Resepi Makanan Bayi 9 Bulan Yang Sedap & Naikkan Selera Si Manja, Bantu Tambah Berat Mereka

Resepi bayi 9 bulan ini boleh ibu-ibu cuba kerana ia memerlukan sedikit bahan dan proses penyediaannya juga cukup mudah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ada masanya, ibu-ibu yang mempunyai anak kecil mengalami masalah ketandusan idea serta tidak tahu makanan hendak diberikan kepada bayi. Jadi bolehlah ibu cuba resepi bayi usia 9 bulan ini yang mudah disediakan serta sedap dan berkhasiat.

Boleh jadi anak juga 'bosan' kerana mengulang makanan yang sama setiap hari. Sekali sekala, kita berikan anak menu makanan yang lain dan mana tahu, mereka lebih berselera.

Senarai resepi bayi 9 bulan yang mudah dan berkhasiat

Seperti yang dikongsikan oleh seorang ibu, Amyera Shafiqah di dalam group Resepi Makanan Bayi, wanita ini menyenaraikan 6 resepi makanan serta bahan-bahan untuk menyediakannya.

1- Masak lemak ayam

Bahan yang digunakan:

  • santan kelapa
  • ayam
  • lobak merah
  • bawang merah dan bawang putih
  • serbuk kunyit
  • serbuk ayam Fawwaz

2- Pasta carbonara cheese

Bahan yang digunakan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • organic noodles
  • ayam
  • susu fullcream
  • brokoli
  • tomato
  • bawang holland
  • bawang putih
  • serbuk keju

3- Mango yogurt popsicles

Bahan yang digunakan:

  • natural yogurt
  • buah mangga (dikisar atau lenyek)
  • susu formula (2 scoop)

4- Ikan sweet sour

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan yang digunakan:

  • ikan
  • bawang merah
  • bawang putih
  • lobak merah
  • tomato
  • bunga kubis
  • brokoli
  • daun sup
  • serbuk sayur dan bilik (1 sudu kecil)

5- Mango cheesecake versi bayi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan yang digunakan:

  • telur (1 biji)
  • unbleached flour (2 sudu)
  • unsalted butter
  • cream cheese tatura
  • mangga (topping)

Cara-cara:

  • Kisar semua bahan (telur, tepung, cream cheese dan unsalted butter).
  • Kukus selama 10 hingga 15 minit.
  • Apabila sudah siap, boleh letakkan topping mangga yang telah dikisar.

6- Ayam goreng kunyit

Bahan yang digunakan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • lobak merah (kukus bagi empuk)
  • bunga kobis (kukus bagi empuk)
  • ayam
  • serbuk ayam
  • serbuk kunyit

Nampak senang dan bahan-bahan yang digunakan juga mudah didapati. Selamat mencuba!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Anak Bersedia Untuk Makan Buat Kali Pertama? Cuba 14 Resipi Makanan Bayi 6 Bulan Penuh Khasiat Ini

Baca juga:  Cara Bekalkan Makanan Bayi Ke Rumah Pengasuh, Ini Panduan Buat Ibu Yang Bekerja

Baca juga: Resepi Makanan Bayi Mudah, Puri Pisang Untuk Bayi 6 Bulan Yang Lazat & Kaya Dengan Manfaat!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan