Pejam celik pejam celik, sekejap sahaja si kecil membesar. Sudah tiba masanya untuk ibu ayah memperkenalkan bayi dengan makanan pejal. Mesti ada di antara ibu-ibu yang teruja dan tidak sabar menunjukkan kreativiti masing-masing dalam menghasilkan menu baru, kan? Antaranya jenis keju apa yang ingin diperkenalkan!
Jenis Keju Terbaik Untuk Menambah Selera Si Kecil
Cara yang paling mudah untuk mula bereksperimentasi, anda boleh tambahkan keju dalam hidangan bayi. Keju kaya dengan khasiat seperti protein, kalsium dan protein yang baik. Hasilnya, rasa makanan jadi asli, lebih lemak dan lazat. Pasti selera si kecil menjadi-jadi.

Khasiat Keju Untuk Bayi
-
Mengandungi khasiat kalsium yang tinggi untuk menguatkan tulang dan gigi.
-
Melindungi gigi bayi dari rosak.
-
Kaya dengan protein dan vitamin D untuk tumbesaran badan dan perkembangan bayi.
-
Keju sarat dengan kalori yang membekalkan tenaga pada bayi.
-
Jika bayi mengalami masalah berat badan berlebihan, keju adalah menu diet yang terbaik.
-
Cegah bayi dari alergi susu dan dipulihkan dengan cepat jika bayi diperkenalkan keju pada usia yang sesuai.
Walau bagaimanapun, ibu ayah perlu tahu bahawa tidak semua jenis keju selamat untuk dimakan oleh bayi. Pastikan keju yang dipilih adalah jenis dipasteur, mempunyai kandungan garam yang rendah dan dihasilkan sepenuhnya dari susu supaya tidak membahayakan kesihatan bayi anda.

5 Jenis Keju Yang Terbaik Untuk Bayi
Memang terdapat banyak pilihan keju di pasaran, tapi di sini kami senaraikan pilihan ‘favourite’ dan terbaik ibu ayah untuk diberikan kepada anak-anak!
Keju Terbaik Untuk Kanak-Kanak
 | The Laughing Cow Belcube Cheese Terbaik untuk hidangan seisi keluarga |  | View Details | Beli di Shopee |
 | Prochiz Cheddar Processed Terbaik untuk inti hidangan |  | View Details | Beli di Shopee |
 | Diamond Cheese Processed Cheddar Terbaik untuk membuat kek |  | View Details | Beli di Shopee |
 | Babybell Cheese Mini Terbaik sebagai hidangan snek |  | View Details | Beli di Shopee |
 | Kiri Cream Cheese Terbaik untuk dijadikan sapuan pada roti & pastri |  | View Details | Beli di Shopee |
The Laughing Cow Belcube Cheese
Terbaik untuk hidangan seisi keluarga
Keju Belcube ini adalah keju lembut dengan kandungan garam yang rendah. Ia memberikan rasa asli dan sesuai sebagai penambah nutrisi dan perisa untuk makanan pelengkap.
Teksturnya yang lembut dan mudah cair dalam makanan menjadikannya ia senang dikunyah dengan baik. Jadi, ibu ayah tak perlu panik ya kerana si kecil tidak akan mudah tercekik!
Disebabkan itu, keju ini sesuai untuk bayi dari usia 6 hingga 8 bulan dan ke atas. Ia praktikal digunakan kerana tersedia dalam bentuk kiub kecil. Selain itu, pembungkusannya kemas bagi memastikan kualiti produk terjamin dan selamat.
Penggunaan yang disyorkan untuk satu hidangan ialah separuh kiub sahaja, tetapi boleh diubahsuai mengikut citarasa dan pemakanan si kecil.
Maka, anda tidak perlu khuatir soal kualiti keju dari Perancis ini kerana The Laughing Cow telah menjadi pilihan keluarga di seluruh dunia selama lebih 90 tahun.
Apa yang kami suka?
- 1 pek keju Belcube terdiri daripada 24 kiub. Ia dibungkus secara berasingan untuk menjamin kualiti dan kesegaran keju.
- Enak untuk dinikmati seisi keluarga
- Kandungan garam dalam 1 kiub adalah kira-kira 33 mg, selamat untuk bayi.
- Mengandungi kalsium, vitamin B12, vitamin A, vitamin D, protein, dan lemak.
- Selain dijadikan tambahan dalam makanan pejal, keju Belcube ini juga boleh dijadikan snek untuk si manja anda.
- Tidak mengandungi bahan pengawet, jadi jangka hayat tidak lama. Hanya 8 bulan.
Jenis Keju Terbaik: Keju Prochiz Cheddar
Terbaik untuk inti hidangan

