Setiap anak pastinya amat menyukai donut. Lebih-lebih lagi jika ibu cuba resepi donut susu ini, kerana ia jarang dijual di kedai-kedai.
Jika berbanding dahulu, donut hanya disaluti gula halus. Namun dengan kehadiran pelbagai makanan viral, kini ia hadir dengan pelbagai variasi topping yang enak dan menyelerakan seperti coklat, biscoff, vanilla atau strawberi.
Resepi donut susu gebu dan sedap, jadi kesukaan anak-anak di rumah
Bagi ibu yang terfikir menu minum petang atau bekal anak sekolah, apa kata anda cuba donut susu yang mudah ini. Pertama kali buat insyaAllah menjadi!
Seorang pengguna Facebook, Azlina Ina Fans telah berkongsikan resepi donut susu bambam yang boleh dibuat di rumah sebagai minum petang santai-santai bersama keluarga. Bunyi macam sukar, tapi sebenarnya mudah sahaja.
“Bismillah dan selamat pagi…donut susu adalah salah satu kuih jualan pagi dan petang yang sangat mudah didapati. Kebanyakan peniaga menggunakan resepi donut yang lebih kurang sama untuk kekalkan kelembutan doh.
Cuma kadang-kadang segan pula nak tanya makcik jual sarapan pagi-pagi sebab resepi donut je kot eh, walau hanya donat tidak ramai yang boleh dapatkan tekstur donat yang gebu sampai berhari-hari.
Harga jualan besar macam ini 1 biji rm0.50 sahaja, jom cuba buat resepi donut gebu usu bambam kita,” tulisnya.
Resepi donut gebu susu mudah
Permulaan buat starter dahulu iaitu pelembut doh homemade
- 1 cawan air
- 2sb tepung gandum
- Satukan dan masak atas api perlahan sampai pekat
- Biarkan sejuk dulu
Seterusnya, masukkan bahan-bahan di bawah:
- 1 cawan air suam
- 1 peket mauripan 11g
- 1sb susu pekat
- 2sb gula
- 2sb butter atau majerin
- Satukan semua kacau dan biar berbuih tutup permukaan cawan
Bila sudah berbuih, boleh mula mengadun. Dan seterusnya, bahan-bahan yang diperlukan untuk dapatkan donut gebu adalah:
- Tepung gandum 4 cawan
- Susu tepung 1/2 cawan ni pilihan kalau nak sedap letak susu fernleaf full cream
- Sedikit garam
- Gaulkan semua
Tambahkan dalam adunan tadi bersama bahan-bahan di bawah sambil menguli:
- 2sb bahan A atau starter tadi
- 2sb yogurt (kalau tak ada, ganti dengan shortening)
- 1 biji telur
Selepas itu boleh tambah 1/4 air sejuk dari peti ais sambil menguli. Kalau keras lagi, tambah sikit air, kalau rasa lembik tambah tepung sikit dan uli sehingga doh tak melekat di jari.
Inilah hasilnya. Ia akan kembang dua kali ganda dan anda harus tutup bekas adunan tersebut. Boleh tumbuk untuk buang angin dan membentukkan aduan donut ini.
Cara buat donat ini adalah tekan supaya leper sikit. Tengah-tengah tu boleh letak penutup botol dan tekan penutup botol untuk mendapat bentuk yang sekata. Lepas itu biarkan donut gebu dan kembang dahulu.
Masa ini anda boleh panaskan minyak. Bila nak masukkan donut, perlahankan api untuk mengelakkan donat cepat hangus dan menyerap terlalu banyak minyak. Kalau nak ambil donut dari kuali, pakai sudip.
Kalau nak terbalikkan donat, pastikan bila nampak bahagian bawah sudah kuning sebab tak nak bagi serap minyak yang banyak.
Lepas itu, angkat donut dari kualidan bila dah suam-suam, boleh mula salutkannya menggunakan ising campur susu tepung fernleaf full cream sedikit.
Dah siap, mudah je cara buat donut gebu ini kan?
Azlina menulis cara buat donut gebu yang baik adalah jenis tidak menyerap minyak dan nampak licin seperti gambar di atas. Apabila diletakkan di dalam pinggan, terus licin dimakan oleh anak-anak.
Kalau sampai empat hari tak habis juga, ia bermakna donut anda termasuk dalam kategori ‘donut nakal’.
Ini pula donut yang dah siap ‘make-up’ nipis-nipis. Satu adunan untuk resepi donut susu ini dapat menghasilkan 15 biji donut dan kalau dijual dapatlah raih RM8 untuk satu adunan.
Resepi donut gebu viral tanpa menggunakan telur dan marjerin
Mungkin kebanyakan pembaca menganggap agak mustahil tidak memasukkan marjerin atau telur dalam donut gebu resepi memandangkan ia bahan yang penting dalam buat kuih ini.
Sebelum menilai, apa kata anda cuba dahulu. Hasil donut gebu resepi ini sungguh mengejutkan. Makan banyak pun tidak ada rasa muak langsung!
