Biasanya, kita memang akan pilih cara tradisional untuk membersih dan mengetatkan kemaluan – contohnya dengan memotong bulu, senaman kegel atau makan jamu. Malah, vagina itu sendiri boleh “membersihkan dirinya sendiri“.
Tapi, pernah tak anda dengan 7 rawatan untuk vagina ini? Ada sesetengah wanita memilih rawatan untuk vagina berikut untuk merawat, memanja dan mengetatkan faraj mereka!
Jom kita lihat apakah rawatan untuk vagina yang mungkin kita tidak tahu selama ini.
7 rawatan untuk vagina yang makin popular
#1 Vajazzling
Vajazzling mula terkenal dan tular sejak beberapa tahun lepas. Ia satu kaedah mencantikkan vagina dengan batu kristal Swarovski. Wow!
Tapi sebelum anda melakukan kaedah ini, vagina anda haruslah bersih dan tidak memiliki sebarang bulu. Namun, pemakaian aksesori ini juga berisiko.
Menurut Dr. Suzanne Memil-Nach, teknik vajazzling boleh mengundang jangkitan. Jadi, sila berhati-hati ketika melakukan rawatan ini.
#2 Rawatan untuk vagina – Bleaching
Rawatan untuk vagina ini berfungsi mencerahkan kawasan kemaluan. Sebab itu kita selalu nampak dalam filem, bikini area pelakon nampak putih bersih saja!
Rawatan ini biasanya ditawarkan di klinik dermatologi, namun, ada juga krim yang boleh dibeli di klinik/farmasi.
Dengan penggunaan yang kerap, anda akan dapat kulit yang sedikit kemerah-merahan dalam masa beberapa minggu.
Akan tetapi, anda masih perlu berbincang dengan doktor sebelum menyapu sesuatu di kawasan peribadi anda itu.
#3 Vajacial
Vajacial adalah gabungan nama vagina facial – yang membantu membersihkan, melembap, membentuk warna pada kawasan kemaluan anda.
Proses rawatan untuk vagina ini mengambil masa selama 25 minit di mana bulu-bulu kemaluan akan dibuang, dan kawasan kemaluan akan dibersihkan.
Rawatan untuk vagina ini amat terkenal untuk wanita yang ada terlalu banyak bulu!
#4 Rawatan untuk vagina – bertangas
Rawatan untuk vagina ini dilakukan dengan duduk di atas mangkuk herba yang dikukus. Ia berfungsi untuk membersih dan mengetatkan faraj.
Sesetengah pakar mengatakan bertangas mampu menghilangkan bau faraj dan mencegah jangkitan.
Namun, masih ada pakar yang mengatakan bertangas dan douching (meruang) sebenarnya satu tindakan yang tidak sihat.
#5 Hymenoplasty
Rawatan untuk vagina ini juga dikenali sebagai “rawatan kembali dara”. Ia melibatkan prosedur pembedahan selama 30 minit untuk “membina semula” selaput dara.
Selepas rawatan ini, wanita tersebut tidak boleh melakukan seks selama sekurang-kurangnya 6 minggu.
Rawatan ini mencetus pelbagai kontroversi. Antaranya kerana ia sangat mahal dan ramai tertanya-tanya kenapa ada wanita yang sanggup melakukan rawatan ini.
#6 Peremajaan Bahagian Labia
Labia adalah bibir faraj kawasan luar vagina. Dalam proses rawatan ini, ia seakan sama seperti menyuntik kolagen pada muka.
Prosedur ini membentuk semula bibir faraj wanita. Ia akan meningkatkan kecantikan vagina, malah memberi keselesaan tambahan semasa hubungan kelamin.
Ha… siapa nak cuba rawatan ini?
#7 Transplantasi bulu kemaluan
Anda mungkin pernah dengar rawatan untuk menumbuhkan rambut, kan? Tapi pernah dengar tak rawatan untuk bulu kemaluan?
Alamak! Apakah itu? Ha… sebenarnya, ada rawatan transplantasi bulu kemaluan di mana anda boleh menebalkan bulu tersebut.
Prosedur pemulihan ini akan membantu kes di mana ada sesetengah wanita yang mengalami pertumbuhan bulu kemaluan yang nipis dan tidak sama rata.
Macam-macam rawatan untuk vagina yang ada, kan? Apa pendapat anda? Berani tak nak cuba mana-mana rawatan ini? Hehe
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Artikel ini ditulis oleh Bianchi Mendoza dan mendapat kebenaran theAsianparent Singapore untuk diterjemah
Baca juga: