Atasi Ruam Lampin Yang Buat Anak Anda Tak Selesa Dengan 4 Cara Ini!

Ruam lampin bayi boleh terjadi kepada mana-mana bayi. Sama ada anda memakaikannya kain lampin atau lampin pakai buang, ruam lampin boleh terjadi.

Ruam lampin bayi boleh terjadi kepada mana-mana bayi. Sama ada anda memakaikannya kain lampin atau lampin pakai buang. Rengsa ruam lampin ini, hanya yang alami je tahu.

Ruam lampin boleh menyebabkan ketidakselesaan pada bayi, ada yang mempunyai tahap ruam lampin yang tidak teruk tetapi ada juga bayi yang mengalami keadaan ruam lampin yang sangat teruk sehingga menyebabkannya menangis sepanjang hari.

Segelintir bayi berlampin jika dibiarkan dalam keadaan basah terlalu lama kulit mereka akan menjadi merah dan tidak selesa.

Keadaan ini mengundang masalah dikenali sebagai ruam lampin berikutan kulit bayi sangat sensitif berbanding kulit orang dewasa dan mudah mengalami kerengsaan.

Rengsa ruam lampin penyebab bayi tidak selesa sepanjang hari

Menurut laporan Harian Metro, ruam lampin adalah sejenis keradangan kulit yang lazim dan dicirikan oleh warna kemerah-merahan yang merengsakan sehingga bayi rasa terganggu dan tidak senang.

Lazimnya, ia terjadi di sekitar tempat yang ditutupi lampin membabitkan bahagian kemaluan, punggung, celah kelangkang dan lipatan dalam paha.

Masalah kulit ini berlaku akibat kerengsaan yang terperangkap dalam lampin disebabkan enzim protease iaitu enzim yang menghurai molekul protein yang besar dan ditemui dalam air kencing atau najis pada lampin.

Menurut laporan itu yang memetik Pakar Dermatologi, Pediatrik, Dr Leong Kin Fon, biarpun ruam lampin lazim berlaku dalam kalangan bayi, masalah kulit ini boleh berlaku pada semua peringkat umur.

Ia termasuk pesakit terlantar, wanita hamil, pesakit yang menderita cirit-birit, penyakit keradangan usus dan buasir serta warga emas yang memakai lampin.

Enzim protease punca ruam lampin

Masalah ruam lampin dalam kalangan penduduk umum dianggarkan antara tujuh sehingga 35 peratus dengan lebih separuh daripada bayi berumur antara empat dan 15 bulan mengalami keadaan ini.

Enzim protease terbukti menjadi punca ruam lampin dalam kalangan bayi. Aktiviti enzim protease dalam najis ini bergantung pada usia dan sangat tinggi dalam kalangan bayi baru lahir dan kanak-kanak sehingga usia satu tahun.

Kulit akan merengsa akibat sentuhan dengan air kencing atau najis secara berpanjangan. Bagaimanapun kulit sensitif dan geselan lampin ketat dengan kulit yang lembut turut menjadi sebab lain yang mengakibatkan ruam lampin.

Seterusnya, jangkitan kulat atau bakteria boleh berlaku jika keradangan kulit dibiarkan tanpa dirawat atau jika berlaku luka pada kulit.

Jenis, punca ruam lampin

Ruam lampin kepada dibahagikan beberapa jenis berdasarkan puncanya. Antaranya:

  1. ‘chafing dermatitis’

Ruam lampin yang paling kerap berlaku disebabkan memakai lampin kotor terlalu lama menyebabkan punggung dan paha kemerah-merahan serta membengkak.

  1. Ruam intertrigo

Menimbulkan kemerahan dan hangat disebabkan kulit yang bergesel, manakala perianal dermatitis sejenis ruam lampin yang dicirikan dengan tompokan merah gelap sekitar kemaluan bayi akibat memakan makanan pejal kali pertama.

Biasanya, makanan pejal yang diperkenalkan kepada bayi akan menyebabkan perubahan pada kandungan najisnya yang boleh meningkatkan risiko mendapat ruam lampin.

Ramai ibu bapa dan penjaga berasa bimbang apabila mereka mendapati ruam dan kemerahan pada kulit anak ketika menukar lampin. Mereka berasa tidak berdaya untuk membantu apabila si manja menangis kerana tidak selesa dan dalam kesakitan.

Cara cegah, rawat ruam lampin

#1. Pastikan kulit kering, bersih

Cara terbaik untuk mencegah dan merawat ruam lampin adalah dengan memastikan kulit bayi sentiasa kering dan bersih.

#2. Tukar lampin kotor secepat mungkin

Caranya adalah menukar lampin basah dan kotor secepat mungkin, membersihkan dengan air dan menyapu krim pelindung selepas setiap kali menukar lampin.

#3. Gunakan krim pelindung

Krim pelindung yang paling sesuai sewajarnya memberikan dua tindakan iaitu mencegah dan merawat, selain menangani punca ruam lampin iaitu enzim protease dalam najis.

Oleh kerana usus bayi dan kanak-kanak kecil yang meneutralkan enzim protease masih kurang matang, ia mengakibatkan peningkatan aktiviti protease dalam najis mereka yang seterusnya meningkatkan insiden ruam lampin.

#4. Jangan pakai lampin terlalu ketat

Masalah kulit ini boleh dicetuskan oleh beberapa faktor lain seperti keadaan lampin ketat hingga tiada aliran udara, keasidan kulit yang meningkat akibat pengumpulan air kencing atau najis dalam lampin, kulit sensitif dan pengambilan antibiotik yang meningkatkan risiko cirit-birit.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: hmetro

Baca juga: LAMPIN TIRUAN PULA DIRAMPAS! Rampasan bernilai hampir RM73 ribu

Penulis

Lala Annuar