X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Resipi Ayam Goreng Mamak Yang Rangup & 'Juicy', Ikut Cara Che Nom Confirm Menjadi

3 min bacaan
Resipi Ayam Goreng Mamak Yang Rangup & 'Juicy', Ikut Cara Che Nom Confirm Menjadi

Ayam goreng mamak yang rangup dan isinya lembut menjadi kesukaan ramai. Rasanya sangat sedap kerana rasa bahan perapan yang membangkit selera

Ayam goreng mamak adalah salah satu hidangan yang popular di Malaysia, terutama di restoran mamak yang terkenal dengan pelbagai jenis masakan yang lazat dan unik. Ayam goreng ini terkenal dengan rasa rempahkuat dan tekstur rangup di luar serta lembut di dalam.

Bagi anda yang ingin mencuba resipi ayam goreng mamak rangup dan sedap, apa kata ikuti sahaja resepi Che Nom ini kerana penyediaannya cukup mudah.

▲▼Isi Kandungan

  • Resipi Ayam Goreng Mamak Rangup 
  • Tips Ayam Goreng Berempah Mamak

Resipi Ayam Goreng Mamak Rangup 

Bahan Ayam Goreng Berempah Mamak

    • ½ – 1 ekor ayam
    • 2 inci halia
    • 5 ulas bawang putih
    • 300g tepung jagung
    • 1 sb serbuk ketumbar
    • ½ sb serbuk jintan manis
    • ½ sb serbuk jintan putih
    • 1 sb serbuk kari ikan/daging
    • 1 sb serbuk cukup Rasa
    • 1-2 sk garam
    • 3 sb tepung beras
    • 2 biji telur
    • ½ sk pewarna merah
    • ½ sk pewarna oren
    • 1 sb jus limau
    • Daun kari

Cara Buat Ayam Goreng Berempah Mamak

  1. Cara-cara untuk tepung salutan:
    1. Kisar halus halia dan bawang putih dengan sedikit air.
    2. Masukkan tepung jagung, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, serbuk kari ikan atau daging, serbuk cukup rasa, garam, tepung beras dan bahan kisar halus.
    3. Masukkan telur, lalu gaulkan kesemua bahan sambil memasukkan air sedikit demi sedikit. Gaul sehingga menjadi adunan yang tidak terlalu cair dan tiada ketulan tepung.
    4. Masukkan pewarna merah dan oren kedalam adunan.
    5. Masukkan potongan ayam lalu gaul sehingga adunan dan ayam bersalut sekata.
    6. Masukkan jus perahan limau atau lemon kedalam adunan ayam.
    7. Perap ayam lebih kurang 1 jam atau semalaman.
    8. Panaskan minyak lalu goreng ayam.
    9. Ketika menggoreng, tabur daun kari kedalam minyak dan goreng ayam sehingga masak.
    10. Angkat ayam goreng dan toskan minyak. Goreng juga lebihan adunan dan kemudian, Ayam goreng siap untuk dihidang.

resipi ayam goreng makak, ayam goreng berempah mamak, cara buat ayam goreng mamak

Advertisement

Tips Ayam Goreng Berempah Mamak

  1. Minyak Panas: Pastikan minyak cukup dalam dan betul-betul panas untuk goreng ayam.
  2. Rempah Tambahan: Anda boleh menambah rempah lain seperti serbuk jintan manis atau serbuk kayu manis untuk memberikan rasa yang lebih sedap.
  3. Perap Lebih Lama: Perap ayam semalaman di dalam peti sejuk untuk memastikan rempah meresap sepenuhnya ke dalam ayam.
  4. Ayam Lebih Rangup: Untuk ayam yang lebih rangup, anda boleh menggoreng dua kali. Goreng ayam separuh masak terlebih dahulu, angkat dan biarkan sejuk seketika, kemudian goreng sekali lagi sehingga keemasan.
  5. Sambal dan Acar: Hidangkan ayam goreng ini dengan sambal belacan atau acar timun untuk menambah kepelbagaian rasa.

Ayam goreng mamak adalah hidangan yang mudah disediakan untuk seisi keluarga. Rempah-rempah yang digunakan memberikan rasa sedap dan aroma yang menyelerakan. Dengan resipi ini, anda boleh menikmati ayam goreng ini di rumah pada bila-bila masa. Selamat mencuba!

Resepi Che Nom

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  8 Resepi Untuk Kanak-Kanak Yang Ringkas & Mudah Disediakan Ibu Dari Rumah

Baca juga: Resepi Soft Cookies Azlina Ina, ‘Dip’ Dengan Susu Memang Sedap! Sesuai Dijadikan Hidangan Minum Petang

Baca juga:  17 Resepi Untuk Anak Picky Eater/ Memilih Makan, Menu Yang Sedap & Pikat Selera Si Manja

Stories Rakan Kongsi
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Resepi
  • /
  • Resipi Ayam Goreng Mamak Yang Rangup & 'Juicy', Ikut Cara Che Nom Confirm Menjadi
Kongsikan:
  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

  • Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

    Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

  • Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

    Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

  • Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

    Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

  • Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

    Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham