 48,639 kes kanser baharu pada tahun 2020, dan angka ini dijangka akan berlipat sekali ganda menjelang tahun 2040. Hal ini diburukkan lagi dengan kadar survival kanser negara apabila kajian menunjukkan bahawa bagi setiap lima kes yang baharu didiagnos, tiga kematian berpunca daripada kanser berlaku dalam tempoh masa yang sama

Icon Sunsuria menyasarkan untuk menyediakan akses kepada penjagaan kanser berkualiti dan meningkatkan kesejahteraan pesakit dan keluarga mereka dengan menubuhkan pusat-pusat kanser di seluruh Malaysia melalui kerjasama strategik dengan pengendali penjagaan kesihatan tempatan. 

Dengan memanfaatkan legasi kecemerlangan Icon Cancer Centre dalam bidang onkologi dan rangkaian kepakaran klinikal yang meluas, jalinan kerjasama ini akan memperkaya perkhidmatan perubatan hospital-hospital yang sedia ada dengan kepakaran kanser yang khusus dan membolehkan para pesakit mendapatkan penjagaan kanser yang komprehensif dan rawatan-rawatan termaju. 

“Usaha-usaha sebegini melengkapkan pelan tindakan Kementerian untuk menangani kanser, sepertimana yang digariskan dalam Pelan Tindakan Strategik Kebangsaan bagi Program Kawalan Kanser 2021-2025. Di samping meningkatkan kesihatan pejuang kanser dari tahap diagnosis sehinggalah rawatan, kami mengalu-alukan penyelesaian yang menuju masa hadapan seiring dengan matlamat-matlamat strategik kami untuk menangani keperluan penyelidikan kanser negara dan mengukuhkan bakat perubatan kami,” ujar YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan Malaysia apabila merasmikan majlis penandatanganan bagi jalinan kerjasama yang bersejarah hari ini. 

Para penandatangan perjanjian tersebut ialah Audrey Ooi, Ketua Pegawai Eksekutif Sunsuria Healthcare, dan Serena Wee, Ketua Pegawai Eksekutif Icon ASEAN dan Hong Kong, disaksikan oleh YB Dr. Zaliha Mustafa, diiringi oleh Tan Sri Datuk Ter Leong Yap, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Sunsuria Berhad, dan Dr Patricia Kho, Pengarah Perubatan Icon Cancer Centre di Mt Alvernia.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Majlis penandatanganan tersebut juga menyaksikan kehadiran Dr Steven Barraclough, Wakil Kanan Kerajaan Pelawat di Jabatan Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan (DFAT), Suruhanjaya Tinggi Australia di Malaysia dan Melanie Harris, Pesuruhjaya Perdagangan dan Pelaburan ke Malaysia dan Brunei di Suruhanjaya Perdagangan dan Pelaburan Australia (AUSTRADE).

“Jalinan kerjasama antara Sunsuria Healthcare dan Icon Group ini merupakan kerjasama strategik yang akan memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan sektor penjagaan kesihatan di Malaysia. Ini merupakan sebuah lagi contoh hubungan dua hala dan keyakinan kukuh yang dikongsi oleh Australia dan Malaysia, seterusnya mendatangkan manfaat bersama kepada ekonomi kedua-dua belah pihak,” kata Melanie Harris, Pesuruhjaya Perdagangan dan Pelaburan ke Malaysia dan Brunei

Dalam merangkumi kerjasama ini, Tan Sri Datuk Ter berkata, “Sunsuria Berhad berbangga dengan peranan proaktif kami dalam pembangunan negara, yang merangkumi pelbagai aspek seperti penciptaan peluang pekerjaan, perkongsian pengetahuan, menarik pelaburan antarabangsa dan memupuk pembangunan masyarakat tanah air.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Pendekatan kami melibatkan jalinan kerjasama eksklusif yang menggabungkan kepakaran global seperti kerjasama kami bersama Icon, disokong oleh pengetahuan dan rangkaian tempatan. Hari ini, kami memulakan perjalanan baharu untuk memajukan visi kami dengan menggabungkan teknologi dan pemindahan pengetahuan, sama seperti pencapaian kami dalam bidang pendidikan bersama Universiti Xiamen Malaysia dari China dan Sekolah Antarabangsa Kolej Concord dari UK.”

Icon Group, menerusi Icon Cancer Centre sebagai komponen utama, menawarkan spektrum perkhidmatan yang komprehensif merangkumi onkologi perubatan, onkologi radiasi, hematologi, farmasi, dan pengkompaunan kemoterapi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selaku penyedia penjagaan kanser bersepadu terkemuka di Australia, Kumpulan tersebut mempunyai reputasi global dengan penubuhan lebih 50 pusat kanser di Australia, New Zealand, China, Hong Kong dan Singapura. Icon Cancer Centre akan membawa kepakaran klinikal dan kepimpinan penjagaan kesihatan yang meluas sebagai pemegang saham majoriti Icon Sunsuria, bekerjasama dengan Sunsuria Healthcare selaku rakan kongsi Malaysia yang dipercayai. 

“Di Icon, pesakit merupakan keutamaan kami. Selaku pelopor penjagaan kanser di peringkat global, misi untuk memperluaskan kehadiran kami ke pasaran baharu untuk menyampaikan penjagaan terbaik kepada seramai yang mungkin, sedekat yang mungkin, sememangnya berada dalam DNA kami. Sejak tahun 2022, Malaysia telah menjadi tumpuan utama kami untuk meluaskan kewujudan kami dalam rantau ASEAN, dan kami menemukan rakan kongsi yang ideal dalam Sunsuria Healthcare, sementara kami berusaha untuk menambah baik penjagaan kanser di Malaysia,” kata Serena Wee, Ketua Pegawai Eksekutif Icon ASEAN dan Hong Kong.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dengan kemasukannya ke Malaysia, Icon Cancer Centre membawakan rangkaian perkongsian pengetahuan antarabangsa yang merangkumi lebih daripada 300 pakar onkologi dan rakan industri kanser, seiring dengan pendekatan terkini dalam penyelidikan klinikal, teknik rawatan, dan ubat-ubatan. 

Icon Sunsuria bermatlamat untuk memanfaatkan sumber-sumber ini untuk menawarkan hospital tempatan dan para pesakit akses kepada ujian klinikal antarabangsa, serta ubat dan teknologi proprietari baharu.

Tambahan pula, jalinan kerjasama strategik Icon Cancer Centre bersama Varian, sebuah syarikat Siemens Healthineers dan pemimpin global dalam teknologi rawatan kanser yang canggih, membolehkan rakan-rakan Kumpulan ini memiliki kelebihan dalam mengakses inovasi terapi radiasi apabila ia memasuki pasaran Asia-Pasifik. 

Dengan operasi merentasi benua, Icon Group juga membawakan program latihan jarak jauh yang mantap, menawarkan latihan dan pembangunan kemahiran yang berterusan buat para jururawat onkologi, pakar perubatan dan ahli terapi radiasi.  

“Icon Sunsuria dipacu misi kami untuk memberikan impak segera kepada masyarakat tempatan. Kami teruja untuk mengembangkan rangkaian pusat kanser kami secara strategik menerusi jalinan kerjasama dengan para pengendali penjagaan kesihatan tempatan, doctor-doktor dan pakar-pakar di negara ini. Dengan meraikan pendekatan komprehensif untuk penjagaan kanser, dari diagnosis sehingga rawatan, kami berhasrat untuk membawakan penjagaan kanser terkini yang bertaraf dunia ke rantau ini,” ujar Audrey Ooi, Ketua Pegawai Eksekutif Sunsuria Healthcare.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Farhana Fuad