X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Resepi Kuih Kasturi Atau Kuih Kacang Yang Rangup & Tidak Makan Minyak

3 min bacaan
Resepi Kuih Kasturi Atau Kuih Kacang Yang Rangup & Tidak Makan Minyak

Kuih kasturi atau kuih kacang hijau sering menjadi kesukaan ramai kerana rasanya yang sedap dan sesuai dijadikan menu minum petang

Kuih Kasturi atau kuih kacang hijau adalah sejenis kuih tradisional yang terkenal di Malaysia. Rasa manis dari inti kacang hijau yang lembut digabungkan dengan kulit luar yang rangup membuatkan kuih ini digemari ramai.

▲▼Isi Kandungan

  • Resepi Kuih Kasturi Rangup & Tak Berminyak
  •  
  • Tips Kuih Kasturi Rangup & Tidak Berminyak

Resepi Kuih Kasturi Rangup & Tak Berminyak

Bahan Kuih Kasturi

  • 200 gr kacang hijau
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan kelapa parut
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/4 cawan tepung gandum
  1. Basuh dan rendam kacang hijau semalaman. Toskan airnya dan bilas.
  2. Kemudian masukkan ke dalam periuk (seelokknya dalam periuk non-stick) dengan air secukupnya. Rebus hingga empuk, tambahkan sedikit lagi air dan terus merebus hingga kacang lembut.
  3. Bila air hampir kering, masukkan gula, kelapa parut, tepung gandum dan garam. Kacau sentiasa hingga sebati dan kering.
  4. Tutup api dapur dan biarkan suam. Ambil sedikit adunan bentukkan bulat dan leperkan.

Bahan Salut Kuih Kasturi

  • 1 cawan tepung beras
  • 1 biji telur
  • 1/4 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu makan air kapur
  • Garam
  • Air sejuk secukupnya

Cara Buat Kuih Kasturi

    1. Campurkan kesemua bahan di atas kedalam mangkuk sambil tuangkan air sedikit demi sedikit.
    2. Jangan terlampau pekat, refer video.
    3. Panaskan minyak kedalam kuali.
    4. Celup kuih tadi ke dalam adunan dan goreng hingga garing.
    5. Kalau nak simpan dalam peti sejuk beku, goreng setengah masak/ sekejap je.Tak perlu sampai garing. Selamat mencuba!

 

Tips Kuih Kasturi Rangup & Tidak Berminyak

1. Pastikan Minyak Cukup Panas

Ini adalah kunci utama untuk mendapatkan kuih yang tidak menyerap minyak. Minyak yang terlalu sejuk akan menyebabkan kuih menjadi lembik dan berminyak. Uji minyak dengan menjatuhkan sedikit adunan tepung; jika ia berbuih dengan segera, minyak sudah cukup panas.

2. Jangan Goreng Terlalu Lama

Kuih Kasturi hanya perlu digoreng hingga keemasan. Goreng terlalu lama akan menyebabkan kuih menyerap minyak berlebihan. Angkat kuih sebaik sahaja ia bertukar warna keemasan untuk memastikan tekstur kekal rangup tanpa berminyak.

3. Campuran Tepung Yang Sesuai

Tepung beras dan tepung jagung membantu memberikan tekstur kulit luar yang lebih rangup berbanding hanya menggunakan tepung gandum. Serbuk penaik pula membantu menjadikan salutan kuih lebih ringan dan tidak terlalu tebal.

4. Pastikan Adunan Tepung Tidak Terlalu Cair

Adunan tepung yang terlalu cair akan menghasilkan salutan yang nipis dan kurang rangup. Pastikan adunan cukup pekat supaya kuih disalut dengan baik dan mendapat kulit yang tebal serta rangup.

5. Toskan Dengan Baik Selepas Menggoreng

Selepas menggoreng, letakkan kuih di atas tisu dapur untuk menyerap lebihan minyak. Ini penting untuk memastikan kuih tidak terlalu berminyak apabila dihidangkan.

Kuih Kasturi atau Kuih Kacang Hijau yang rangup dan tidak berminyak memerlukan teknik yang betul dalam penyediaan dan penggorengan. Anda boleh hasilkan kuih yang rangup di luar, lembut di dalam, dan yang paling penting, tidak menyerap minyak.

Dengan mengikuti langkah-langkah dan tips yang telah dikongsikan, anda pasti boleh menyediakan Kuih Kasturi yang enak untuk dinikmati bersama keluarga. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!

Helena Rizanie

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Resepi Nasi Ayam Untuk Bayi 10 Bulan Ke Atas Yang Sedap & Mudah

Baca juga: Resepi Sotong Goreng Tepung/ Sotong Celup Tepung Rangup & Lembut

Baca juga: Resipi Ayam Percik Kelantan Yang Mudah & Sedap, Hidangan Istimewa Kesukaan Ramai

Stories Rakan Kongsi
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Bayi Juga Perlukan Snek! Ini Antara Yang Ibu Ayah Boleh Cuba, Jangan Risau Ia Dijamin HALAL & Cukup Lazat!
Bayi Juga Perlukan Snek! Ini Antara Yang Ibu Ayah Boleh Cuba, Jangan Risau Ia Dijamin HALAL & Cukup Lazat!
Tips untuk Ibu Sibuk: 5 Cara Mudah untuk Sediakan Sarapan Berkhasiat
Tips untuk Ibu Sibuk: 5 Cara Mudah untuk Sediakan Sarapan Berkhasiat
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Anis

  • halaman rumah
  • /
  • Hidangan
  • /
  • Resepi Kuih Kasturi Atau Kuih Kacang Yang Rangup & Tidak Makan Minyak
Kongsikan:
  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

  • 15 Resepi & Menu Makanan Sihat Yang Sedap, Mudah Dan Ringkas Untuk Seisi Keluarga

    15 Resepi & Menu Makanan Sihat Yang Sedap, Mudah Dan Ringkas Untuk Seisi Keluarga

  • Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

    Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

  • 15 Resepi & Menu Makanan Sihat Yang Sedap, Mudah Dan Ringkas Untuk Seisi Keluarga

    15 Resepi & Menu Makanan Sihat Yang Sedap, Mudah Dan Ringkas Untuk Seisi Keluarga

  • Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

    Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham