Resepi Kuah Kacang Paling Sedap Dan Mudah, Makan Dengan Nasi Impit Memang Perfect!

Bagi yang baru belajar masak kuah kacang kami kongsikan kepada anda resepi kuah kacang paling sedap dan mudah disediakan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pelbagai resepi kuah kacang dikongsi. Namun ada juga yang terlalu banyak bahannya. Bagi yang baru belajar mestilah mahu resepi yang simple dan sedap kan? Kali ini kami kongsikan kepada anda resepi kuah kacang paling sedap dan mudah disediakan.

Resepi Kuah Kacang Paling Sedap 

Bahan-bahan:

  • 3-5 biji bawang besar 3-5 (dimayang)
  • 15-30 tangkai cili kering (rebus dan kisar halus) - jika mahu pedas boleh ditambah kuantiti cili.
  • 1 cawan kacang tanah berkulit, tidak disangai sampai masak/rangup. Tidak perlu dibuang kulit kisar sedikit kasar dengan air. Selebihnya kisar biasa tidak terlalu halus. 
  • Seketul besar gula Melaka
  • Minyak masak (minyak Mazola jika mahu lebih sedap)

Cara penyediaan: 

  1. Panaskan secawan minyak masak. (Jika mahu lebih sedap guna minyak Mazola)
  2. Apabila minyak sudah panas, masukkan bawang besar yang sudah dimayang.
  3. Apabila bawang sudah layu masukkan cili kisar dan tumis hingga naik minyak.
  4. Apabila cili sudah pecah minyak masukkan kacang yang sudah dikisar.
  5. Masukkan air ke dalam pengisar sehingga penuh dan tuang ke dalam periuk.
  6. Biarkan mendidih.
  7. Masukkan gula melaka yg dipotong-potong kecil  supaya mudah larut.
  8. Jika mahu sedikit masa letakkan asam keping. (pilihan)
  9. Perasakan dengan garam mengikut citarasa masing-masing.
  10. Jika mahu manis, tambah gula putih atau gula perang.
  11. Jika kuah cair biarkan mendidih dan kacau sehingga pekat mengikut citarasa masing-masing. Pastikan tidak terlalu pekat kerana ia akan bertambah pekat apabila sejuk.

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 10 Juadah Hari Raya Paling Popular

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga: Menu Raya Setiap Tahun Boleh Kata Sama Sahaja, Tapi Tak Pernah Menjemukan!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga: Doa Untuk Balik Ke Kampung, Agar Selamat Pergi & Balik

Penulis

Lala Annuar