Mahu belajar resepi kek kurma yang mudah tanpa menggunakan ketuhar? Hari ini kami kongsikan cara menyediakan kek kurma yang mudah dengan hanya mengunakan pengisar dan pengukus mengikut resepi daripada Jasmine Channel.
Isi Kandungan
Bahan-Bahan Kek Kurma
- 1 cawan kurma (buang biji dan bahagi kepada dua. Separuh untuk dikisar dan separuh lagi dicincang untuk hiasan)
- 1 cawan minyak masak
- 1 cawan gula pasir
- 2 cawan tepung gandum
- 3 biji telur gred A/B
- 1 sudu teh serbuk penaik
- 1 sudu teh soda bikarbonat
- 1 sudu teh esen vanila
- 1/2 sudu teh garam halus
Cara Penyediaan
1. Masukkan minyak masak, telur, gula halus dan separuh cawan buah kurma, esen vanilla ke dalam pengisar. Kisar bahan-bahan itu sehingga halus.
2. Dalam mangkuk yang berlainan, ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat dan serbuk penaik.
3. Masukkan bahan basah sedikit demi sedikit ke dalam mangkuk yang berisi bahan kering itu. Adun semua bahan sehingga sekata.
4. Sapukan mentega, marjerin atau minyak ke dalam loyang sebelum adunan dimasukkan. Jika ada, letakkan juga kertas pembakar di bahagian bawah loyang. Kemudian masukkan adunan ke dalam loyang.
5. Ambil kurma yang telah dipotong dan taburkan ke atas adunan. Hentak dan goyangkan adunan di dalam loyang beberapa kali untuk memastikan tiada udara terperangkap.
6. Panaskan dulu kukusan sebelum adunan dimasukkan ke dalam pengukus. Jika sudah panas, masukkan adunan ke dalam pengukus dan masak dengan menggunakan api besar.
7. Masak selama satu jam. Pastikan anda sentiasa memeriksa air di dalam kukusan supaya pengukus tidak kering.
8. Selepas satu jam, periksa kek sama ada sudah masak atau belum dengan menggunakan pisau bersih. Jika pisau bersih selepas memeriksa kek, maka kek telah masak.
9. Sejukkan kek selama dua jam sebelum dipotong. Potong kek mengikut jumlah yang anda mahu dan hidangkan untuk minum petang atau kepada tetamu.
Mudah kan penyediaan kek kurma tanpa perlu menggunakan ketuhar? Kalau anda ada lebihan kurma yang tak sempat dihabiskan pada bulan puasa lepas, bolehlah cuba resepi kek kurma ini.
Kalau rajin, anda boleh buat lebih dan kongsikan kek ini bersama jiran anda. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Variasi Kek Sedap & Mudah Untuk Santapan Di Hari Raya, Buat Last Minute Pun Sempat!
Baca juga: 7 Resepi Kek Air Fryer Yang Simple & Sedap, Ibu Boleh Ajak Anak Buat Sama-Sama
Baca juga: Resipi Biskut Lidah Kucing Ikut Sukatan Cawan, Rangup Dan Sedap