Resepi Cheesekut Yang Sedap Dan Mudah! Guna 4 Bahan Ini Sahaja Boleh Dapat Rasa Premium

Mudah sangat nak buat manisan popular ini. Guna 4 bahan sahaja pula tu! Boleh cuba resepi cheesekut senang ini di rumah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Siapa yang tak suka dengan manisan bukan? Kalau tiada idea nak buat pencuci mulut apa, kami ada resepi cheesekut yang sedap dan mudah untuk dibuat di rumah.

Cara nak buat cheesekut ini pun simple sahaja dan tidak rumit langsung. Malah, hanya gunakan 4 bahan sahaja tetapi rasanya sudah cukup terbaik dan premium! Namun, untuk mengawal kemanisannya, anda boleh cuba untuk mengurangkan krimer manis mengikut citarasa anda sendiri.

Bukan setakat orang dewasa sahaja yang menyukai hidangan manisan ini, malah kanak-kanak juga! Anda boleh pilih jenis topping yang anak suka untuk melengkapkan cheesekut resepi ini. Caranya yang mudah tidak rumit, mungkin anda juga boleh ajak anak anda untuk bersama-sama membuatnya. Sekurang-kurangnya tambah satu skil baharu pada anak yang sedang membesar, betul tak?

Cheesekut ini sedap untuk dihidang sejuk buat seisi keluarga atau juga boleh disajikan kepada tetamu yang hadir berkunjung ke rumah. Ia juga boleh dijadikan hidangan pencuci mulut ketika membuat majlis-majlis rasmi atau majlis makan-makan. Cara buat cheesekut ini juga mudah. Cubalah!

Variasi Resepi Cheesekut

Cheesekut Kurang Manis

Bahan-bahan:

  • 200 - 250 gram cream cheese
  • 1 paket biskut Cream Crackers (juga boleh ditukar kepada biskut Marie)
  • 1 kotak kecil susu segar
  • 1/2 tin susu pekat (nak manis boleh guna 3/4 tin dan juga boleh kurangkan kemanisan ikut citarasa anda)
  • Milo/Nestum/Oreo/Cornflakes sebagai topping (ikut citarasa)

Cara penyediaan:

  1. Kisar cream cheese, susu pekat dan susu segar (guna dalam 4 sudu besar) sampai kembang dan gebu.
  2. Sediakan bekas, ukur biskut siap-siap supaya muat dengan bekas. Kemudian letak lapisan cream cheese, diikuti dengan biskut. (rendam biskut sekejap dalam susu segar). Tutup semula lapisan biskut dengan cream cheese.
  3. Ulang langkah sehingga habis semua adunan cheese. Boleh hias topping mengikut citarasa masing-masing.
  4. Letakkan di dalam peti sejuk untuk menyejukkannya terlebih dahulu.
  5. Sedia untuk dihidang.

Cheesekut Milo Che Nom

Bahan-bahan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 1 pek biskut Cream Crackers
  • 250g krim keju
  • 6 sb susu pekat
  • 1/2 cawan susu penuh krim
  • 1/2 cawan serbuk Milo
  • 1 cawan susu penuh krim (untuk celup)

Cara penyediaan:

    1. Potong cream cheese dan timbang. Kalau nak senang boleh beli pek kecil 250 gram, boleh terus guna, tak perlu susah-susah timbang.
    2. Lenyekkan cream cheese sampai lembut, kemudian masukkan susu pekat. Kacau sebati kedua-dua bahan.
    3. Dalam bekas berasingan, panaskan susu full cream dan serbuk Milo. Kacau sampai larut. Api tak perlu panas sangat, suam-suam dah cukup.
    4. Tuang masuk adunan Milo sedikit demi sedikit dalam adunan cream cheese tadi dan kacau sebati.
    5. Tuang susu full cream dalam mangkuk dan celup biskut cream crackers dalam susu. Kalau suka cheesekut yang lembik boleh celup lama sikit.
    6. Susun biskut dalam bekas atau loyang.
    7. Untuk bahagian tepi yang kecil, boleh potong biskut dengan pisau tajam untuk lebih kemas.
    8. Bila lapisan biskut pertama dah siap susun, boleh masukkan adunan cheese dan ratakan.
    9. Ulang langkah yang sama (susun biskut dan ratakan adunan cheese) anggaran 4 lapisan atau sampai habis.
    10. Biskut yang lebih boleh hancurkan dan tabur atas cheesekut.
    11. Akhir sekali boleh tabur serbuk Milo sebagai hiasan.
    12. Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 3-5 jam. Simpan semalaman lebih bagus sebab aduanan basah cheese Milo tu akan meresap sepenuhnya pada biskut cream crackers.

Cheesekut Mangga

Bahan-bahan:

  • 250 gram cream cheese
  • 1/3 cawan susu pekat manis
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1/3 cawan whipping cream
  • 1 sudu teh jus lemon
  • Biskut coklat (boleh juga guna biskut crackers)
  • Milo untuk ditabur (jika suka)
  • 1 biji mangga Harum manis dipotong kiub
  • Cheddar cheese diparut
  • Filling mangga sebagai hiasan

Cara penyediaan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Campurkan cream cheese, susu segar, whipping cream dan susu pekat. Blend sehingga sebati dan gebu. Masukkan jus lemon. Blend seketika untuk sebatikan.
  2. Biskut coklat direndam sektika dalam susu segar, jangan terlampau lama nanti biskut lembik. Susun dalam bekas yang sesuai. Tuang cream cheese dan tabur milo jika suka. Ulang proses sama sekali lagi.
  3. Setelah dua kali proses yang sama tuangkan cream cheese dan parut cheddar cheese, susun hirisan mangga dan paipkan filling mangga. Siap. Sejukkan dalam peti ais selama 2 jam sebelum dinikmati.
  4. Siap untuk dihidang

Cheesekut Hershey's

Bahan-bahan:

  • 36 keping biskut crackers kering
  • 250 gram cream cheese
  • 50 mililiter susu segar
  • 100 mililiter susu pekat
  • 1 cawan susu segar untuk rendam biskut
  • Milo untuk hiasan
  • Nestum untuk hiasan
  • Oreo untuk hiasan (ikut suka)
  • Coklat Hershey untuk ganache (ikut suka)

Cara penyediaan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Sediakan bahan untuk diblender sampai kembang. Cream cheese, susu segar dan susu pekat.
  2. Dah kembang ketepikan dalam mangkuk sebatian yang diblender tadi.
  3. Tuang susu segar dalam mangkuk dan rendam seketika biskut, susun kat loyang. Boleh guna loyang empat segi 8 inci.
  4. Letak biskut, cream cheese dan tabur nestum, ulang langkah sama pada lapisan berikutnya.
  5. Lapisan kedua dan ketiga dan seterusnya boleh letak biskut: cream cheese, nestum , oreo, milo
  6. Sejukkan selama 2 jam atau sehingga cheesekut boleh dipotong.
  7. Coklat ganache atau drizzle atas cheesekut ikut kesukaan, boleh juga jika tabur: milo dan oreo. Siap boleh dipotong, sedap dihidang ketika sejuk.

 

Tip:

  • Hidang ketika ia sejuk kerana rasanya lebih sebati dan cream cheese tersebut akan lebih sedap di makan ketika dingin.
  • Jenama cream cheese juga memainkan peranan dalam rasa yang terbaik.

Selamat mencuba!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Idea Makanan Bayi 10 Bulan (Kuih-Muih & Dessert) Yang Sihat, Anak Mesti Suka!

Baca juga: Hati-Hati Ada 8 Jenis Pemanis Buatan Buat Anda KETAGIH Nak Makan Sesuatu Makanan & Minuman!

Baca juga: Bestnya Jadi VIP Mum, Ibu & Anak Boleh Belajar Buat Kek Cawan Di Collins Kitchen Lab!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Farhana Fuad