5 Resepi Ayam Yang Sedap, Mudah & Lazat, Gerenti Sampai Anak & Suami Minta Tambah Lagi!

Kita sedia maklum, semua orang suka makan ayam. Jadi, untuk itu kami akan kongsikan lima resepi ayam yang sangat istimewa buat santapan keluarga.

Ya Tuhan, melihat resepi ayam dari Iresipi ini memang rasa tak sabar nak masak untuk seisi keluarga!

Ditambah pula suami dan anak-anak suka sangat makan ayam. Memang molek sungguh kalau isteri hidangkan sesuatu yang lebih istimewa. 

Ayuh cuba lima resepi ayam yang sangat lazat ini. Mungkin boleh tambat hati si dia! 

5 resepi ayam yang lazat, istimewa dan beraneka selera! 

Resepi Ayam #1 Resepi Butter Chicken Berempah 

Bahan-bahan:

  • 400 gram isi ayam
  • 1 sudu besar plain yoghurt
  • 1 sudu kecil rempah garam masala
  • 2 sudu kecil serbuk cili
  • Sedikit garam
  • 3 sudu besar butter
  • Setangkai daun kari
  • 1/2 cawan susu cair
  • Segenggam gajus, tumbuk dan bancuh dengan air menjadi pekat

Bahan tumbuk halus:

  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Cara-cara membuat: 

  1. Bersihkan ayam, potong dadu dan gaulkan bersama plain yoghurt, rempah garam masala, serbuk cili, dan bahan tumbuk halus. Perap selama sejam atau semalaman. Lagi lama perap lagi sedap! 
  2. Panaskan butter dalam kuali, goreng daun kari sehingga garing dan angkat.
  3. Goreng pula perapan ayam di dalam minyak butter tadi. 
  4. Masukkan pula susu cair dan pes bancuhan pekat gajus.
  5. Masukkan garam secukup rasa dan masak sehingga kuah mendidih. Tambahkan sedikit air jika kuah terlalu pekat.
  6. Taburkan dengan daun kari dan hidang.

Resepi Ayam #2 Ayam masak merah tomato 

Bahan-bahan:

  • 1/2 ekor ayam, dipotong sederhana kecil
  • 1 tin kecil kacang pis
  • 1/2 biji bawang besar, dihirs
  • 1 senduk minyak masak
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 batang serai, dititik

Bahan untuk dikisar:

  • 1 biji tomato 
  • 10-15 biji cili kering, buang biji dan rebus
  • 2 cm halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 1/2 biji bawang besar

Cara- cara membuat: 

  1. Goreng ayam 3/4 masak
  2. Cincang kasar bahan untuk dikisar, dan kisar menggunakan blender hingga halus
  3. Dalam kuali berasingan, panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga kekuningan.
  4. Masukkan bahan kisar dan masak hingga pecah minyak.
  5. Masukkan ayam, sos tiram, serai dan akhir sekali kacang pis. Tambah garam dan gula. 

Resepi ayam #3 Rendang ayam 

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam 
  • 1 senduk cili kisar
  • 1 mangkuk besar santan pekat
  • 1/2 mangkuk kecil ais asam jawa
  • 3 sudu besar kerisik
  • 2 helai daun kunyit
  • 2 helai daun limau purut
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 mangkuk besar minyak, untuk menumis

Bahan-bahan untuk rempah tumis:

  • 2 batang kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga

Bahan-bahan untuk kisar halus:

  • 1 biji bawang besar
  • 8 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 3 ketul kunyit hidup
  • 2 inci lengkuas
  • 2 batang serai

Cara-cara membuat: 

  1. Bersihkan ayam dan toskan.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan rempah tumis, bahan kisar halus dan cili kisar. Kacau perlahan dan masak sehingga pecah minyak. 
  3. Masukkan pula ayam dan biarkan masak selama 5-10 minit. Air ayam akan keluar sedikit semasa proses ini.
  4. Masukkan santan pekat dan air asam jawa. Kacau perlahan-lahan di atas api sederhana sehingga kuah menjadi pekat.
  5. Masukkan kerisik, daun kunyit dan daun limau purut. Perasakan dengan garam dan gula. 
  6. Tabur dengan hirisan daun kunyit sebagai hiasan.

#4 Ayam Buttermilk 

Bahan-bahan:

  • 2 ketul besar ayam 
  • 1/2 tin susu cair
  • 3 ulas bawang putih, hiris halus
  • 1/2 biji bawang besar holland atau bawang besar biasa, potong dadu
  • 4 sudu besar mentega
  • 2 tangkai daun kari
  • 4 biji cili padi

Bahan-bahan untuk tepung salutan ayam:

  • 2-3 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • 1 biji telur
  • Sedikit garam
  • Air secukupnya

Cara-cara membuat: 

  1. Potong dadu isi ayam, bersihkan dan toskan airnya.
  2. Masukkan telur dan garam ke atas ayam dan gaul sebati.
  3. Masukkan tepung, serbuk kari dan sedikit air. Kacau supaya tepung pekat dan menyaluti ayam. Perap selama 30 minit atau lebih.
  4. Goreng ayam di dalam minyak panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan.

Cara-cara untuk ayam buttermilk:

  1. Panaskan butter dalam kuali sehingga cair dan tumis bawang putih, cili dan daun kari sehingga naik bau.
  2. Masukkan susu cair dan bawang besar. Kemudian masukkan ayam yang digoreng tadi.
  3. Masak sehingga kuah sedikit pekat. Perasakan bersama garam dan gula secukupnya.

#5 Ayam Pandan Thai Istimewa 

Bahan-bahan:

  • 1/2 ekor ayam, potong kecil kepada kiub 1.5 inci setiap satu
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1/2-1 sudu besar serbuk cili @ cili kisar 
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap cair @1 sudu kicap pekat 
  • Sedikit garam
  • Daun pandan saiz besar secukupnya
  • Pencucuk gigi secukupnya

Bahan-bahan tumbuk halus:

  • 4-5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 biji kunyit hidup

Cara-cara memasak: 

  1. Bersihkan ayam dan tos seketika.
  2. Gaulkan ayam bersama bahan-bahan tumbuk halus dan juga bahan-bahan lain (kecuali daun pandan dan pencucuk gigi). Perap ayam selama minimum 1/2 jam.
  3. Balut ketulan ayam dengan sehelai daun pandan seperti cara membalut ketupat. Tidak perlu terlalu rapat dan ada ruang sedikit. Cucuk dengan bilah pencungkil gigi atau lidi untuk mengelakan dari daun terbuka.
  4. Goreng di dalam minyak panas sehingga masak. Angkat dan hidangkan bersama sos cili Thai dan nasi panas.

Selamat mencuba dan  share di Facebook anda! 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber dan gambar : Iresipi

Baca juga: 5 Resepi Perapan Ayam Bakar Untuk Ibu Berpantang! Boleh Dimakan Seisi Keluarga Juga Tau!