Resepi Bubur Bayi 7 Bulan Yang Boleh Naikkan Berat Badan Anak, Si Manja Mesti Suka

undefined

Resepi makanan bayi 7 bulan perlulah lengkap dengan nutrisi seperti karbohidrat, protein dan vitamin bagi menyokong perkembangan si manja

Ibu mana yang tidak seronok apabila dapat melihat anak makan dengan penuh berselera? Sebab itu apabila anak sudah masuk usia 7 bulan, ibu pun boleh mula bereksperimen pelbagai resepi makanan bayi 7 bulan!

Apabila anak sudah berselera, ibu perlu lebih kreatif dalam menyediakan menu harian si kecil. Tidaklah nanti anak itu rasa bosan bila disuap benda yang sama.

Resepi makanan bayi 7 bulan yang mudah dan sedap

Yang paling penting, anak hendaklah melepasi peraturan 4 hari tau! Jika mereka boleh makan apa sahaja yang kita sediakan, nak masak apa-apa pun selepas ini tidak lagi menjadi masalah.

Jadi apa tunggu lagi, jom kita lihat apa lagi resepi makanan bayi 7 bulan ini.

1# Bubur nasi Spissweepo dengan gril ayam yang diperap 

Resepi makanan bayi 7 bulan, resepi bayi 7 bulan, resepi anak 7 bulan, resepi si kecil, resepi si manja, resepi untuk bayi umur 7 bulan, bayi 7 bulan, hidangan anak 7 bulan, hidangan untuk anak 7 bulan, hidangan anak, hidangan untuk anak, resepi bayi, resepi bayi 7 bulan

Bahan- bahan resepi bubur nasi:

  • 2 sudu nasi bayi
  • 1 sudu ghee
  • Setengah biji ubi manis
  • 10 helai baby spinach
  • Ayam perap
  • Air secukupnya

Cara-cara memasak:

  • Masak beras bersama ghee dan masukkan bersama empat cawan air.
  • Kukus baby spinach dan ubi manis hingga empuk dan lembut. Kemudian kisar halus/kasar
  • Grill ayam hingga masak menggunakan minyak zaitun. Kemudian cincang halus isinya.
  • Siap boleh dihidangkan buat si kecil.

2# Pasta bayam

Resepi makanan bayi 7 bulan, resepi bayi 7 bulan, resepi anak 7 bulan, resepi si kecil, resepi si manja, resepi untuk bayi umur 7 bulan, bayi 7 bulan, hidangan anak 7 bulan, hidangan untuk anak 7 bulan, hidangan anak, hidangan untuk anak, resepi bayi, resepi bayi 7 bulan

Resepi pasta baby ini amat mudah untuk disediakan. Cbb adalah singkatan untuk Chicken Bone Broth, iaitu sejenis sup ayam yang direneh lama bagi menjadikannya sebagai perasa semula jadi untuk makanan bayi.

Untuk resepi Chicken Bone Broth, anda boleh tekan disini.

Bahan-bahan untuk resepi bubur nasi:

  • 2 sudu brown rice star pasta
  • Beberapa helai sayur bayam
  • 1 sudu unsalted butter
  • 1 sudu bawang putih dicincang halus/kasar
  • 3 ketul cbb

Cara masak bubur nasi:

  • Rebus pasta hingga lembut
  • Purikan spinach
  • Tumiskan bawang putih bersama unsalted butter.
  • Masukkan cbb bersama setengah cawan air
  • Setelah mendidih masukkan pasta. Hidangkan pasta bersama puri spinach.

3# Bubur dengan lobak putih 

Resepi makanan bayi 7 bulan, resepi bayi 7 bulan, resepi anak 7 bulan, resepi si kecil, resepi si manja, resepi untuk bayi umur 7 bulan, bayi 7 bulan, hidangan anak 7 bulan, hidangan untuk anak 7 bulan, hidangan anak, hidangan untuk anak, resepi bayi, resepi bayi 7 bulan

Bahan- bahan resepi bubur bayi 7 bulan:

  • 2 sudu baby nasi
  • 1 sudu ghee
  • Lobak putih
  • Zucchini
  • Saderi
  • Ayam (dicincang halus)
  • Parsli 
  • Daun bawang
  • Air secukupnya

Cara masak bubur nasi:

  • Masak beras bersama ghee dan masukkan bersama empat cawan air.
  • Kukus lobak putih, zucchini, saderi dengan daun bawang dan parsli sehingga empuk dan lembuk. Kemudian kisar halus/kasar
  • Grill ayam hingga masak menggunakan minyak zaitun. Kemudian cincang halus isinya.
  • Campur semua bahan dan siap boleh dihidangkan.

