Resepi Jamu Asam Kunyit Untuk Kecergasan Tubuh & Hilangkan Sakit Badan Wanita

Resepi jamu asam kunyit yang kami kongsikan ini sangat mudah dibuat. Ia juga bebas daripada bahan pengawet.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jamu asam jawa dan kunyit antara jamu yang digemari kerana rasanya yang sedap. Kami kongsikan resepi jamu asam kunyit yang boleh anda cuba sendiri di rumah.

Cara Buat Jamu Kunyit Asam

Bahan-Bahan Resepi Asam Kunyit

  • 500g kunyit hidup*
  • 500g asam jawa
  • 250g gula melaka
  • 100g halia*
  • 100g temukunci*
  • 100g cekur/kencur*
  • 2-3 biji manjakani
  • 7-8 helai daun sirih
  • 2 liter air

Cara Penyediaan Resepi Jamu Asam Kunyit

  1. Kisar bahan-bahan yang bertanda* dengan sedikit air. Tapis airnya ke dalam periuk. (Hampasnya boleh diguna sebagai lulur).
  2. Masukkan baki air ke dalam periuk yang sama. Masukkan juga asam jawa, biji manjakani dan daun sirih. Rebus hingga mendidih.
  3. Setelah mendidih, masukkan gula melaka. Kacau dan masak sehingga gula melaka larut.
  4. Tapis air jamu sebelum diminum. Selebihnya hendaklah disimpan dalam peti sejuk.

Khasiat Jamu Kunyit Asam

  • Sumber antioksidan
  • Kunyit asam bantu melawan jangkitan
  • Meningkatkan sistem kekebalan tubuh
  • Kunyit asam menjaga kesihatan jantung
  • Membantu pencernaan
  • Mengurangkan risiko kanser
  • Menjaga kesihatan kulit
  • Kunyit asam menjaga kesehatan kulit
  • Mengawal kadar gula dalam darah

Waktu Terbaik Minum Jamu Kunyit Asam

Minum air kunyit sesuai diamalkan pada waktu pagi untuk membantu sistem pencernaan. 

Berapa Lama Air Jamu Asam Kunyit Tahan Dalam Peti

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hendaklah sentiasa disimpan dalam peti sejuk dan ia boleh bertahan selama lebih sebulan. Dikatakan jika disimpan dalam botol kaca ia boleh tahan lebih lama. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Facebook Naaimah Asaari

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu, Amalkan 5 Resepi Jamu Selepas Bersalin Ini, Pasti Tubuh Kembali Anak Dara!

Baca juga: Selamat Ke Kalau Ibu Menyusu Makan Jamu? Ikuti Penjelasannya Di Sini

Baca juga: Durian Sebenarnya Antara Milk Booster Yang Bagus Untuk Ibu Menyusu, Ini 5 Sebabnya!

Penulis

Lala Annuar