5 Resepi Berasaskan Ikan Tenggiri Untuk Bayi 1 Tahun Ke Atas, Tinggi Vitamin & Zat Besi

undefined

Resepi ikan tenggiri untuk bayi ini bagus untuk perkembangan otak si kecil kerana ikan tenggiri kaya dengan khasiat protein, vitamin dan zat besi.

Ikan merupakan sumber protein terbesar untuk tubuh manusia. Salah satu ikan yang berkhasiat adalah ikan tenggiri. Oleh sebab itu, kami akan kongsikan 5 jenis resepi ikan tenggiri untuk bayi yang boleh ibu sediakan di rumah.

Tidak ramai ibu-ibu yang tahu khasiat ikan tenggiri ini. Selalunya ikan yang diberi kepada bayi adalah salmon, dori dan kembung. Sedangkan banyak lagi ikan-ikan yang boleh dicuba si manja. Yang pasti ibu ayah perlu bijak mencuba-cuba resepi baru. Maklumlah anak kecil memang cepat bosan, lagi-lagi yang memilih makan. Jadi menu sarapan, makan tengahari dan makan malam perlu berbeza-beza ya!

Resepi ikan tenggiri untuk bayi 1 tahun ke atas

Ikan tenggiri dipercayai boleh mengubat pelbagai jenis penyakit ringan dan berat jika diamalkan secara teratur. Antara yang terkandung dalam ikan ini adalah:

  • 109 kalori bagi menambahkan stamina tubuh manusia ketika melakukan kegiatan harian.
  • Protein yang berfungsi untuk pembentukan otot tubuh.
  • Lemak sebanyak 2.6 gram.
  • Kalsium yang baik untuk kesihatan tulang dan mencegah osteoporosis.
  • Zat besi yang bermanfaat bagi menaikkan kadar hemoglobin darah dan mengikat oksigen dalam sel darah merah
  • Sumber Vitamin A, Vitamin C dan Vitamin B1.

Ada pelbagai resepi yang anda boleh cuba dengan menggunakan ikan tenggiri ini. Dan di sini kami senaraikan apa yang mudah untuk dimasak, dan yang pasti apa yang si manja suka. Anda juga boleh goreng ikan tenggiri dengan garing, kisar dan hidangkan bersama bubur kosong atau pasta. 

#1. Resepi ikan tenggiri untuk bayi: Bubur ikan tenggiri bersama lobak

ikan tenggiri in english

Bahan-bahan:

  • Beras
  • Lobak merah
  • Ikan tenggiri
  • Bawang Holland
  • Bawang putih
  • Halia

Cara-cara membuat:

  1. Masak bubur nasi kosong dengan air.
  2. Kemudian rebus ikan tenggiri bersama lobak merah, bawang Holland, bawang putih dan halia.
  3. Setelah masak campurkan ke dalam bubur nasi kosong.
  4. Lenyek semua bahan dalam satu mangkuk yang sama.
  5. Siap untuk dihidangkan.

#2. Bubur nasi tenggiri

ikan tenggiri in english

Kredit: yanmieonline

Bahan-bahan:

  • Beras
  • Lobak
  • Brokoli
  • Unsalted butter
  • Bawang putih
  • Bawang merah

Cara-cara membuat:  

  1. Potong isi ikan tenggiri kemudian tumis bersama unsalted butter, bawang putih dan bawang merah.
  2. Kemudian rebus lobak merah dan brokoli yang siap dihiris halus.
  3. Kemudian masukkan ikan tenggiri dalam bubur nasi.
  4. Setelah itu, lecek atau kisar hingga halus.
  5. Siap untuk dihidangkan.

#3. Sup ikan tenggiri

resepi ikan tenggiri untuk bayi, resepi ikan tenggiri, resepi ikan tenggiri untuk anak, resepi enak ikan, resepi ikan, resepi ikan yang sedap, resepi ikan yang sedap dan enak, hidangan ikan, ikan

Kredit: Sajian Sedap

Bahan-bahan:

  • Ikan tenggiri
  • Kulit kayu manis, bunga lawang
  • Bawang putih, bawang merah
  • Halia, batang sup
  • Lobak merah, kubis bunga
  • Minyak zaitun
  • Perencah sup, stok ikan bilis
  • Air secukupnya

Cara-cara membuat:

  1. Masukkan sedikit minyak zaitun.
  2. Tumis kayu manis, bunga lawang, bawang merah, bawang putih, halia dan batang sup
  3. Masukkan air dan lobak bersama cauliflower
  4. Masukkan perencah sup dan stok ikan bilis
  5. Biarkan hingga mendidih dan akhir sekali masukkan ikan tenggiri sehingg masak.

#4. Bubur ikan istimewa

resepi ikan tenggiri

Kredit: Selerasa.com

Bahan-bahan

  • Pilih salah satu sama ada ikan merah, tenggiri atau bawal
  • Sedikit halia
  • Seulas bawang putih
  • Kentang, lobak, brokoli dan kubis bunga
  • Sedikit daun sup dan daun bawang

Cara-cara memasak:

  1. Panaskan minyak
  2. Tumis bawang putih dan halia hingga naik bau
  3. Masukkan isi ikan.
  4. Kemudian masukkan beras yang sudah dicuci bersih
  5. Setelah itu masukkan pula kentang, brokoli dan lobak.
  6. Masak hingga beras masak
  7. Taburkan sedikit daun bawang dan daun sup
  8. Untuk perasa, guna stok ikan bilis homemade.

#5. Bubur oat bersama ikan

resepi ikan tenggiri

Kredit: me y la memoria

Bahan-bahan:

  • 3 sudu rolled oat
  • Ikan tenggiri segar
  • Sehelai daun saderi
  • Secawan air

Cara-cara membuat:

  1. Masak oat bersama ikan tenggiri segar selama lima minit.
  2. Setelah masak, masukkan daun saderi yang dicincang halus.
  3. Siap untuk dihidangkan.

Selain oat anda juga boleh gunakan risotto atau beras khas yang digunakan untuk bayi seperti beras hitam atau perang. Selain tinggi khasiat ia juga sedap!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Resepi Biskut Homemade Untuk Bayi Gatal Gusi & Baru Tumbuh Gigi Tanpa Gula, Garam

Baca juga: 7 Resepi Bubur Nasi Yang Boleh Pikat Selera Bayi Tanpa Menggunakan Gula & Garam

Baca juga: Resepi Creamy Vege Soup Yang Sedap, Sesuai Untuk Pikat Selera Si Kecil Makan Sayur

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!