Mahu Kekal Bertenaga Dan Sihat Ketika Puasa? Cuba Resepi Pakar Pemakanan Ini!

Jom tengok panduan mengerjakan ibadat puasa dengan makanan yang sihat untuk memberi tenaga yang diperlukan, seperti nasihat pakar pemakanan ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Macam mana nak kekalkan tenaga sepanjang hari walaupun ketika anda berpuasa? Jawapannya adalah dengan makan secara sihat! Tapi, bagaimana?

Ha... kami telah membongkarkan rahsia bagaimana anda boleh makan secara sihat, mengekalkan tenaga untuk sepanjang hari, dan tak mudah penat, walaupun ketika anda berpuasa!

Semuanya berkat perkongsian Nour Zibdeh, seorang pakar diet dan pemakanan yang dikongsi di BuzzFeed News. Jom tengok apa saranan dan panduan Nour Zibdeh tentang pemakanan sihat ketika bulan puasa!

1 - Makanan ketika bersahur

Makan makanan yang mampu memberi tenaga tambahan untuk anda kerjakan ibadah puasa. Antara makanan yang digalakkan oleh Nour untuk anda makan ketika sahur adalah telur, nasi, roti, buah-buahan dan air.

Buat sahur, beliau akan menyediakan hidangan telur dadar atau telur hancur dengan keju. Untuk lebih kenyang, tambah cendawan dan bayam dalam hidangan.

Kurangkan jumlah garam dalam makanan untuk mengelak anda akan mudah dahaga pagi nanti. Minum air sebanyak mungkin ketika bersahur.

Anda juga boleh makan roti bijirin penuh dengan buah-buahan yang kaya dengan nutrien. Antara buah-buahan yang bagus untuk dimakan ketika bersahur adalah buah beri, buah epal dan buah tomato. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika anda tak lalu untuk makan telur di awal pagi, cuba makan smoothies atau keju bersama dengan buah-buahan atau sayur-sayuran. Hidangan ini mampu membekalkan tenaga yang anda perlukan. 

Lebih banyak anda makan, lebih banyak air anda harus minum. Pastikan perkara terakhir anda buat sebelum habis waktu sahur adalah minum air!

2 - Tidur sebentar (nap)

Biasanya, rasa lapar memang akan memuncak ketika masuk waktu tengahari. Biasanya, untuk mengelak rasa terlampau letih dan kelaparan, anda boleh tidur sebentar. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3 - Senaman ketika berpuasa? Boleh ke?

Siapa kata tak boleh? Bolehlah! Semua ibu yang sibuk menguruskan anak-anak juga ibarat bersenam!

Tapi kadang-kadang, anda juga boleh membawa anak-anak kecil itu ke taman atau berjalan kaki di sekitar kawasan kejiranan. Apa yang penting - hanya buat senaman ringan saja. 

4 - Makanan ketika berbuka puasa

Nour menggalakkan semua umat Islam mula berbuka puasa dengan kurma. Ya, kurma!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jangan makan sebarang makanan yang terlampau berat ketika ini. Kurma bagus kerana ia membekalkan gula secara semulajadi.

Lalu, badan anda akan terhidrat dengan lebih cepat. Kurma juga mengandungi fiber, kalium dan magnesium yang bagus untuk tubuh badan.

Hidangan berbuka yang paling bagus adalah sup. Tak kisahlah sup apa. Tapi, beliau menggalakkan anda makan sup sayur-sayuran atau sup broth

Sup mengandungi nutrien penyembuh yang menggalakkan sistem penghadaman dan imun badan.

5 - Solat dahulu, sebelum sambung makan

Perut anda akan mengecut selepas berpuasa selama lebih daripada 12 jam. Oleh itu, perut akan mudah kenyang awalnya.

Selepas anda makan juadah berbuka yang tak terlalu berat seperti dengan sup, kurma dan segelas air - tunaikan ibadat terlebih dahulu sebelum sambung makan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

6 - Makan selepas solat - mulakan dengan salad

Nour Zibdeh gemar memulakan santapan beliau selepas solat dengan salad. Anda boleh cuba pelbagai jenis salad untuk menambat selera. Kemudian... baru tiba santapan utama!

7 - Santapan utama - hidangan yang seimbang. Perlu ada protein, sayur-sayuran dan sebahagian kecil karbohidrat.

Jangan bantai semua makanan yang ada! Taknak membazir? Jangan borong semua makanan di bazar!

Anda harus menitik beratkan santapan utama ini. Ambil hidangan yang mampu mengimbangkan karbohidrat dengan protein, lemak dan serat.

Makan nasi bersama-sama ayam bakar, ikan salmon atau kentang. Jangan lupa juadah sayur-sayuran sekali!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

8 - Boleh minum kopi?

Boleh saja! Kopi mengandungi antioksidan, dan ia diperlukan oleh badan. Namun, jangan minum secara berlebihan. 

9 - Nak turunkan berat badan? Cuba minuman detoks!

Jangan lupa untuk minum banyak air! Kalau anda bercadang untuk menurunkan berat badan ketika bulan puasa ini, cuba amalkan minuman detoks.

Air detoks terbukti berjaya mengeluarkan toksin dalam badan dan mencuci keseluruhan badan anda. 

10 - Makanan untuk mengunyah? Cuba resepi ini!

Perut sudah kenyang, tapi mulut masih ingin mengunyah? Nour menggalakkan anda makan buah-buahan kering dan kekacang. Resepi yang beliau beri di bawah amat mudah untuk dibuat. Jom cuba!

Kredit gambar: A Foodie's Affairs

Resepi mudah untuk kunyah-kunyah:

  • 1 cawan aprikot kering
  • 1 cawan buah-buahan kering (seperti prun, kismis, buah tin atau kurma)
  • 1/2 cawan kekacang (seperti badam, walnut, hazelnut atau pistachios)
  • 2 sudu air limau (boleh diganti dengan susu)
  • 1 cawan air

Potong semua buah-buahan dan kekacang menjadi cebisan kecil. Kemudian, masukkan air limau dan secawan air.

Simpan dalam peti sejuk. Enak dimakan ketika anda menonton televisyen!

Sumber rujukan: BuzzFeed News

Penulis

Ayu Idris