4# Bubur dengan zucchini hijau & kuning

Resepi Bubur Bayi 7 Bulan Yang Boleh Naikkan Berat Badan Anak, Si Manja Mesti Suka

Bahan- bahan resepi bubur nasi:

  • 2 sudu baby nasi
  • 1 sudu ghee
  • Zucchini (hijau & kuning)
  • Saderi
  • Leek
  • Bawang putih & merah
  • Ayam perap
  • Air secukupnya

Cara masak bubur nasi:

  • Tumis bawang putih & merah guna minyak zaitun sehingga masak. Masukkan ayam dan masak sehingga naik bau.
  • Masukkan semua sayuran dan gaul bersama.
  • Kemudian masukkan beras yang telah dicuci ke dalam bekas tadi.
  • Tunggu sehingga semua masak. Jika mahu, boleh letak cbb bagi tambah perisa.
  • Sedia untuk dihidang.

Kelebihan zucchini dalam makanan bayi 7 bulan

  • Sumber kalsium, phosphorus, magnesium dan vitamin c
  • Phosporus: penting untuk otak bayi
  • Magnesium: Bantu sistem pencernaan si manja
  • Vitamin C: menguatkan sistem imun bayi
  • Kalsium: untuk kekuatan tulang bayi

Resepi makanan bayi 7 bulan agar cepat gemuk

Jika ibu inginkan kelainan dalam menyediakan makanan baby, apa kata cuba beberapa menu di bawah. Tidak salah try and error, mana tahu si manja suka!

#1. Resepi pasta baby: Makaroni carbonara

resepi bayi 7 bulan

Bahan-bahan resepi pasta baby:

  • Makaroni
  • Bawang merah 1 biji dicincang halus
  • Bawang putih 1 ulas dicincang halus
  • Carrot dicincang halus
  • Isi ayam dipotong dadu
  • Sedikit mentega
  • Cheese slice
  • Susu full cream atau formula

Cara penyediaan:

  1. Rebus makaroni dengan carrot sampai lembut kemudian toskan.
  2. Panaskan sedikit mentega/marjerin/minyak dalam kuali. Jangan banyak sangat, nanti jadi oily sangat.
  3. Tumis bawang merah dan bawang putih sampai naik bau.
  4. Masukkan isi ayam. Masukkan cheese. Gaul rata.
  5. Masukkan susu dalam 3 hingga 5 sudu besar. Kemudian tambahkan pasta dan carrot. Gaul sampai likat.
  6. Untuk bayi 7 bulan, ibu boleh kisar halus terlebih dahulu makaroni ini sebelum suap kepada si manja. 

#2. Jejari ayam bersama kentang

resepi jejari kentang

Bahan-bahan resepi bayi 7 bulan:

  • Ubi kentang
  • Sedikit isi ayam (direbus dan dipotong halus)
  • Sawi atau bayam
  • Lobak merah
  • Sedikit tepung jagung

Cara penyediaan:

  1. Kukus ubi kentang hingga lembut. Kemudian lenyekkan. Masuk sayur sawi atau bayam, lobak merah, ayam dan tepung jagung sedikit demi sedikit
  2. Uli sehingga membentuk doh. Bentukkannya secara memanjang. Kemudian goreng menggunakan api sederhana.

Resipi makanan ini dapat melatih kemahiran si manja untuk mengunyah.

#3. Resepi jejari kentang

Resepi jejari kentang dan cara penyediaannya adalah hampir sama dengan jejari ayam.

Bahan-bahan:

  • 2 biji kentang
  • 1 sb tepung gandum tanpa bahan peluntur
  • 1 sb tepung jagung
  • 1 sb sayur pakchoy dicincang
  • 1 sk serbuk ayam
  • 1 biji telur ( dikacau seketika )
  • serbuk roti / serbuk oat
  • minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan:

  1. Potong ubi kentang kepada beberapa bahagian kecil. Rebus hingga empuk dan toskan air. Kemudian lenyekkan.
  2. Tambahkan serbuk ayam, tepung gandum dan juga tepung jagung. Gaul sehingga menjadi seperti serbuk kasar.
  3. Masukkan sayur yang dicincang dan uli sehingga menjadi doh. Kemudian ambil sedikit doh dan bulatkan memanjang seperti jejari.
  4. Celupkan jejari yang telah siap tadi ke dalam telur dan golekkan pula ke dalam serbuk roti. Panaskan minyak dan goreng sehingga keemasan. Angkat dan toskan. Siap!

#4. Sup brokoli untuk bayi

resepi brokoli

Untuk resepi brokoli ini, kami mencadangkan para ibu untuk mencuba menu sup brokoli berkrim. Tentu si manja akan suka!

Bahan-bahan:

  • 1 sudu mentega
  • 1/2 biji bawang besar (dicincang)
  • 1/2 batang saderi (dicincang)
  • 1 1/2 cawan air rebusan ayam
  • 4 cawan bunga brokoli (potong kecil)
  • 1 1/2 tepung serba guna
  • 1 cawan susu

Cara penyediaan:

  1. Cairkan mentega dalam periuk sederhana besar.Tumis bawang dan saderi sehingga lembut. Masukkan brokoli dan air rebusan ayam, tutup dan reneh selama 10 minit.
  2. Tuangkan sup dalam pengisar. Pastikan ia tidak lebih daripada separuh penuh. Tahan penutup pengisar dengan tuala dapur yang dilipat dan berhati-hati mengisar.
  3. Tuangkan sup ke dalam periuk bersih.Dalam periuk kecil yang lain, cairkan mentega dan masukkan tepung diikuti susu. Kacau sehingga kental dan berbuih dan masukkan ke dalam sup. Siap!

#5. Resipi bubur ayam

Bahan-bahan untuk resepi bubur nasi:

  • Beras
  • Ayam
  • Bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga & bunga cengkih
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Lobak merah
  • Bunga kubis
  • Tomato ceri
  • Daun sup

Cara masak bubur nasi

  1. Basuh beras dua hingga tiga sudu, masukkan sedikit air ke dalam periuk dan reneh selama 10 minit. Kacau hingga biji nasi menjadi kembang.
  2. Tumis empat sekawan bersama minyak masak dan masukkan bawang putih dan bawang merah.
  3. Bila dah naik bau masukkan ayam dan kacau seketika. Tambahkan sedikit air dan masukkan lobak merah dan bunga kubis.
  4. Biarkan sehingga mendidih dan sayur menjadi lembut. Masukkan tomato dan daun sup. Campurkan bubur nasi dan sup ayam dan hidangkan.

Cara buat CFS baby, penambah rasa dalam makanan bayi

makanan baby

  • 700g kaki ayam ( nak tekstur jelly, guna kaki ayam )
  • 1 biji bawang holland
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 batang lobak merah
  • celeri ( lagi banyak lagi bagus , bagi rasa masin )
  • rempah 4 sekawan
  • herba campuran
  • 1 sb minyak zaitun
  • 12 biji tomato ceri
  • Air secukupnya

Cara penyediaan:

  1. Satukan ke semua bahan ke dalam periuk.
  2. Masak selama 4 hingga 7 jam (bergantung kepada jenis periuk yang digunakan). Kemudian, tapiskan bahan bahan tersebut. Sambil tapis tu sambil lenyek untuk ambil airnya sahaja.
  3. Masukkan ke dalam bekas kecil agar mudah untuk digunakan nanti.
  4. Simpan di dalam peti bahagian sejuk beku.

Manfaat Chicken Feet Stock (CFS baby)

  1. Boleh memperbaiki usus dan mengelakkan alergik terhadap makanan
  2. Untuk membantu penyerapan protein dan mineral (bagus untuk anak yang alergik dengan bahan tenusu / dairy intoleran)
  3. Membina tulang dan menguatkan gigi (khasiat dalam cfs dipenuhi dengan mineral yang baik untuk tulang)
  4. Meningkatkan sistem immune dalam badan
  5. Vitamin: kalsium, magnesium ,boron, zink dalam tulang sumsum, peptides ( memperbaiki asid amino dan sebagai antibiotik natural) kolagen, anti inflammatory substance dan juga mengandungi khasiat yang boleh memperbaiki usus.

Semoga dengan beberapa contoh menu makanan ini menjadi panduan para ibu dan memudahkan kerja ketika di dapur. Selamat mencuba!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 4 gaya beri anak cerewet makan, mana satu yang lebih baik dan berguna?

Baca juga: Tukar Tekstur Makanan Bayi Seawal 7 Bulan, Ibu Tidak Perlu Tunggu Gigi Tumbuh Dahulu

Baca juga: Resipi Makanan Bayi 8 Bulan Yang Mudah & Sedap Seperti Orang Dewasa, Ibu Jom Cuba!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!