Resepi Kueh Teow Ladna - Resepi Mee Popular Juadah Buka Puasa

Buntu nak masak apa untuk juadah buka puasa? Apa kata anda cuba resepi mee popular resepi kuey teow ladna yang senang dan mudah ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kueh teow antara resepi mee popular untuk juadah berbuka puasa. Kuahnya yang likat dengan kueh teow yang digoreng dengan kicap membangkitkan selera. Untuk rasa lebih lazat ia biasanya dimasak dengan makanan laut seperti udang dan sotong. Kali ini kami kongsikan resepi kuey teow ladna untuk anda masak buka puasa ini.

Resepi Kuey Teow Ladna

Bahan-Bahan A – Kueh Teow

  • 250 g kueh Teow
  • 1/2 sudah kecil kicap pekat
  • 1/2 sudu besar minyak masak

Bahan-Bahan B – Kuah

  • 350 ml air
  • 1 ulas bawang putih, diketuk
  • 1 1/2 sudu kecil pati ayam
  • garam secukupnya
  • 1/2 sudu kecil gula
  • 50 g isi ayam, dipotong kecil
  • 3 ekor udang
  • 20 g lobak merah, dihiris
  • 2 tangkai kailan, dipotong
  • 2 sudu besar tepung ubi dicampur dengan sedikit air
  • 1 biji telur

Cara penyediaan:

  1. Gaul sekata kueh teow dengan kicap pekat, ketepikan
  2. Panaskan minyak masak, kacau-goreng kueh teow sehingga masak. Ketepikan.
  3. Untuk kuah, didihkan air, masukkan bawang putih, pati ayam, garam dan gula.
  4. Masukkan ayam dan udang. Rebus sehingga masak dan keluarkan.
  5. Masukkan lobak merah dan kalian. Rebus sehingga masak dan keluarkan.
  6. Masukkan campuran tepung ubi kedalam air rebusan dan kacau sehingga pekat.
  7. Setelah mendidih, tutupkan api dan masukkan telur. Kacau perlahan.
  8. Susunkan ayam, udang dan sayuran ke atas kueh teow yang telah di kacau goreng.
  9. Tuangkan kuah ke atas kueh teow dan sedia untuk dihidang.

ajinomoto.com

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Resepi Char Kuey Teow Yang Mudah Dan Sedap Boleh Hidang Untuk Seisi Keluarga

Baca juga: Variasi Resepi Kuey Teow Goreng Yang Sedap, Ini Caranya Yang Macam Restoran Buat

Baca juga: Resipi Ketupat Sotong Kelantan, Manis & Berlemak Sangat Sedap!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar