X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Variasi Resepi Ayam Percik Yang Sedap Dan Paling Mudah Dibuat, Tak Perlu Perap Lama-Lama

10 min bacaan
Variasi Resepi Ayam Percik Yang Sedap Dan Paling Mudah Dibuat, Tak Perlu Perap Lama-Lama

Kami kongsikan variasi resepi ayam percik yang simple dan mudah dibuat di rumah. Yang paling penting, boleh menjimatkan masa ketika di dapur.

Setiap kali masuknya bulan Ramadhan, kaum ibu yang akan sibuk di dapur bagi menyediakan hidangan enak untuk berbuka. Jika anda tiada idea masak apa hari ini, apa kata cuba beberapa variasi resepi ayam percik simple dan mudah dibuat termasuklah resepi dari Khairul Aming yang begitu mudah.

Ayam percik adalah hidangan yang sangat sinonim dengan negeri Kelantan. Ia amat mudah dijumpai ketika bulan puasa sahaja. Memandangkan harga yang dijual agak mahal untuk seketul ayam percik, lebih baik anda masak sendiri di rumah. Dijamin sedap dan puas hati!

Isi Kandungan

  • Resepi ayam percik Khairul Aming
  • Resepi percik Kelantan warisan Mok
  • Resepi ayam percik Azie Kitchen
  • Resepi ayam percik pasar malam
  • Yati ayam percik
  • Resepi ayam percik Che Nom
  • Resepi ayam percik Terengganu
  • Tips buat percik cantik dan menarik

Resepi ayam percik Khairul Aming

resepi ayam percik kelantan

Khairul Aming iaitu pempengaruh yang sering dinantikan posting resepi makanan darinya setiap pukul 12 tengah hari sepanjang bulan puasa.

Video pendek yang memaparkan cara masakan begitu mudah dan rasanya sedap telah membuatkan beliau memiliki ramai pengikut di Instagram. Kali ini, kami kongsikan semula resepi ayam percik Khairul Aming yang dikongsi pada dua tahun yang lalu dan mendapat hampir 2 juta tontonan.

Bahan-bahan kisar untuk resepi ayam percik:

  • 3 batang serai (3 lemongrass)
  • Halia saizibu jari (thumb sized ginger)
  • 5 ulas bawang putih (5 cloves garlic)
  • 2 biji bawang besar (2 onions)
  • 2 sudu air asam jawa pekat (2 tbsp tamarind paste)
  • 1/2 sudu serbuk cili (1/2 tbsp chilli powder)

Bahagikan bahan kisar ini kepada dua mangkuk. 

Bahan perapan ayam percik:

🌕1/2 ekor ayam (1/2 whole chicken)
🌕1/2 sudu gula (1/2 tbsp sugar)
🌕Garam (salt)
🌕1 mangkuk bahan kisar tadi (1 bowl blended ingredients)

Perapkan ayam sekurang-kurangnya untuk satu jam. Ketepikan.

Cara buat kuah ayam percik:

ayam percik resepi

🌕1 mangkuk bahan kisar (1 bowl blended ingredients)
🌕1 kotak kecil santan (1 small box coconut milk)
🌕1-2 cawan air (1-2 cups of water)
🌕2 sudu gula (2 tbsp sugar)
🌕1 sudu kecil garam (1 teaspoon salt)
🌕1 sudu tepung beras di bancuh dengan air (1 tbsp rice flour- mixed with water)

    1. Masukkan bahan kisar, santan kotak dan air. 
    2. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
    3. Apabila mendidih, tambahkan sedikit air tepung beras untuk pekatkan kuah ayam percik.
    4. Bakar ayam menggunakan pemanggang ajaib. Bila kelihatan separuh masak, salutkan dengan kuah percik. Sedia untuk dihidang!

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
  A post shared by Khairul Amin Kamarulzaman (@khairulaming)

Resepi percik Kelantan warisan Mok

Selain ayam percik resepi di atas, anda juga boleh mencuba resepi ikan percik yang menjadi tular di Facebook baru-baru ini.

Ben siarkan semula resepi percik fav Ben. Semestinya dari tunjuk ajar Mok. Tertib masak nak dapatkan percik yang sedap macam ni : guna santan segar pekat, salut 2 kali kuah percik dan hasilnya,Insyaallah puas hati sangat.