Keju Prochiz Cheddar adalah buatan dari Australia yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Ia diperbuat daripada keju cheddar yang asli, susu dan bahan mentah berkualiti. Keju ini boleh didapati dalam dua saiz iaitu 170g dan 2kg.
Bagi ibu ayah, anda boleh cuba keju ini sebagai perisa tambahan dalam makanan anak, seperti jadikannya sebagai inti atau topping makananan kerana rasanya yang sederhana dan tak terlalu kuat.
Bukan hanya rasa yang enak dan lazat, Keju Prochiz Cheddar ini juga mengandungi fosforus, lemak omega-3 dan omega-6 yang baik untuk kesihatan anak secara menyeluruh.
Apa yang kami suka?
- Teksturnya lembut dan padat. Tidak mudah cair dan senang diparut halus.
- Rasanya tidak terlalu masin kerana kandungan keju rendah garam.
- Sesuai untuk bayi kerana rasa tidak terlalu kuat.
- Sesuai untuk dijadikan inti dan topping pada hidangan bayi.
- Harga berpatutan.
- Disimpan pada suhu bilik. Jika bungkusan telah dibuka, simpan di dalam peti sejuk.
Diamond Cheese Processed Cheddar
Terbaik untuk membuat kek
Diamond Cheese Processed Cheddar adalah keju yang diimport dari Australia dan dihasilkan daripada keju terbaik. Ia selalu digunakan untuk dijadikan sebagai ‘topping’, ‘filling’, dan penambah perisa dalam makanan pejal bayi.
Teksturnya yang lembut dan padat menjadikannya sering digunakan sebagai parutan atau dicampur dalam makanan, terutamanya menu pencuci mulut seperti kek dan manisan lain!
Sesuai dijadikan snek untuk si kecil kerana kandungan keju yang tinggi. Ini membolehkan anak anda menikmati rasa keju yang asli.
Apa yang kami suka?
- Diperbuat daripada bahan mentah yang berkualiti.
- Diamond Cheddar dihasilkan dari dadih keju yang diproses.
- Harga yang berpatutan sesuai dengan isipadunya, iaitu 180g.
- Ia mempunyai rasa berkrim dan rasa susu yang asli sesuai untuk dicampur pada pencuci mulut seperti kek.
- Mengandungi kandungan baik seperti tenaga, lemak, protein, dan protein yang boleh membantu memenuhi keperluan nutrisi bayi.
- Dikategorikan sebagai keju rendah garam, jadi ia sesuai dan selamat untuk bayi.
Babybell Cheese Mini
Terbaik sebagai hidangan snek

Ada satu lagi jenis keju yang sesuai digunakan dalam makanan pejal bayi. Keju ini berasal dari Perancis dan dihasilkan dari 98% susu. Uniknya, keju ini dibungkus dengan lilin parafin berwarna merah. Saiznya sangat comel dan mudah dicampurkan ke dalam hidangan.
Manakala, bahagian luarnya pula dibalut dengan aluminium foil sebelum dipasarkan dalam beg mesh menjadikan pembungkusan keju ini berbeza, lain dari yang lain.
Keju Edam dari Babybel ini mempunyai tekstur yang sangat lembut dan kenyal. Apabila dicairkan, teksturnya menjadi sama seperti serupa dengan mozzarella. Yummy!
Pun begitu, keju ini tanpa bahan pengawet, jangka hayat boleh bertahan sehingga 8 bulan sahaja. Namun, jangan bimbang kerana Babybell Cheese Mini mudah didapati di pasaran.
Bagi bayi yang mempunyai simptom alahan terhadap laktosa, keju ini adalah pilihan yang terbaik kerana merupakan keju tanpa laktosa. Jadi, gunakan tanpa ragu-ragu. Malah ia boleh dimakan begitu saja kerana sesuai dihidangkan sebagai snek!
Apa yang kami suka?
- 1 pek mengandungi 5 keping keju.
- 100% keju tulen dibuat tanpa kandungan garam.
- Sangat ringan dan lembut. Keju Babybell boleh dimakan terus sebagai snek, juga boleh dihidangkan dalam kepingan kecil.
- Ia kaya dengan protein dan kalsium yang sangat baik untuk pembentukan dan pertumbuhan tulang, serta tumbesaran dan perkembangan jantung bayi.
Kiri Cream Cheese
Terbaik untuk dijadikan sapuan pada roti & pastri

Berbeza dengan keju yang lain, Keju Kiri Cream Cheese ini sesuai untuk ibu ayah yang ingin memperkenalkan varian perisa baharu untuk ditambah dalam menu makanan pelengkap si kecil.
Sekiranya anda perasan si kecil amat kurus dan tiada selera makan, jenis keju ini adalah pilihan yang tepat untuk menambahkan berat badan bayi. Ini kerana keju juga mempunyai lemak sihat selain kalsium, protein dan vitamin.
Keju bukan sahaja dapat menjadikan makanan bertambah enak dan lazat, malah membuatkan si kecil rasa teruja untuk makan. Terutama sekali apabila ia dijadikan sapuan pada roti atau pastri!
Aapabila ibu ayah memberikan keju, ini bermakna anda juga memberikan khasiat seperti vitamin D, vitamin A dan kalsium untuk si kecil.
Sudah tentu berguna dan diperlukan oleh bayi dalam tempoh pertumbuhan mereka, juga untuk pembentukan tulang dan gigi.
Apa yang kami suka?
- Keju Kiri mempunyai tekstur yang lembut dan lemak berkrim.
- Mengandungi lemak (5g), protein, vitamin A, kalsium dan garam yang baik untuk si kecil.
- Boleh dijadikan pengganti garam kerana rasanya sederhana manis.
- Boleh dijadikan sebagai sapuan pada roti, pastri dan scones!
- Produk mudah cair jadi simpan di dalam peti sejuk.
- 1 pek mengandungi 6 kiub.
Waktu Yang Sesuai Beri Keju Untuk Bayi
Menurut The American Academy of Pediatrics (AAP) di bahagian Alergi dan Imunologi, bayi boleh makan keju seawal mula makan makanan pepejal.
Seawal usia 9 bulan, kebiasaannya bayi sudah mula makan pelbagai jenis makanan seperti bijirin, daging, sayuran dan buah-buahan. Jadi, masa inilah ibu ayah boleh menambah keju ke dalam hidangan si kecil.

Perkara Penting Untuk Ibu Ayah Tahu
Sebelum menambahkan keju dalam hidangan bayi, terdapat beberapa perkara penting yang ibu ayah perlu perhatikan, iaitu:
- Elakkan memberi keju dalam bentuk pepejal. Sebaiknya kisar atau parut keju, kemudian campurkan ke dalam puri bayi terlebih dahulu.
- Pilih keju lembut seperti keju cheddar atau mozzarella supaya memudahkan proses penghadaman bayi.
- Periksa kandungan garam. Seeloknya, ibu ayah pilih keju dengan kandungan garam yang rendah dan sesuai untuk dimakan bersama dengan makanan pepejal lain.
- Untuk mengelakkan risiko bayi tercekik, hidangkan keju dalam kepingan kecil atau dalam bentuk krim.
- Perhatikan tindak balas alahan berlaku atau tidak selepas memberi keju pada bayi. Sekiranya tanda-tanda alergi pada sesuatu muncul seperti bengkak pada lidah dan bibir, kulit mengalami kemerahan, kekejangan perut sehingga cirit-birit, berhenti beri keju dan segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Perbandingan Harga
Produk |
Harga |
Belcube Cheese The Laughing Cow
|
RM 19.90 |
Keju Prochiz Cheddar
|
RM 5.50 |
Diamond Cheese Processed Cheddar
|
RM 22.10 |
Babybell Cheese Mini
|
RM 22.80 |
Keju Kiri Cream Cheese
|
RM 7.40
|
Diharapkan semoga artikel ini bermanfaat buat parents yang mencari jenis keju terbaik buat anak-anak.
Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.theAsianparent Malaysia
Baca juga: Nasi Goreng Daging Campur Cream Cheese, Jagung & Lobak Merah, Berhasil Naikkan Berat Anak
Baca juga: Sedapnya Potato Cheese Ball! Sesuai Untuk Bayi Mula 8 Bulan, Boleh Naikkan Selera Makan!
Baca juga: Bila Waktu Sesuai Untuk Beri Bayi Makan Keju? Ini 3 Resepi Berasaskan Keju Yang Sangat Enak!