Seorang remaja bunuh diri dengan cara melompat dari sebuah jambatan tinggi di Shanghai! Sebahagian dari video bunuh diri lelaki berusia 17 tahun itu telah menyebabkan perdebatan sengit di kalangan netizen yang rata-ratanya mempertikai cara pengasuhan anak di negara tersebut.
Remaja Bunuh Diri: Kejadian Dirakam Kamera Pengawasan
Kes remaja bunuh diri ini dirakamkan oleh kamera pengawasan di Jambatan Lupu, di Sungai Huangpu, Shanghai. Dalam video tersebut, kelihatan remaja terbabit berada di tempat duduk penumpang belakang yang dipandu ibunya.
Secara tiba-tiba, kereta itu kelihatan berhenti di jambatan di mana si ibu yang di luar kereta mula berbicara dengan anaknya yang masih berada dalam kereta.
Setelah ibunya kembali ke tempat duduk pemandu, anak lelakinya berlari keluar dari kereta dan terus ke tepi jambatan dan melompat tanpa sempat dihalang si ibu!
Remaja Tertekan Akibat Dimarahi Ibu
Keratan video dari insiden yang disebarkan di intenet tersebut telah menarik puluhan ribu komen di Weibu, sebuat laman microblogging China.
Ini menyebabkan ramai netizen mula mengkritik cara mengasuh anak di China, malah ada juga yang berkongsi pengalaman mereka sendiri.
“Ibunya akan hidup dalam rasa bersalah sepanjang hidupnya. Anaknya memilih untuk bunuh diri, ternyata bukan disebabkan satu pergaduhan ini sahaja.” tulis seorang pengguna internet, dimana komen tersebut menerima lebih dari 1.000 like. Pengguna Weibo lain mengatakan: “Saya benar-benar memahami perasaan anak itu. Dia memiliki konflik dengan rakan-rakannya dan ingin ditenangkan oleh keluarganya. Tetapi sebaliknya, dia diserang pula!”
Namun ada juga beberapa orang yang mengatakan agar sebaiknya anak muda pada zaman ini ini perlu lebih kuat.
“Anak-anak hari ini semakin lemah. Para guru tidak boleh langsung mengatakan hal buruk kepada mereka dan di rumah, orang tua pula tidak berani mengkritik mereka. Apa yang boleh mereka buat bila dewasa nanti?” kata seorang pengguna Weibo.
Apakah Yang Menyebabkan Remaja Bunuh Diri?
Menurut World Health Organization (WHO), akan ada kes meninggal akibat bunuh diri setiap 40 saat. Ia bukan sahaja dilakukan oleh orang dewasa, malah remaja juga.
Seorang pakar psikologi dari Himpunan Psikologi (Himpsi) Jatim Atikah Dian Ariana, mengatakan perkembangan remaja biasanya mempunyai perubahan fizikal dan mental. Namun bagi sesetengah remaja, dia tidak dapat mengawalnya dengan baik.
“Perubahan kepada remaja adalah secara fizikal dan psikologi. Apabila remaja tidak dapat mengawal perubahan tersebut dengan baik, dia mungkin bertindak menyakiti diri sendiri.”
Menurut Atikah, ada beberapa faktor yang menyebabkan golongan remaja bunuh diri. Yang pertama adalah faktor dalaman, dan faktor dari ibu bapa sendiri yang memberi tekanan kepada anak.
Selain itu, remaja yang tidak mendapat sokongan dari sekitarnya juga cenderung untuk mengalami tekanan perasan. Selalunya apabila tidak diterima oleh rakan sebaya, atau mendapat respon yang tidak diingini dari mereka.
Semoga hal ini tidak terjadi kepada anak-anak kita. Marilah kita lebih mengambil berat dan bersabar dengan anak-anak.
Apa ubat untuk stress berlebihan?
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Kiki Pea dan mendapat keizinan theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.
Baca juga:
https://my.theasianparent.comtanda-tanda-anak-anda-stress/