- 1kg tepung gandum
- 1 paket mauripan
- 6 sudu besar gula
- 1 sudu besar garam
- 1 sudu besar serbuk penaik
- 1 1/2 senduk minyak masak
- Air secukupnya
Cara penyediaan:
- Satukan kesemua bahan, gaul-gaul dan masukkan air secukupnya. Uli sampai doh jadi licin.
- Rehatkannya dalam tempoh setengah jam. Kemudian uli sekali lagi.
- Cetak doh dengan bentuk donat, tunggu sehingga doh kembang. Seterusnya bolehlah goreng dan tabur gula halus.
- Doh ini tidak hanya menjadi resepi donut gebu viral sahaja, ia juga sesuai dijadikan kuih lain seperti roti goreng, roti sardin dan sebagainya.
Bagaimana? Mudahkan resipi donut gebu versi ini. Paling penting anda tidak payah kalut cari marjerin jika ia tiada di rumah.
Resepi donut sukatan cawan yang simple dan mudah
Bagi anda yang inginkan cara lebih mudah buat kuih ini, apa kata cuba resepi donut sukatan cawan yang kami kongsikan di bawah.
Resepi donut lembut: Bahan A
- 2 sudu besar yis mauripan
- 1 sudu besar susu pekat
- 1 sudu besar gula
- 1/2 cawan air suam
- Campur bahan ini dah biarkan kembang
Bahan B
- 2 cawan tepung gandum
- 3 sudu besar minyak masak
- 1 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh garam
Cara penyediaan resepi donut mudah:
1. Untuk buat resepi donut mudah, mulanya anda kena gaul bahan B sehingga jadi macam serbuk roti. Kemudian campur Bahan 1. Gaul rata.
2. Masuk dalam bekas dan biarkan kembang (saya perap 15 minit saja).
3. Selepas 15 minit keluarkan doh dan tumbuk-tumbuk adunan.
4. Kemudian terap gunakan acuan (dan perap lagi 15 minit).
5. Goreng api perlahan. Angkat dan biarkan seketika. Salut gula.
Donut frozen: Cara buat donut gebu dan tahan lama
Bagi sesetengah orang, anda mungkin ingin menikmatinya pada hari-hari seterusnya atau boleh juga dibuat jualan dari rumah.
Sebenarnya buat donut frozen ini tidak memerlukan sebarang bahan tambahan. Cuma, anda kena uli doh lebih sikit dari biasa. Kemudian goreng jangan sampai masak sempurna.
Cara buat donut gebu untuk simpan dalam peti sejuk beku:
Bahan A
- 2 paket kecil yis
- 5 sudu besar gula
- 4 sudu besar susu pekat
- 2 cawan air suam
**Kesemua bahan A disatukan dan dibiar sehingga kembang
Bahan B
- 950 gram tepung gandum
- 4 sudu besar penuh marjerin
- 2 sudu teh garam
- 4 sudu teh serbuk penaik
**Cara buat donut gebu: satukan kesemua bahan B. Urai-uraikan (jadikan ia seperti serbuk roti) sehingga sebati.
Cara buat frozen donut
- Lepas sediakan bahan A dan B, satukan kedua-duanya dalam 1 besen. Kemudian uli sambil campurkan 1/2 cawan air.
- Uli sehingga doh tidak melekat di jari. Kalau rasa adunan doh tidak lembut lagi, boleh tambahkan sedikit air.
- Anda perlu uli sehingga rasa adunannya ringan dan tidak berat
- Lepas dah siap uli, tutup besen dengan kain. Biarkan doh naik. Lebih kurang dalam 1/2 ke 1 jam.
- Bila doh sudah kembang, tumbuk-tumbukkannya untuk buang angin. Ambil doh frozen donut ini dan timbang seberat 27 gram. Lepas tu bentukkan bulat.
- Susun doh atas dulang. Jangan lupa untuk taburkan sedikit tepung di atas dulang bagi mengelakkannya melekat.
- Alas dulang ini nanti doh akan kembang naik sedikit. Lepas dah kembang, leperkannya dengan jari.
- Bulatkan di tengah-tengah. Anda juga boleh guna tapak nozzle. Ambil adunan tengah yang ditekap tadi dan masukkan balik dalam doh.
- Panaskan minyak dan goreng separuh masak (jika ingin frozen donut). Sejukkan dan masuk ke dalam plastik.
- Masuk dalam peti sejuk dan sedia digunakan untuk bila-bila masa sahaja!
**Untuk sukatan bahan-bahan ini, anggaran donut yang anda boleh dapat adalah lebih kurang 60 biji. Jumlah ini ikut anggaran 27 gram untuk setiap biji donut sebelum ia kembang. Banyak juga. Siap boleh sedekahkan pada jiran tetangga.
Cara buat donat gebu pun amat senang. Semoga bermanfaat!
[tap-poll id=4203849]
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Resepi Cucur Durian Yang Sedap & Menjadi, Buat Minum Petang Mesti Anak-Anak Suka!
Baca juga: Resepi Cempedak Goreng Rangup & Sedap, Ini Tips Bancuh Tepung Agar Tidak Makan Minyak
Baca juga: Resepi Rotiboy Homemade Yang Sedap & Lembut, Buat Minum Petang Anak Mesti Suka!