Resepi Kuah Percik Kelantan Warisan Mok

resepi ayam percik pasar malam

Bahan-bahan untuk 700-900 gram ikan:

  • 3 ulas bawang merah saiz 20 sen
  • 1 sudu teh ketumbar disangai
  • 1/2 sudu makan cili kisar
  • 1/3 inci belacan
  • 1/4 inci hirisan halia
  • 1 ulas bawang putih kecil
  • 1 batang serai diketuk

Cara penyediaan:

  1. Kisar lumat semua bahan dengan 25ml air.
  2. Tuang dalam periuk. Tambah 200 ml santan pekat. Letak serai. Perah asam limau nipis sehiris.
  3. Nak guna santan segar pun boleh.
  4. Tambah masuk 2/3 sudu makan gula, 1 sudu teh garam , 1 sudu teh serbuk perasa.
  5. Masak dengan api sederhana dan sentiasa kacau untuk elak berketul.Bila dah berbuih naik wap,tutup api. Siap .
  6. Tak perlu letak tepung. Penggunaan tepung hanya untuk jimatkan kos. Ganggu rasa kuah percik yang sebenar.
  7. Sukatan ini cukup elok dengan kuantiti ikan. Lebihan 1/2 mangkuk kecil sahaja.

=================================
Bahan perap ikan percik Kelantan

  • 700-900 gram
  • 3 ulas bawang putih sederhana
  • 1 inci kunyit
  • 1/2 inci halia
  • 1 sudu teh garam

Kisar semua bahan lumat. Sapu pada ikan selar yang dikelar. Perap 40 minit minima. Letak dalam peti.

Resepi ayam percik Azie Kitchen

Jika anda teringin ayam percik resepi yang tidak begitu pedas dan masih boleh dimakan oleh anak-anak, cuba resepi ayam percik Azie Kitchen. Kalau nak buat ayam percik putih, tak perlu letak cili kering.

Sedap diratah begitu sahaja atau pun makan dengan nasi ayam percik.

ayam percik azie kitchen

Bahan bahan:
  • 1 ekor ayam – potong 4
  • 2 1/2 cawan santan pekat – guna santan segar
  • 1 batang serai ketuk – opsyenal
  • 2-3 keping asam keping
  • 2-3 sudu besar gula – kena ada lebih rasa manis
  • Garam
  • 1/2 sudu kecil tepung beras/tepung jagung
Bahan kisar:
  • 4 tangkai cili kering atau 1 sudu besar cili kisar
  • 10 ulas bawang merah
Bahan perap:
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 hiris nipis halia
  • Garam
Cara penyediaan:
  1. Ayam dibuang kulit dan potong 4 dan dikelar. Kemudian perap ayam dengan bahan perap yang ditumbuk/kisar halus selama 30 minit.
  2. Ayam dikukus sehingga masak, baru dibakar. Mesti kukus sampai masak supaya tiada lagi darah pada tulang ayam.
  3. Sementara ayam dikukus, boleh sediakan bahan untuk kuah percik.
  4. Kisar bahan kisar bersama dengan sedikit santan pekat hingga benar benar hancur.
  5. Tuang bahan kisar ke dalam kuali dan masak bersama santan dengan api perlahan sambil dikacau sehingga santan pekat.
  6. Masukkan asam keping, gula dan garam secukupnya. Gula dilebihkan supaya kuah lebih berkilat bila dilumur pada ayam yang dibakar. Warna lebih cantik dan carmelised. 
  7. Jika belum cukup pekat, masukkan tepung beras yang dibancuh dengan sedikit air.
  8. Bila elok kepekatannya, bolehlah tutup api dan dilumur pada ayam yang sedang dibakar.
  9. kemudian, dibalikkan dan lumur di permukaan satu lagi. Boleh buat secara berulang kali, ikut suka masing masing.

Resepi ayam percik pasar malam

pasar malam

Resepi ayam percik pasar malam ini dikongsikan oleh Suisan Aliezsha. Kalau rindu makan ayam percik pasar malam dengan kuah yang pekat bolehlah cuba untuk dibuat makan atau buat berniaga.

Stories Rakan Kongsi
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Bayi Juga Perlukan Snek! Ini Antara Yang Ibu Ayah Boleh Cuba, Jangan Risau Ia Dijamin HALAL & Cukup Lazat!
Bayi Juga Perlukan Snek! Ini Antara Yang Ibu Ayah Boleh Cuba, Jangan Risau Ia Dijamin HALAL & Cukup Lazat!
Tips untuk Ibu Sibuk: 5 Cara Mudah untuk Sediakan Sarapan Berkhasiat
Tips untuk Ibu Sibuk: 5 Cara Mudah untuk Sediakan Sarapan Berkhasiat
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta

Bahan-bahan:

  • Ayam dicuci bersih
  • Cili kering
  • Bawang putih
  • Bawang besar
  • Halia
  • Kunyit hidup
  • Serai
  • Ketumbar
  • Jintan manis
  • Garam dan gula secukupnya

Cara penyediaan:

  1. Mula-mula kisar bawang putih, bawang besar, halia, kunyit hidup dan serai. Ketepikan.
  2. Kemudian kisar halus jintan manis dan ketumbar. Sementara itu, panaskan kuali
  3. Tumis bahan tanpa menggunakan minyak. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  4. Masukkan ayam dan masak sehingga separuh masak. Tutup api.
  5. Letakkan ayam atasstand dan renjiskan olive oil. Guna minyak masak pun boleh.
  6. Bakar dalam air fryer pada suhu 200℃ selama 15 minit atau sampai masak. Boleh tambah masa jika ayam belum masak.
  7. Untuk oven, bakar pada suhu 180℃ selama 20 minit.

Bahan untuk kuah:

  • Cili kering dikisar
  • Bawang putih dikisar
  • Sos cili
  • Gula pasir
  • Gula merah
  • 1 sudu besar tepung jagung

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bahan dikisar dan tumis. Masukkan sedikit air dan biarkan sehingga cili masak.
  2. Kemudian, masukkan sos cili, gula, air gula merah dan tepung jagung untuk pekatkan kuah.
  3. Kacau sehingga kuah jadi pekat dan perisakan dengan garam dan gula.
  4. Kalau ada bijan, campur sekali dalam kuah.
  5. Bila dah masak, tutup api.

Yati ayam percik

yati

Kalau singgah di negeri Kelantan, memang tak sah rasanya jika tidak pekena nasi kerabu ayam percik di Restoran Yati Ayam Percik.

Nak lagi mudah dan jimat boleh cuba resepi yati ayam percik di Youtube sukatan untuk portion besar seperti di bawah.

Bahan-bahan:

  • 4 ketul Ayam
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Halia
  • Serai
  • 1 senduk serbuk lada
  • 1 senduk asam jawa

Cara-cara:

  1. Bersihkan ayam.
  2. Kisarkan sayur sayuran yang ada
  3. Campurkan bahan lain di dalam satu bekas yang sama
  4. Pastikan ayam diperap selama satu jam sebelum dibakar/panggang

Untuk kuah ayam percik:

Bahan-bahan:

  • 1/2 Santan
  • 1/2 Jug air
  • Serbuk lada
  • 1 sb Garam
  • 5 sb Gula
  • Tepung beras

Cara-cara:

  1. Tuang santan dalam periuk dan masukkan sayur yang dikisar tadi.
  2. Kacau bahan tadi sehingga sebati.
  3. Masukkan asam jawa, serbuk lada dan garam. Letakkan sedikit air dan kacau sehingga mendidih.
  4. Bila sudah mendidih, masukkan larutan tepung beras yang telah dibancuh dengan air. Kacau sikit-sikit.
  5. Masak kuah selama 30 minit dengan api yang sederhana
  6. Selepas ayam separuh masak, lumurkan kuah ayam percik dan biarkan dibakar/dipanggang untuk rasa yang lebih padu.

Resepi ayam percik Che Nom

che nom

Ini pula resepi ayam percik che nom yang berkuah merah versi asli Kelantan.

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam, dipotong 4

Bahan untuk kisar halus (perapan):

  • 6 ulas bawang merah
  • 1 batang serai
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 cm halia

Bahan untuk kuah percik:

  • 3 cawan santan pekat
  • 1 batang serai
  • 2 cm halia
  • 4-5 tangkai cili kering
  • 8-10 ulas bawang merah
  • garam secukup rasa
  • gula secukup rasa
  • sedikit asam jawa

Cara Penyediaan:

  1. Perap ayam yang sudah dibersihkan dengan bahan kisar halus selama minimum 1 jam setengah. Lagi lama diperap lagi sedap.
  2. Celup ayam di dalam kuah percik dan panggang sehingga masak. Celupkan dengan kuah lagi sekali sebelum dihidang.
  3. Untuk kuah, mula-mula kisar serai, halia, cili kering dan bawang merah.
  4. Campurkan santan di dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana.
  5. Kacau dengan konsisten supaya kuah tidak cepat berketul dan pecah minyak.
  6. Perasakan dengan asam jawa garam dan gula.
  7. Masak sehingga kuah menjadi pekat.

