Resipi Karipap Pusing Rangup & Sedap, Kali Pertama Buat Confirm Menjadi!

Resipi karipap pusing memerlukan dua jenis doh untuk menghasilkan lapisan berpusar yang rangup dan sedap dimakan

Siapa yang tidak suka karipap, pasti ramai yang sudah mencuba resepi karipap berkali-kali. Kalau dapat resipi karipap pusing yang mudah dan sedap, pasti kulitnya lebih rangup dan menarik selera seisi keluarga.

Ada orang ingat renyah nak membuatnya,  padahal tidaklah sesusah mana. Rupanya ada cara yang mudah untuk menghasilkan kulit karipap pusing ini menggunakan bahan yang ringkas.

Resipi Karipap Pusing Rangup

Bahan Resipi Karipap Pusing: Doh A (Minyak)

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar shortening
  • 2 sudu besar marjerin/butter
  • 1 sudu besar minyak masak
  • Uli sebati dan perap dlm peti ais 15 minit

Bahan Karipap Pusing: Doh B (tepung)

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1/4 cawan minyak masak yang dipanaskan
  • 1 cawan air sejuk dr peti ais atau air biasa tambah ais
  • 1 sudu kecil garam dan sedikit gula
  • Uli sebati dan perap dlm peti ais selama 15 minit

Cara Buat Karipap Pusing Rangup

  1. Bahagikan Doh A kepada 6 bahagian dan Doh B pada 6 bahagian juga (nak buat 4 set pun blh). Bulatkan doh karipap pusing.
  2. Ambil Doh minyak (A) letak diatas Doh Tepung (B) yang telah dileperkan. Tutup adunan dan bulatkan doh tersebut
  3. Bulatkan kesemua doh karipap pusing dan biarkan selama 10 minit.
  4. Leperkan/Gelekkan adunan memanjang dan renjis atau sapu dengan sedikit air sebagai gam. Gulung kembali doh karipap pusing tadi
  5. Setelah di gulung leperkan / gelek kembali adunan dan sapu dgn sedikit air pada permukaan adunan dan gulung kembali
  6. Potong adunan kepada 6 atau 7 bahagian
  7. Ambil 1 keping adunan dan leperkan masuk inti dan kelim tepi

Resipi Inti Karipap Ayam

Bahan Inti Karipap

  • 1½ kg ubi kentang (dipotong dadu)
  • 2 atau 3 biji bawang besar (dicincang atau diblender)
  • 5 atau 6 ulas bawang putih (dicincang atau diblender)
  • 4 atau 5 sudu makan serbuk kari
  • 2 atau 3 sudu makan serbuk cili
  • 1 cawan gula (boleh kurang atau lebih, mengikut citarasa)
  • Sedikit daun kari
  • 2 atau 3 sudu teh garam
  • Isi ayam (dicincang)
  • 1 atau 2 sudu teh serbuk perasa (pilihan)
  • Sedikit air atau secukupnya
  • Minyak untuk menumis

Cara Buat Inti Karipap

  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang besar serta bawang putih hingga naik bau wangi.
  2. Masukkan rempah kari, serbuk cili, gula, garam, serbuk perasa (jika digunakan), dan sedikit air. Tumis hingga rempah masak sempurna.
  3. Masukkan isi ayam cincang dan ubi kentang. Kacau sehingga inti menjadi kering dan kentang empuk.
  4. Tutup api dan biarkan inti karipap sejuk sebelum digunakan untuk mengisi karipap.

Tips Buat Karipap Pusing Sedap Dan Rangup

1. Bakar Karipap Dalam Ketuhar

Tips untuk dapatkan kulit karipap yang licin dan tidak mengelembung ketika goreng, bakar karipap dalam ketuhar pada suhu 150°c dalam masa 10-12minit. Pastri akan jadi kering dan boleh disimpan dalam peti sejuk jadi karipap frozen,

2. Gunakan Dua Jenis Doh

Untuk mendapatkan kesan “pusing” atau lapisan pada karipap, anda perlu menyediakan dua jenis doh: satu doh minyak dan satu doh tepung. Doh minyak berfungsi untuk menghasilkan lapisan rangup, manakala doh air memberi kelembutan.

3. Rehatkan Doh

Pastikan doh direhatkan selama sekurang-kurangnya 30 minit sebelum dibentukkan. Ini membantu doh menjadi lebih elastik dan senang digulung untuk menghasilkan lapisan pusing yang cantik.

4. Jangan Terlalu Nipis atau Tebal

Apabila mencanai kepingan doh untuk membentuk kulit karipap pusing, pastikan doh tidak terlalu nipis atau terlalu tebal. Doh yang terlalu nipis akan mudah pecah, manakala yang terlalu tebal akan mengurangkan tekstur rangup.

5. Inti Tidak Terlalu Basah

Pastikan inti karipap, seperti kentang, ayam, atau daging, tidak terlalu basah. Inti yang basah akan menyebabkan karipap lembik dan sukar untuk mengekalkan kerangupan kulit. Keringkan sedikit inti sebelum membungkus.

6. Goreng dengan Minyak Panas Sederhana

Gunakan minyak yang banyak dan pastikan minyak berada pada suhu sederhana sebelum menggoreng karipap. Jika minyak terlalu panas, karipap akan cepat hangus di luar tetapi mentah di dalam. Jika minyak terlalu sejuk, karipap akan menyerap banyak minyak dan menjadi berminyak.

Facebook Abang Hijau

Peringatan: Anda dilarang menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Minum Petang Dengan Kuih Pasti Nikmat! Boleh Cuba Resepi Donut Gebu Mudah Guna Cawan Sahaja Ini Di Rumah

Baca juga: Resepi Kuih Tepung Pelita Sedap Sukatan Cawan, Penuh Rasa Berlemak & Harum Pandan

Baca juga: Paling Nikmat Apabila Dapat Menjamah Kuih Talam Ketika Minum Petang. Ini Resepi Paling Mudah Dan Sedap Boleh Cuba Di Rumah

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!