Resepi Cucur Durian Yang Sedap & Menjadi, Buat Minum Petang Mesti Anak-Anak Suka!

Resepi cucur durian yang enak sesuai dinikmati sebagai minum petang. Memandangkan kini sudah tiba musim durian, apa kata ibu cuba di rumah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cukup terkenal dengan gelaran ‘raja buah’, durian boleh dinikmati dengan makan begitu sahaja atau pun diolah menjadi menu pencuci mulut. Antaranya adalah resepi cucur durian, ia sememangnya membangkitkan selera seisi keluarga.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Resepi cucur durian penuh tanpa baking powder, penuh aroma yang menyelerakan
  • Manfaat buah durian kepada kesihatan

Resepi cucur durian penuh tanpa baking powder, penuh aroma yang menyelerakan

Resepi ini adalah sangat mudah untuk ibu-ibu cuba, ianya sedap dan menyihatkan kerana menggunakan tepung gluten free.

Bahan-bahan:

  • 10 ulas durian
  • Air secukupnya
  • Secubit garam
  • Tepung gluten-free (agak-agak )
  • Gula secukupnya (organic cane sugar)

Cara penyediaan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Asingkan isi durian dari bijinya.
  2. Campurkan tepung, gula, garam dan air secukupnya.
  3. Panaskan minyak. Goreng hingga keperangan.
  4. Angkat dan sedia dihidang.

Tips penting untuk buat cucur durian:

  • Untuk buat cucur yang tak lembik, pastikan adunan tidak terlampau cair.
  • Jika tidak mahu cucur jadi keras, pastikan adunan tidak terlampau pekat.
  • Tunggu minyak panas terlebih dahulu sebelum menggoreng.
  • Masa goreng api gas jangan terlalu kuat atau terlalu slow.

Manfaat buah durian kepada kesihatan

Terdapat banyak mitos atau fakta yang salah mengenai buah durian. Sehingga membuatkan ramai orang jadi takut dan ragu-ragu untuk menikmati keenakannya.

Sebenarnya buah durian mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan asalkan kita tidak melebih-lebih dalam pengambilannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi hilangkan rasa ragu di hati ibu-ibu semua, di sini kami kongsikan sekali beberapa manfaat yang terdapat di dalam buah durian untuk pengetahuan anda semua. 

  • Sangat kaya dengan nutrisi

Selain mengandungi pelbagai jenis vitamin yang diperlukan tubuh, buah durian juga kaya dengan mineral seperti kalsium, kalium, natrium, fosfat dan banyak lagi.

  • Kaya vitamin C

Mempunyai kandungan vitamin C yang cukup tinggi di mana dapat mencegah penyakit skurvi dan meningkatkan sistem imunisasi badan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Anti-diabetik

Kajian mendapati bahawa durian juga mempunyai indeks glisemik yang rendah. Malah kandungan serat di dalam durian juga melambatkan peningkatan gula di dalam darah. Bagi pesakit kencing manis, anda masih boleh mengambil buah ini secara terkawal.

  • Penghadaman

Kandungan serat yang tinggi di dalam buah durian, mampu untuk melancarkan sistem penghadaman.

  • Mengurangkan kolesterol

Kajian juga menunjukkan bahawa buah durian juga dapat mengurangkan paras kolesterol dan LDL (kolesterol tidak baik) di dalam darah.

Oleh itu, untuk ibu-ibu yang masih ragu-ragu untuk makan atau membuat pelbagai juadah berasaskan buah durian untuk keluarga, anda tidak perlu risau lagi. Buah durian telah dibuktikan mampu memberi banyak manfaat kepada kesihatan tubuh.

Selamat menikmati keenakan resepi berasaskan buah durian!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Resepi Kurma Daging Style Neelofa Untuk Haris, Nampak Sedap & Sungguh Menyelerakan

Baca juga: Senarai Resipi Istimewa Sempena Sambutan Hari Bapa, Mampu Buatkan Suami Jatuh Cinta

Baca juga: Resepi Ikan Singgang Versi Baby, Bagus Untuk Meredakan Demam & Batuk Si Manja

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nur Syazwani