Resepi ayam percik Terengganu

terengganu

Bahan-bahan untuk perapan ayam:

  • Ayam – Potong 4, kelar sedikit supaya mudah masak
  • 5 ulas bawang merah *
  • 4 biji bawang putih *
  • 1 inci kunyit *
  • 1 inci halia *
  • 5 tangkai cili kering 
  • 3 batang serai 
  • Belacan sebesar ibu jari *
  • 1 sb tepung ubi *
  • Santan 
  • 1 sk Halba
  • 1/2 keping gula melaka
  • Garam dan gula secukupnya
  • 3 keping asam keping
  • Air asam jawa

Bahan untuk kuah: 

  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sb serbuk cili
  • 1 sb serbuk kunyit
  • Garam
  • Sedikit perasa

Cara Penyediaan:

  1. Bersihkan ayam dan perapkan dengan bahan perapan tadi selama 1 ke 2 jam.
  2. Kisar bahan kuah percik yang bertanda *. Ketepikan.
  3. Masukkan santan ke dalam periuk dan panaskan hingga mendidih.
  4. Masukkan serai yang diketuk dan pastikan sentiasa kacau.
  5. Apabila sudah mendidih masukkan bahan kisar tadi dan kacau sebati.
  6. Tunggu sehingga kuah percik menjadi sedikiit pekat dan masukkan garam, gula melaka, asam keping, air asam jawa dan perasa.
  7. Kemudian masukkan halba dan kacau sebati. Tutup api
  8. Bakar ayam setengah masak. Nak lebih wangi boleh guna dapur arang.
  9. Siap untuk dihidang.

Tips buat percik cantik dan menarik

Ada tips nak dapatkan cantik seperti ini. Rahsianya adalah pastikan dua kali salutan kuah percik.

  • Lepas bakar ikan atas arang hampir masak, cedok sapu kuah satu bahagian ikan,letak atas api sekejap dan teruskan salutan kali pada sebelah lagi serta proses sama.
  • Masa cedok tu alas pinggan bawah. Untuk lapik kuah percik yang meleleh turun. Nanti boleh guna balik. Baru tak membazir.
  • Orang cakap biar kena asap je dan tukarkan warna asal kuah percik. Jangan lama nanti kering kuah percik. Tak cantik.
  • Kuah lagi sedap jika rasa sedikit manis. Lebihkan gula di dalam kuah percik.

Semoga bermanfaat!

Khairul Aming, Ben Safwan , Azie Kitchen, Suisan Aliezsha, Resepi Che Nom, Muliadi Ramli

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Senarai Resepi Daging Simple & Sedap Untuk Keluarga, Suami Dan Anak-Anak Mesti Suka!

Baca juga: Anak Malu Ke Kantin Ketika Bulan Puasa, Ini 7 Resepi Bekal Anak Ke Sekolah Yang Enak

Baca juga: Resepi Masakan Sotong Mudah & Sedap, Mesti Makan Nasi Licin & Bertambah-Tambah!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Hidangan
  • /
  • Variasi Resepi Ayam Percik Yang Sedap Dan Paling Mudah Dibuat, Tak Perlu Perap Lama-Lama
Kongsikan:
  • Bukan Durian Belanda Sahaja Yang Tinggi Khasiat, Daunnya Juga Bagus Untuk Kesihatan Bila Minum Air Rebusannya

    Bukan Durian Belanda Sahaja Yang Tinggi Khasiat, Daunnya Juga Bagus Untuk Kesihatan Bila Minum Air Rebusannya

  • Khasiat Buah Lawang Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Khasiat Buah Lawang Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

  • Dari Lesu Terus Jadi Segar, Air Limau Kasturi Tingkatkan Stamina & Atasi Anemia!

    Dari Lesu Terus Jadi Segar, Air Limau Kasturi Tingkatkan Stamina & Atasi Anemia!

  • Bukan Durian Belanda Sahaja Yang Tinggi Khasiat, Daunnya Juga Bagus Untuk Kesihatan Bila Minum Air Rebusannya

    Bukan Durian Belanda Sahaja Yang Tinggi Khasiat, Daunnya Juga Bagus Untuk Kesihatan Bila Minum Air Rebusannya

  • Khasiat Buah Lawang Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Khasiat Buah Lawang Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

  • Dari Lesu Terus Jadi Segar, Air Limau Kasturi Tingkatkan Stamina & Atasi Anemia!

    Dari Lesu Terus Jadi Segar, Air Limau Kasturi Tingkatkan Stamina & Atasi Anemia!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham